Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahap 2

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Cik Nureen ________ menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lima tahun yang lalu.

a)

sudah

b)

pernah

c)

sedang

d)

hendak

2.

Aizat dan kawan-kawannya ________ menyertai ekspedisi mendaki Gunung Jerai semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti.

a)

akan

b)

telah

c)

masih

d)

sedang

3.

Pekerja kilang elektronik itu ________ bertutur dalam bahasa Jepun dengan baik.

a)

mahu

b)

dapat

c)

sudah

d)

hendak

4.

“Minuman kotak yang berperasa strawberi itu tidak boleh diminum kerana ________ tamat tarikh luputnya,” kata ibu kepada adik.

a)

akan

b)

telah

c)

belum

d)

pernah

5.

Semangat patriotisme iaitu cinta akan tanah air ________ disemai dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

a)

harus

b)

belum

c)

sedang

d)

hendak

6.

Muhammad Aiman Irfan ________ tidur ketika kami sampai di rumahnya pagi tadi.

a)

mahu

b)

harus

c)

masih

d)

sudah

7.

“Tentera Portugis ________ menjajah dan menakluki negeri Melaka,” kata Cikgu Farhana.

a)

mahu

b)

sudah

c)

pernah

d)

sedang

8.

Pakaian yang dijemur oleh kakak pagi tadi ________ kering lagi kerana cuaca mendung sepanjang hari.

a)

dapat

b)

belum

c)

pernah

d)

sedang

9.

Pak Cik Azli ________ menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan oleh Doktor Samsiah yang merawat penyakitnya itu.

a)

mesti

b)

masih

c)

pernah

d)

sedang

10.

Rombongan murid-murid Sekolah Kebangsaan Convent, Ipoh ________ dalam perjalanan ke Melaka Bandar Bersejarah.

a)

akan

b)

telah

c)

harus

d)

sedang

11.

Pasukan Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Tapah ________ menjadi johan dalam perlawanan bola sepak semalam.

a)

akan

b)

telah

c)

mesti

d)

harus

12.

Khairul dan keluarganya ________ melancong ke Pulau Langkawi pada cuti persekolahan pertengahan tahun nanti.

a)

dapat

b)

pernah

c)

sedang

d)

hendak

13.

“Kalau ________ berilah sedikit masa lagi untuk saya menyiapkan kerja ini,” kata Jeya Kumar kepada majikannya.

a)

mahu

b)

boleh

c)

masih

d)

sudah

14.

Majlis berkhatan beramai-ramai murid Sekolah Kebangsaan Taman Medan ________ diadakan minggu hadapan.

a)

akan

b)

belum

c)

pernah

d)

sedang

15.

Pak Darus ________ memulakan kerja membajak tanah sawahnya dengan menggunakan traktor pada pagi itu.

a)

mesti akan

b)

akan dapat

c)

sudah pernah

d)

sedang hendak