NEW
Font size
WorksheetsPERIBAHASA SET 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Ali gemar membeli-belah di luar negara sedangkan pendapatannya tidak seberapa.
Keadaan ini dikatakan __________ .
alah membeli menang memakai
hanya jauhari yang mengenal manikam
ukur baju di badan sendiri
besar pasak daripada tiang
"Kamu mestilah berfikir sebelum bertindak. Jangan menurut sahaja suruhan orang," pesan ayah.
Keadaan ini dikatakan __________ .
seperti melukut di tepi gantang
seperti rumput di tepi jalan
bagai layang-layang putus tali
seperti kerbau dicucuk hidung
Sungguhpun Alif dan Amin adik-beradik, kedua-duanya memiliki sikap dan minat yang berlainan. Keadaan itu dikatakan sebagai __________ .
air dicencang tak akan putus
rambut sama hitam, hati lain-lain
rupa boleh diubah, tabiat dibawa mati
cubit paha kanan, paha kiri sakit juga
Banyak rakyat asing yang sanggup menyabung nyawa datang ke Malaysia demi mencari sumber pendapatan. Hal ini dikatakan demikian kerana di Malaysia terdapat pelbagai peluang pekerjaan.
Hal ini diibaratkan __________ .
rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
di mana ada kemahuan di situ ada jalan
ada gula ada semut
Peribahasa 'setinggi-tinggi terbang bangau hinggap di belakang kerbau juga' mempunyai makna yang sama dengan peribahasa yang berikut, kecuali
belut pulang ke lumpur
ikan pulang ke lubuk
sirih pulang ke gagang
itik pulang petang
Kerajaan telah mendirikan sebuah perhentian bas untuk kemudahan orang ramai. Lima bulan berikutnya, tempat duduk di perhentian bas itu telah dirosakkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Keadaan ini diumpamakan __________ .
si buta kehilangan tongkat
tikus membaiki labu
mencurah air ke daun keladi
lempar batu sembunyi tangan
Hidup Sofia sungguh beruntung sejak dia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Segala kehendaknya dipenuhi suami.
Keadaan ini dikatakan __________ .
seperti tikus jatuh ke beras
bagai mencurah air ke daun keladi
laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
seperti kera mendapat bunga
Qhalid dan Daniel sering bergaduh apabila bertemu.
Keadaan ini dikatakan __________ .
seperti anjing dengan kucing
seperti harimau menyembunyikan kuku
ikut hati mati, ikut rasa binasa
biar putih tulang, jangan putih mata
Walaupun Tan Sri Zamri hidup mewah, namun beliau masih mahu bergaul dengan orang-orang susah.
Sikap Tan Sri Zamri tepat dengan peribahasa __________ .
harapkan pegar, pegar makan padi
ular menyusur akar takkan hilang bisanya
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
"Usahlah terlalu kecewa kerana bukan seorang lelaki atau perempuan sahaja di dunia ini," kata Fikri kepada Hazali.
Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah __________.
bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
kalau sudah jodoh tidak ke mana
