Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji bab T4

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Di antara organel berikut yang manakah mengandungi kromosom?

a)

Ribosom

b)

Alat golgi

c)

Nukleus

d)

Mitokondria

2.

Organ manakah mengandungi sel-sel yang mempunyai kepadatan jalinan endoplasmik kasar paling tinggi?

a)

Perut

b)

Jantung

c)

Otak

d)

Ginjal

3.

Hirisan lobak merah direndam di dalam larutan sukrosa 0.1%. Selepas 4 jam, hirisan itu didapati segah dan keras. Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan fenomena ini ?

a)

Dinding sel lobak menghalangnya dari mengecut

b)

Kepekatan yang tinggi dalam sap sel vakuol menyebabkan air meresap masuk ke dalam sel

c)

Sap sel adalah hipotonik kepada larutan sukrosa

d)

Dinding sel lobak membenarkan molekul sukrosa meresap ke dalam sel

4.

Proses manakah yang berlaku semasa pertukaran gas antara alveolus dan kapilari darah?

a)

Pengangkutan aktif

b)

Resapan ringkas

c)

Osmosis

d)

Resapan berbantu

5.

Rajah menunjukkan suatu sel tumbuhan. Yang manakah ialah membran plasma?

a)

W

b)

X

c)

Y

d)

Z

6.

Rajah menunjukkan dwilapisan fosfolipid. Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang struktur X?

a)

Ia membenarkan hanya air melaluinya

b)

Ia tidak membenarkan mana-mana bahan melaluinya

c)

Ia hanya membenarkan bahan-bahan terpilih sahaja melaluinya

d)

Ia membenarkan semua bahan melaluinya

7.

Antara berikut, yang manakah organ tumbuhan?


I Daun

II Akar

III Epidermis

IV Xilem

a)

I dan II

b)

II dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

8.

Rajah 3 menunjukkan sejenis organisma unisel yang hidup di dalam kolam air tawar. Apakah proses yang terlibat dalam pergerakan air?

a)

Resapan

b)

Osmosis

c)

Pengangkutan aktif

d)

Resapan berbantu

9.

Rajah 4 menunjukkan keratan rentas daun. Antara sel yang berlabel A, B, C dan D, yang manakah tidak mengandungi kloroplas?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

10.

Yang manakah antara larutan berikut mempunyai tekanan osmotik yang paling rendah?

a)

Air paip

b)

Air suling

c)

Larutan sukrosa 0.1%

d)

Larutan sukrosa 0.5%

11.

Yang manakah antara urutan berikut melibatkan organel dalam sintesis enzim luar sel yang betul?

a)

Jasad golgi -> ribosom -> jalinan endoplasma kasar

b)

Jalinan endoplasma kasar -> ribosom -> Jasad golgi

c)

Ribosom -> Jasad golgi -> jalinan endoplasma kasar

d)

Ribosom -> jalinan endoplasma kasar -> Jasad golgi

12.

Rajah 5 menunjukkan resapan dalam sel kentang. Apakah larutan X dan larutan Y?

a)

X: Air suling ; Y: Air suling

b)

X: Larutan sukrosa 10% ; Y: Larutan sukrosa 10%

c)

X: Air suling ; Y: Larutan sukrosa 10%

d)

X: Larutan sukrosa 10% ; Y: Air suling

13.

Rajah 6 menunjukkan proses sintesis enzim di dalam sel. Apakah yang berlaku jika tiada organel T?

a)

Tenaga tidak dapat dihasilkan

b)

Enzim tidak dapat disintesis

c)

Protein yang telah disintesis tidak dapat diubahsuai

d)

Protein yang telah disintesis tidak dapat diangkut

14.

Rajah 7 menunjukkan sel yang telah direndamkan ke dalam larutan tertentu. Apakah yang dialami sel itu?

a)

Krenasi

b)

Deplasmolisis

c)

Plasmolisis

d)

Hemolisis

15.

Berdasarkan maklumat di bawah, namakan enzim yang sesuai digunakan.

-Mengasingkan agar-agar daripada rumpai laut
-Mengeluarkan kulit daripada bijirin

a)

Zimase

b)

Protease

c)

Amilase

d)

Selulase

16.

Rajah 8 menunjukkan tindakan enzim ke atas suatu substrat. Apakah yang diwakili oleh K?

a)

Kompleks-enzim substrat

b)

Enzim

c)

Hasil tindak balas

d)

Substrat

17.

Rajah 9 menunjukkan graf diantara kadar tindak balas dan kepekatan substrat apabila faktor Q diubah. Apakah faktor Q?

a)

pH

b)

Perencat

c)

Kepekatan enzim

d)

Masa

18.

Maklumat berikut menunjukkan molekul kanji melalui proses M. Apakah proses M?

a)

Fotosintesis

b)

Hidrolisis

c)

Kondensasi

d)

Pempolimeran

19.

Rajah 11 menunjukkan organisma unisel yang tinggal di dalam air tawar. Yang manakah antara R, S, T dan U terlibat dalam pengosmokawalaturan?

a)

R

b)

S

c)

T

d)

U

20.

Rajah 12 menunjukkan struktur membran plasma. Apakah molekul yang dapat melepasi P?

a)

Air

b)

Glukosa

c)

Asid amino

d)

Glikogen

21.

Pernyataan berikut adalah berkaitan pergerakan bahan merentasi membran plasma.


-Memerlukan protein pembawa

-Mengangkut molekul-molekul besar yang larut air mengikuti kecerunan kepekatan

a)

Osmosis

b)

Resapan ringkas

c)

Pengangkutan aktif

d)

Resapan berbantu

22.

Rajah 13 menunjukkan baju dengan kesan darah sebelum dan selepas dibasuh dengan pencuci mengandungi enzim.

Yang manakah enzim dan suhu yang paling sesuai untuk menghasilkan keputusan seperti di atas?

a)

Enzim: Lipase ; Suhu: 37°C

b)

Enzim: Protease ; Suhu: 18°C

c)

Enzim: Lipase ; Suhu: 18°C

d)

Enzim: Protease ; Suhu: 37°C

23.

Rajah 14 menunjukkan satu monomer DNA. Apakah yang berlabel X?

a)

Bes nukleotida

b)

Bes bernitrogen

c)

Gula pentosa

d)

Kumpulan fosfat

24.

Rajah 15 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji proses osmosis menggunakan kentang yang direndam selama 30 minit. Yang manakah antara berikut adalah benar tentang kentang itu?

a)

Larutan garam: Larutan hipotonik

Pergerakan air: Masuk ke dalam kentang

b)

Larutan garam: Larutan isotonik

Pergerakan air: Keluar dari kentang

c)

Larutan garam: Larutan hipotonik

Pergerakan air: Keluar dari kentang

d)

Larutan garam: Larutan hipertonik

Pergerakan air: Masuk ke dalam kentang

25.

Rajah 16 menunjukkan peringkat-peringkat yang berbeza dalam mitosis. Susun rajah tersebut dalam urutan yang betul.

a)

P -> Q -> R -> S

b)

Q -> R -> P -> S

c)

S -> R -> P -> Q

d)

S -> R -> Q -> P

26.

Rajah 17 menunjukkan perlakuan kromosom semasa mitosis. Berapakah bilangan kromosom di dalam sel?

a)

2

b)

4

c)

6

d)

9

27.

Rajah 18 menunjukkan kitar sel bagi suatu organisma. Yang manakah di antara berikut mewakil A, B dan C?

a)

A: G2 B: S C: G1

b)

A: G1 B: S C: G2

c)

A: G1 B: G2 C: S

d)

A: M B: S C: G2

28.

Bilangan kromosom dalam daun jagung ialah 20. Jika satu daripada pasangan kromosom homolog tidak terpisah semasa Meiosis 1, berapakah bilangan kromosom yang mungkin didapati dalam nukleus jantan debunga jagung?

a)

9

b)

10

c)

20

d)

18

29.

Satu sel soma mempunyai 8 kromosom. Apakah hasil selepas sel melalui mitosis lengkap?

a)

4 sel anak dengan 4 kromosom masing-masing

b)

2 sel anak dengan 4 kromosom masing-masing

c)

2 sel anak dengan 8 kromosom masing-masing

d)

1 sel anak dengan 8 kromosom

30.

Pada fasa manakah gentian gelendong mula terbentuk?

a)

Profasa

b)

Metafasa

c)

Anafasa

d)

Telofasa