wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Asas Seni Reka

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berdasarkan ilustrasi di atas, apakah fungsi garisan pada baju itu?

a)

Pemakai kelihatan jelita

b)

Pemakai kelihatan tinggi

c)

Pemakai kelihatan gempal

d)

Pemakai kelihatan bergaya

2.

Pernyataan yang manakah benar mengenai warna harmoni?

a)

Warna sekeluarga

b)

Dikenali juga sebagai warna monokrom

c)

Mewujudkan suasana yang selesa dan menarik

d)

Set kumpulan warna yang terletak bersebelahan dalam roda warna

3.

Apakah nama struktur garisan grid dalam gambar rajah di bawah?

a)

Corak berselang

b)

Sisik ikan

c)

Corak ulangan

d)

Orgee

4.

Garisan luar sesuatu benda

Bersifat rata dan dua dimensi

Maklumat berikut merujuk kepada:

a)

Ton

b)

Rupa

c)

Garisan

d)

Imbangan

5.

Pilih tiga jenis ruang yang di bawah golongan jenis ruang ilusi dalam konteks seni.

a)

Ruang rata

b)

Ruang cetek

c)

Ruang dalam

d)

Ruang terbuka

6.

Berdasarkan gambar rajah di bawah, objek yang manakah mampu menimbulkan rupa?

a)
b)
c)
d)
7.

Bagaimanakah ton warna boleh diperoleh?

a)

Kombinasi campuran warna tertier

b)

Melalui campuran warna asas dengan warna sekunder

c)

Melalui campuran sesuatu warna dengan warna putih atau hitam

d)

Melalui campuran sesuatu warna dengan warna merah atau biru

8.

Apakah yang dapat dikaitkan dengan rupa dalam gambar rajah di bawah?

a)

Rupa geometri

b)

Rupa positif

c)

Rupa organik

d)

Rupa negatif

9.

Apakan jenis jalinan yang terdapat pada kain batik dan kain songket?

a)

Sentuh ... sentuh

b)

Sentuh ... tampak

c)

Tampak ... sentuh

d)

Tampak ... tampak

10.

Pilih pernyataan yang merupakan sebab-sebab mengapa jalinan penting dalam sesuatu karya seni visual.

a)

Menjadikan karya itu realistik.

b)

Menimbulkan bentuk dan ruang.

c)

Jalinan perlu wujud pada segala karya.

d)

Menjadikan hasil karya lebih menarik.

11.

Antara berikut yang manakah adalah pasangan yang tidak betul?

a)

Ungu: Merah + Biru

b)

Hijau: Biru + Kuning

c)

Hitam: Biru + Jingga

d)

Jingga: kuning + Merah

12.

Untuk mewujudkan sebuah catan yang menggambarkan suasana pada waktu pagi, jenis warna apakah yang paling sesuai digunakan?

a)

Panas dan sejuk

b)

Gelap dan pudar

c)

Sejuk dan terang

d)

Panas dan harmoni

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan garisan horizan?

a)

Garisan vertikal dalam lukisan perspektif yang merentasi gambar

b)

Garisan beralun dalam lukisan perspektif yang merentasi gambar

c)

Garisan horizontal dalam lukisan perspektif yang merentasi gambar

d)

Garisan menyerong dalam lukisan perspektif yang merentasi gambar

14.

Motif manakah yang mempunyai imbangan tidak simetri?

a)
b)
c)
d)
15.

Apakah prinsip rekaan yang ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah?

a)

Kontra

b)

Imbangan

c)

Penegasan

d)

Pergerakan

16.

Mewarnakan dinding dengan warna cerah dalam rekaan hiasan dalaman bertujuan untuk mewujudkan kesan

a)

Luas

b)

Menarik

c)

Harmoni

d)

Perspektif

17.

Berikan perbezaan antara ruang nyata dengan ruang ilusi.

a)

Ruang nyata merupakan ruang yang wujud di sekeliling kita.

b)

Ruang nyata terdapat pada bentuk konkrit.manakala ruang ilusi pada seni tampak.

c)

Ruang nyata merupakan alam nyata, manakala ruang ilusi merupakan alam khayalan.

d)

Ruang ilusi dinyatakan dalam catan, arca dan lukisan.

18.

Mengapakah tayar basikal mempunyai jalinan?

a)

Supaya ia kelihatan cantik

b)

Untuk memastikan ia bergerak pantas

c)

Untuk mendapatkan cengkaman

d)

Supaya tayar dapat berpusing

19.

Nyatakan unsur utama prinsip harmoni yang dapat dilihat dalam ilustrasi di atas

a)

Rupa dan ruang

b)

Bentuk dan jalinan

c)

Jalinan dan ruang

d)

Garisan dan rupa

20.

Pilih cara-cara yang tidak menimbulkan kontra.

a)

Menggunakan unsur-unsur seni yang sama

b)

Menggunakan teknik yang berbeza-beza

c)

Menggunakan bahan yang tidak sama

d)

Pengolahan unsur seni untuk memberi kesan kepelbagaian