wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN SIMPULAN BAHASA & PERIBAHASA

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

______ kebanyakan penduduk kampung itu ialah nelayan dan petani.

a)

Titik peluh

b)

Mata duitan

c)

Mata pencarian

d)

Mata keranjang

2.

Encik Lim _____ apabila dia telah menjadi kaya.

a)

buah fikiran

b)

lupa daratan

c)

ayam tambatan

d)

orang bawahan

3.

Kami yakin kemenangan pasti berada ____ pasukan kami.

a)

durian runtuh

b)

kacang hantu

c)

dalam tangan

d)

tangan terbuka

4.

Nina dikatakan _____ kerana mengambil balik hadiah yang diberikan kepada kawannya.

a)

iri hati

b)

buruk siku

c)

bidan terjun

d)

omong kosong

5.

Peperangan itu tamat setelah pihak lawan mengibarkan _____

a)

buku lima

b)

duit kopi

c)

bendera putih

d)

putih mata

6.

Sikap _____ yang ada pada Beng Hao tidak harus dicontohi.

a)

berat tulang

b)

cari jalan

c)

alas perut

d)

senang hati

7.

Budak miskin itu terpaksa ____ pada waktu rehat kerana tidak membawa bekal.

a)

isi hati

b)

ikat perut

c)

panjang akal

d)

cepat tangan

8.

Lee _____ apabila memperoleh sebuah televisyen dalam cabutan bertuah itu.

a)

hati tikus

b)

langkah seribu

c)

langkah kanan

d)

langkah kiri

9.

Nora yang ____ itu memahami pelajaran yang disampaikan oleh cikgu dengan cepat.

a)

tajam akal

b)

otak udang

c)

tanda mata

d)

rambang mata

10.

Emak menyediakan ____ untuk kami selepas makan malam.

a)

mulut murai

b)

banyak mulut

c)

mulut tempayan

d)

pencuci mulut

11.

Mangsa kemalangan itu _____ kerana tersepit di dalam kereta.

a)

ajak-ajak ayam

b)

gila-gila bahasa

c)

bau-bau bacang

d)

nyawa-nyawa ikan

12.

Perompak itu ______ apabila melihat pihak polis tiba di tempat kejadian.

a)

kaki botol

b)

kaki bangku

c)

kaki ayam

d)

langkah seribu

13.

Cikgu Omar ______ apabila mendapati beberapa orang murid tidak menyiapkan kerja sekolah.

a)

diam ubi

b)

naik darah

c)

lipas kudung

d)

kera sumbang

14.

Jia Qi yang ____ itu tidak suka mendengar nasihat ibu bapanya.

a)

khabar angin

b)

kepala batu

c)

geli hati

d)

buah hati

15.

Hakim pertandingan nyanyian itu tidak _____ semasa mengadili pertandingan itu.

a)

batu api

b)

cakar ayam

c)

bekas tangan

d)

berat sebelah

16.

Berita tentang kejayaan anak Pak Ismail itu menjadi _____________ penduduk kampung.

a)

pencuci mulut

b)

buah mulut

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

17.

Mesyuarat itu berjaya mendapat ___________ untuk mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari Ahad.

a)

jalan keluar

b)

ada jalan

c)

kata sepakat

d)

kata putus

18.

Penduduk kampung menyambut kedatangan rombongan pelancong dari Korea itu dengan ________________.

a)

bekas tangan

b)

buah tangan

c)

tangan terbuka

d)

panjang tangan

19.

Sulaiman membeli hadiah sebagai ______________ buat gurunya yang akan berpindah ke sekolah lain.

a)

cenderamata

b)

tanda mata

c)

buah tangan

d)

durian runtuh

20.

Encik Abu ______________ memikirkan masalah hutang-hutangnya yang terlalu banyak.

a)

pening lalat

b)

nyawa-nyawa ikan

c)

mati akal

d)

separuh nyawa

21.

Aiman sering ditegur oleh gurunya kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Tulisan Muthu juga sukar dibaca kerana seperti _________________.

a)

cakar ayam

b)

tanduk kerbau

c)

lintah darat

d)

kuku besi

22.

Encik Zainal merupakan seorang yang mudah bergaul dengan masyarakat kerana sikapnya yang ________________.

a)

kepala angin

b)

manis mulut

c)

ringan mulut

d)

mata keranjang

23.

Sejak dari kecil Haziq tidak meminati bidang sukan terutamanya sukan bola sepak kerana dia merupakan seorang yang ________________.

a)

ulat buku

b)

ayam tambatan

c)

lipas kudung

d)

kaki bangku

24.

Oleh kerana perbalahan di antara Jasmin dan Nabilah semakin berlanjutan, mereka terpaksa meminta bantuan daripada penghulu kampung yang berperanan sebagai ________________ bagi menyelesaikan masalah tersebut.

a)

akal kancil

b)

kambing hitam

c)

jalan tengah

d)

besar kepala

25.

Aina digelar sebagai ________________ oleh rakan-rakannya kerana sering mengambil semula barang-barang atau pemberian yang telah diberikan kepada orang lain.

a)

tangkai jering

b)

keras kepala

c)

hati batu

d)

buruk siku

26.

Aina dan Aisyah cemburu terhadap Syasya kerana dia merupakan seorang yang ________________ dan sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran.

a)

otak udang

b)

anak emas

c)

tajam akal

d)

ayam tambatan

27.

Walaupun Adli tinggal berjauhan dengan ibu bapanya, dia sering ______________ dan menghubungi mereka untuk bertanya khabar pada setiap masa.

a)

ringan tulang

b)

ambil berat

c)

jaga hati

d)

ambil hati

28.

Sang Kancil berjaya memperdayakan Sang Buaya kerana Sang Buaya merupakan binatang yang _______________ serta mudah ditipu.

a)

ulat buku

b)

panjang akal

c)

otak udang

d)

panjang tangan

29.

Encik Fahrin sering memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sikapnya ini menunjukkan bahawa dia merupakan seorang yang ___________________.

a)

hati waja

b)

ringan tulang

c)

besar hati

d)

murah hati

30.

Guru Besar ________________ atas kejayaan pasukan hoki sekolah yang berjaya menjadi johan dalam pertandingan peringkat negeri tahun ini.

a)

besar hati

b)

murah hati

c)

panjang akal

d)

manis mulut

31.

Sejak dari kecil dia merupakan seorang yang ___________________. Tidak hairanlah jika dia sering terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan pidato.

a)

tajam akal

b)

mulut manis

c)

fasih lidah

d)

ringan tulang

32.

Walaupun wang simpanan Ain tidak banyak, dia sentiasa __________________ agar hasratnya untuk membeli sebuah basikal yang baharu tercapai.

a)

mata duitan

b)

murah hati

c)

panjang tangan

d)

cari jalan

33.

Amira merasa ______________ terhadap Siti yang menjauhkan diri dan tidak mahu berkawan lagi dengannya.

a)

kecil hati

b)

sakit hati

c)

hati batu

d)

besar hati

34.

Hanis yakin akan ____________ untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

a)

ada hati

b)

ada jalan

c)

ada gaya

d)

ada akal

35.

Pak Cik Abu, tidak mengaku Nora sebagai __________ setelah anaknya itu telah melakukan perkara yang memalukan nama baik keluarganya.

a)

isi hati

b)

ayam tambatan

c)

buah hati

d)

darah daging

36.

Alia merupakan _________ sekolah dalam acara balapan.

a)

durian runtuh

b)

ayam tambatan

c)

harga diri

d)

jejak langkah

37.

Halimah kurang disenangi orang kampungnya kerana dia selalu _________ dalam masalah orang lain.

a)

berat sebelah

b)

lepas tangan

c)

campur tangan

d)

beri muka

38.

Sebagai pengadil, Johan tidak seharusnya bersikap ___________ dalam mengadili sesebuah perlawanan yang melibatkan dua kumpulan.

a)

isi hati

b)

beri muka

c)

lepas tangan

d)

berat sebelah

39.
Rumah En Ali hangus terbakar. Beliau dan keluarganya ____________ kerana barang - barangnya hangus dijilat api.
a)
Sehelai sepinggang
b)
Sebatang kara
c)
Anak yatim
d)
Seribu langkah
40.
Aqeef datang ke rumah Iskandar ketika keluarga Iskandar sedang menjamu selera.
a)
Langkah kiri
b)
Langkah kanan
c)
Langkah seribu
d)
Langkah bendul