WorksheetsSains T4 KSSM Bab 2
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apakah maksud Resusitasi Kardiopulmonari?
Bantuan kecemasan
Teknik tekanan di bahagian dada terhadap mangsa
Hembusan ke dalam mulut mangsa
Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa
Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan melakukan CPR?
Mengembalikan degupan jantung dan pernafasan
Memulihkan sistem pencernaan mangsa
Mengelakkan mangsa tercekik
Membantu mangsa untuk bercakap dengan lancar
Siapakah individu yang sepatutnya memberikan bantuan CPR?
Doktor sahaja
Paramedik sahaja
Guru sahaja
Semua individu yang tahu akan teknik yang betul memberikan bantuan CPR
Anda ternampak seorang lelaki rebah secara tiba-tiba lalu pengsan di pondok bas.
Apakah langkah pertama yang perlu anda ambil apabila berhadapan dengan situasi itu?
Telefon talian kecemasan 999
Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya
Terus berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut
Tinggalkan mangsa untuk diselamatkan oleh orang lain
CPR perlu dilakukan untuk mencegah kerosakan otak mangsa sementara menunggu bantuan perubatan tiba. Apakah faktor yang boleh menyebabkan kerosakan pada otak?
Tiada pengudaraan di otak
Kepala diketuk oleh rakan
Oksigen tidak sampai ke otak bagi suatu tempoh tertentu
Luka pada bahagian kulit kepala
Susun langkah bantuan kecemasan CPR dengan betul.
P: Hembuskan udara ke dalam mulut mangsa selama 1 saat setiap hembusan.
Q: Kejutkan mangsa dengan menepuk bahunya dan memanggilnya.
R: Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan mendengar bunyi hembusan nafas daripada mulut dan hidung mangsa serta melihat pergerakan dada mangsa.
S: Jika tiada tindak balas, minta bantuan orang lain di sekeliling untuk menelefon talian kecemasan 999.
T: Jika tiada pernafasan, lakukan teknik tekanan dada.
U: Ulangi langkah tekanan dada dan bantuan pernafasan sehingga bantuan tiba atau mangsa sedar.
P ➝ Q ➝ R ➝ S ➝ T ➝ U
S ➝ P ➝ Q ➝ R ➝ T ➝ U
Q ➝ S ➝ R ➝ T ➝ P ➝ U
Q ➝ P ➝ R ➝ S ➝ T ➝ U
Apakah dua teknik yang penting semasa melakukan CPR?
Menekan dada dan mengepam darah
Membuang objek tersumbat dan menekan dada
Memberikan bantuan pernafasan dan mengepam darah
Menekan dada dan memberikan bantuan pernafasan
Apakah maksud Heimlich Manoeuvre?
Bantuan kecemasan
Teknik tekanan di bahagian dada kepada seseorang mangsa
Bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan mangsa yang tercekik
Bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut seseorang mangsa
Berikut adalah tanda-tanda orang tercekik,
kecuali
tidak boleh bercakap
muka kemerahan
kesukaran bernafas
kesukaran untuk berjalan
Semasa memakan rambutan, Ali tertelan
bijinya. Dia tercekik dan mengalami
kesukaran untuk bernafas. Tiada sesiapa yang
berada di situ untuk menolongnya. Apakah
yang harus dilakukan oleh Ali?
Minum air dengan banyak supaya biji
rambutan bergerak turun ke dalam perut.
Tekan perut ke dalam dan ke atas
pada hujung penyandar kerusi untuk
mengeluarkan biji rambutan.
Menggunakan sebatang kayu yang tajam
untuk mencungkil biji rambutan keluar.
Minum sedikit asid cair untuk melarutkan
biji rambutan.
Bilakah teknik Heimlich Maneuver dilakukan?
Apabila seseorang itu menunjukkan tandatanda
tercekik, tidak boleh bercakap,
batuk dan bernafas.
Apabila seseorang itu mengalami
kesukaran untuk makan.
Apabila seseorang mengalami kesesakan
bernafas selepas berlari.
Apabila seseorang tersangat sedih dan
menangis.
Berikut adalah punca kegagalan jantung dan peparu seseorang yang menyebabkan CPR perlu dilakukan ke atasnya kecuali
panahan petir
lemas
Serangan jantung
semput
Di manakah anda perlu meletakkan genggaman apabila melakukan Hemlich Manouevre?
Di bawah jantung
Di atas jantung
Di bawah pusat
Di atas pusat
Otak manusia boleh berfungsi untuk tempoh selama 4 hingga 6 minit selepas jantung berhenti berdenyut. Tempoh kritikal ini sangat penting untuk otak mendapatkan bekalan
makanan
karbon dioksida
oksigen
nitrogen
Apakah posisi yang sesuai untuk melakukan Hemlich Manouevre ke atas mangsa yang tercekik?
Berbaring di atas lantai
Berdiri tegak
Duduk di atas kerusi
Bersandar di dinding
