wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGANGKUTAN DALAM TUMBUHAN

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud transpirasi?

a)

Proses penukaran tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga biokimia.

b)

Proses pengeluaran air oleh tumbuhan di permukaan daun melalui hidatod.

c)

Proses kehilangan air dalam bentuk wap air dari permukaan tumbuhan ke udara secara penyejatan.

d)

Proses menggunakan air oleh akar tumbuhan

2.

Air akan tersejat melalui ..... yang disebut sebagai ..... pada permukaan daun.

a)

liang kecil, xilem

b)

liang halus, floem

c)

liang kecil, stoma

d)

liang halus, akar

3.

Berikut ialah ciri-ciri X:

  • Membenarkan pertukaran gas ke dalam dan luar daun semasa fotosintesis dan respirasi.
  • Membebaskan wap air ke persekitaran semasa transpirasi.

Apakah stuktur X?

a)

Xilem

b)

Floem

c)

Stoma

d)

Sel pengawal

4.

Stoma akan .... pada waktu siang dan .... pada waktu malam.

a)

terbuka, terbuka

b)

terbuka, tertutup

c)

tertutup, terbuka

d)

tertutup, tertutup

5.

Apakah fungsi struktur A ?

a)

Membenarkan pertukaran gas ke dalam dan ke luar daun.

b)

Mengangkut air dari akar ke pucuk.

c)

Mengawal pembukaan saiz liang stoma.

d)

Mengangkut makanan dan nutrien dari daun kepada seluruh bahagian dalam tumbuhan.

6.

Antara gambar yang berikut, yang manakah menunjukkan tumbuhan sedang mengalami gutasi?

a)
b)
c)
7.

Pada waktu malam, kadar transpirasi adalah .... kerana liang stoma .....

a)

tinggi, terbuka

b)

tinggi, tertutup

c)

rendah, terbuka

d)

rendah, tertutup

8.

Pilih pernyataan yang benar tentang transpirasi.

a)

Terjadi melalui liang stoma (permukaan bawah daun)

b)

Berlaku akibat tekanan air yang tinggi pada xilem.

c)

Air yang hilang berbentuk wap air.

d)

Berlaku pada waktu siang.

9.

Tisu vaskular tumbuhan terdiri daripada _______________________

a)

xilem sahaja

b)

floem sahaja

c)

xilem dan floem

d)

kambium, xilem dan floem

10.

Antara berikut yang manakah akan menurunkan kadar transpirasi?

a)

stoma terbuka

b)

kelembapan udara yang tinggi

c)

keamatan cahaya tinggi

d)

kelajuan angin tinggi

11.

Fungi xilem adalah...

a)

menyerap air

b)

mendapatkan cahaya

c)

mengangkut air dan garam mineral dari akar ke batang dan daun

d)

mengangkut bahan makanan ke bahagian tumbuhan yang lain

12.

Fungsi Floem adalah ...

a)

Mengangkut bahan makanan ke bahagian tumbuhan yang lain

b)

Mendapatkan sumber air

c)

Menyebabkan kehilangan air

d)

mengangkut air dan garam mineral yang disintesis ke bahagian tumbuhan yang lain