WorksheetsKssm protein T4
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Senarai berikut adalah unsur utama yang dijumpai dalam protein KECUALI...
Sulfur
Karbon
Hidrogen
Nitrogen
Yang manakah adalah monomer bagi protein?
Asid lemak
Glukosa
Asid amino
Dipeptida
Manakah antara berikut BUKAN fungsi protein dalam badan manusia?
membina sel baharu
membantu sintesis hormon
membaiki tisu yang rosak
membina membran plasma
Gabungan beberapa asid amino yang membentuk rantaian molekul kompleks dikenali sebagai ...
protein
polipeptida
dipeptida
trigliserida
Apabila dua asid amino disambung bersama oleh ikatan peptida melalui proses kondensasi, satu ___________ terbentuk.
Asid amino
dipeptida
polipeptida
protein
Satu molekul air dibuang semasa tindak balas ___________.
Hidrolisis
Replikasi
Kombinasi
Kondensasi
Dipeptida dan polipeptida boleh dipecahkan kepada asid amino melalui _______________.
hidrolisis
fotosintesis
fotolisis
kondensasi
Sesetengah protein mengandungi unsur ........
sulfur dan magnesium
kalium dan fosfosrus
sulfur dan fosforus
mangan dan ferum
Berapa jeniskah asid amino yang boleh didapati di dalam sel hidup?
9
20
11
22
Apakah kesan kepada seseorang individu sekiranya kurang pengambilan protein?
ketinggian terbantut
lambat pemanjangan dan pertumbuhan kuku
lambat bertutur
luka sukar untuk sembuh
