WorksheetsKuiz Peribahasa 1.0
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Munirah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
anak buah
anak emas
anak tunggal
anak bongsu
Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.
otak cair
otak udang
mulut murai
mulut tempayan
Maksud simpulan bahasa telinga kuali ialah
orang yang dapat menahan leteran
orang yang pekak
orang yang tiada telinga
orang yang suka dengar pujian
Amirul mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.
alas perut
ikat perut
perut busuk
perut kosong
Maksud simpulan bahasa otak udang ialah
gila
tidak pandai (bodoh)
rajin
sejenis makanan
Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.
langkah kiri
langkah bendul
langkah seribu
langkah kanan
Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan berikut.
Puan Basrah masih meneruskan perniagaan suaminya
walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
geli hati
makan hati
cekal hati
isi hati
Pada malam itu, Shamimi ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telahdicerobohi pencuri.
pekak badak
lepas tangan
tidur mati
makan hati
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi pernyataan di bawah.
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana tidak adilsemasa mengadili perlawanan tersebut.
berat sebelah
banyak mulut
angkat kaki
lepas tangan
Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom Heboh.
harga mati
harga diri
tanda mata
tanda harga
Maksud simpulan bahasa kepala batu ialah
kepala yang keras seperti batu
degil
sombong
orang yang jahat
Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar.
tangan panjang
panjang tangan
tangan kanan
tangan kiri
Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar.
banyak duit
duit jatuh
durian runtuh
musim durian
Simpulan bahasa yang sesuai dengan gambar di atas ialah
minum arak
suka minum
kaki botol
minum botol
Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.
bagai cicak makan kapur
bagai kumbang putus tali
bagai itik pulang petang
bagai balak terendam
Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
bagai ayam disambar helang
bagai anjing dengan kucing
bagai katak di bawah tempurung
bagai melukut di tepi gantang
Peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas ialah
bagai anjing dengan kucing
bagai aur dengan tebing
bersatu teguh, bercerai roboh
bagai isi dengan kuku
Semua peribahasa berikut berkaitan dengan haiwan dia atas dan ada maknanya, kecuali
seperti tikus membaiki labu
umpama tikus mencari makan
seperti tikus jatuh ke beras
rupa harimau, hati tikus
Pilih peribahasa yang sesuai dengan gambar di atas.
seperti monyet dapat bunga
seperti kera mendapat bunga
bagai kera dan bunga
seperti kera sumbang
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu _________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai ayam disambar helang
bagai duri dalam daging
Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
bagai kaca jatuh ke batu
bagai ayam disambar helang
bagai melepas anjing tersepit
bagai dihiris dengan sembilu
Fatimah dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
seperti lipas kudung
seperti ayam berak kapur
seperti bulan penuh purnama
seperti kera sumbang
Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya __________________________ .
bagai mendukung biawak hidup
bagai ayam mengeram telur
bagai pahat dengan penukul
bagai layang-layang terputus tali
Hidup Mak Timah ____________________kerana setalah suaminya meninggal dunia dua bulan lalu, rumahnya pula terbakar.
seperti tikus jatuh ke beras
seperti mendukung biawak hidup
seperi mencurah air ke daun keladi
seperti sudah jatuh ditimpa tangga
Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ____________________________ .
bumi dengan langit
aur ditarik songsang
ular kena palu
pinang dibelah dua
Peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar ialah
seperti anjing dnegan kuncing
seperti pelanduk dua serupa
bagai pinang di belah dua
bagai anjing dengan bayang-bayangnya
Razali seperti ___________________ kerana setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar dia telah melupakan ibu bapanya di kampung .
enau dalam belukar
kacang lupakan kulit
aur dengan tebing
dakwat dengan kertas
34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti
rambut sama hitam, hati lain-lain
sambil menyelam minum air
ukur baju di badan sendiri
tepuk dada tanya selera
Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong.
Peribahasa di bawah sesuai dengan pernyataan di atas kecuali
bagai isi dengan kuku
seperti aur dengan tebing
bersatu teguh, bercerai roboh
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
