wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

P. ISLAM ( AQIDAH TING.4 @ USTZH SALIZA SMKDHHN)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Manakah di antara berikut adalah akibat perbuatan syirik kepada individu?

a)

Memutuskan silaturrahim

b)

Hidup tidak tenteram

c)

Membatalkan aqidah

d)

Mengurangkan iman

2.

Orang yang mengamalkan perbuatan syirik dinamakan...

a)

kafir

b)

musyrik

c)

mulhid

d)

munafik

3.

Di antara contoh syirik jali ialah...

a)

riyak dan ujub

b)

tidak mengakui balasan di akhirat

c)

menyembah bintang dan matahari

d)

percaya kepada burung yang membawa sial

4.

Syirik (a)   ialah syirik yang dilakukan secara tersembunyi.

5.

Menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu pada zat, sifat dan af’alnya disebut ____________.

a)

sihir

b)

syirik

c)

kufur

d)

riddah

6.

“A” seorang muslim tetapi sering mempertikai dan menolak hukum-hukum yang terdapat dalam al-Quran. Perbuatan “A” boleh menyebabkan...

a)

kufur hakikat

b)

kufur nikmat

c)

khurafat

d)

syirik

7.

Selalu boros berbelanja dan sering menggunakan nikmat ke jalan maksiat merupakan contoh...

a)

syirik jali

b)

syirik khafi

c)

kufur hakikat

d)

kufur nikmat

8.
Nyatakan 3 kaum terdahulu yang dibinasakan Allah kerana kekufuran mereka?
a)
'Ad, Samud & Luth
b)
Luth, Bamud & Sa'ad
c)
Sa'ad, Samud & Luth
d)
Bamud, Samud & 'Ad
9.

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batar merujuk kepada maksud

a)

Al Jabbar

b)

Al Muntaqim

c)

Al Qawiyyu

d)

Al Musowwir

10.

Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang maha berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehendakNya merujuk kepada maksud

a)

Al Jabbar

b)

Al Muntaqim

c)

Al Qawiyyu

d)

Al Musowwir

11.

Berikut adalah benar mengenai pengertian munafik

a)

Berpaling daripada agama Islam

b)

Berpura-pura melahirkan keimanan tetapi hati tetap kufur

c)

Mengingkari ajaran yang disampaikan oleh nabi Muhammad

d)

Menyamakan Allah SWT dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatanNya

12.

Pilih pernyataan yang paling tepat mengenai kesan perbuatan riddah.

a)

Menyekat akal berfikir secara logik.

b)

Menyebabkan hubungan suami isteri terbatal.

c)

Menyebabkan berani melakukan kezaiman.

d)

Menghalang usaha membangunkan masyarakat.

13.

Berikut adalah sifat-sifat orang munafik kecuali

a)

suka berbohong

b)

suka memungkiri janji

c)

tidak suka bergaduh

d)

tidak menunaikan amanah

14.

"Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T."

Penyataan di atas merujuk kepada maksud...

a)

nifak

b)

riddah

c)

kufur

d)

syirik

15.

_______________ ialah ilmu yang berkaitan dengan perbuatan atau pertolongan makhluk ghaib yang bertujuan untuk memudaratkan manusia.

a)

sihir

b)

syirik

c)

riddah

d)

khurafat

16.

Pernyataan berikut adalah akibat terhadap mereka yang dituduh berzina kecuali

a)

Menghadapi tekanan jiwa.

b)

Memusnahkan masa depan.

c)

Menghadapi pelbagai penyakit fizikal.

d)

Menjatuhkan maruah.

17.

Setiap muslim _____________ memelihara imannya dari terbatal.

a)

haram

b)

harus

c)

sunat

d)

wajib

18.

Iman boleh terbatal melalui...

( boleh pilih lebih daripada 1 jawapan)

a)

iktiqad

b)

perkataan

c)

perbuatan

d)

pembunuhan

19.

Ajaran sesat bermaksud

a)

Ajaran yang lebih secara terangan menentang agama Islam

b)

Ajaran yang menjalankan kegiatan secara sembunyi

c)

Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam tetapi hakikatnya bertentangan dengan Islam

20.

Mengaku menjadi nabi atau rasul adalah ciri ajaran sesat dari aspek

a)

Al Quran dan Hadis

b)

Akidah

c)

Ibadat

d)

Akhlak