wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Penanda wacana

Total questions: 30

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.
Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah
letak.
a)
Justeru
b)
Mungkin
c)
Akhirnya
d)
 Kemudian
2.
Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
a)
lagipun
b)
mungkin
c)
akhirnya
d)
 kemudian
3.
Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
a)
Lagipun
b)
Mungkin
c)
Akhirnya
d)
Kemudian
4.
Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa
dibatalkan.
a)
Jadi
b)
Justeru
c)
Mungkin
d)
Sebaliknya
5.
Dato’ Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web
syarikat itu.
a)
Namun
b)
Mungkin
c)
Meskipun
d)
Seterusnya
6.
Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.
a)
 justeru
b)
lagipun
c)
namun
d)
walhal
7.
_________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.
a)
 Baik …pun
b)
Jangankan…pun
c)
Walaupun…bahkan
d)
Walaupun…namun
8.
Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
a)
Kemudian
b)
Namun
c)
Mungkin
d)
Selain itu
9.
 Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.
a)
Namun
b)
Oleh itu
c)
Kemudian
d)
Dengan demikian
10.
Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa
mendapat pujian daripada guru-gurunya.
a)
Selain itu
b)
Oleh sebab itu
c)
Namun demikian
d)
Biarpun demikian
11.
Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , murid-murid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
a)
Selain itu
b)
Namun begitu
c)
Oleh sebab itu
d)
Lebih-lebih lagi
12.
Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.
a)
walaupun begitu
b)
namun demikian
c)
lebih-lebih lagi
d)
selepas itu
13.
Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi. ______________, program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.
a)
Selain itu
b)
Lebih-lebih lagi
c)
Walaupun demikian
d)
Oleh sebab itu
14.
Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. _____________, saya mencuba sedaya upaya unuk bertenang.
a)
Namun demikian
b)
Selepas itu
c)
Oleh itu
d)
Justeru
15.
 Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya.
___________, diberi nasihat.
a)
Mungkin
b)
 Selain itu
c)
Selepas itu
d)
Lebih-lebih lagi
16.
Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah . _________, kami bercadang akan berkelah di Tanjung
Bidara.
a)
Selain itu
b)
Lebih-lebih lagi
c)
Biarpun demikian
d)
Namun demikian
17.
Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anakanaknya.
a)
Biarpun demikian
b)
Lebih-lebih lagi
c)
Oleh itu
d)
Mungkin
18.
Simpan semua buku sekarang, ______ kita akan mengadakan kuiz teka silang
kata.
a)
kemudian
b)
akan tetapi
c)
selanjutnya
d)
namun begitu
19.
Pergi mandi dahulu. _______ bersedia untuk ke kelas piano.
a)
Selepas itu
b)
Namun begitu
c)
Oleh sebab itu
d)
Tambahan pula
20.
Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. ____________,
harga barangan keperluan.
a)
Tambahan pula
b)
Oleh sebab itu
c)
Namun begitu
d)
Lebih-lebih lagi
21.

Fitri murid yang bijak. .........., dia juga aktif bersukan.

a)

Selain itu

b)

Oleh itu

c)

Sebaliknya

d)

Namun begitu

22.

Norlaili menolong ibunya membuat kerja rumah. ____ dia mengulangkaji pelajaran.

a)

Oleh itu

b)

Selepas itu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Walaubagaimanapun

23.

Azhan sering dimarahi oleh ibu tirinya. ______ dia hanya mendiamkan diri.

a)

Selain itu

b)

Kemudian

c)

Tambahan pula

d)

Walaubagaimanapun

24.

Kerja-kerja membaik pulih jalan sedang dilakukan di Jalan Ampang. _______, jalan tersebut ditutup selama dua minggu.

a)

Oleh sebab itu

b)

Tambahan pula

c)

Di samping itu

d)

Namun begitu

25.

Hasil pendapatan penoreh getah semakin berkurangan. _______, hujan pada musim tengkujuh mengambil masa yang panjang.

a)

Oleh itu

b)

Namun begitu

c)

Lebih-lebih lagi

d)

Oleh sebab itu

26.

Suhaila berkawan rapat dengan Emma. ______ mereka tinggal di taman perumahan yang sama.

a)

Kemudian

b)

Namun begitu

c)

Bagaimanapun

d)

Tambahan pula

27.

Rosni tidak dapat bangun kerana sakit kepala. _____ dia tidak mahu pergi ke klinik.

a)

Oleh sebab itu

b)

Namun begitu

c)

Walaupun

d)

Tambahan lagi

28.

Dati Siti Mashitah membeli sepasang baju kurung di Butik Butang Satu. _____ dia juga membeli sehelai selendang sutera.

a)

Dengan itu

b)

Namun begitu

c)

Lagipun

d)

Selain itu

29.

Peperiksaan UPSR akan menjelang tidak lama lagi. ______, Mazlan tetap malas mengulangkaji pelajaran.

a)

Namun begitu

b)

Walaupun begitu

c)

Sungguhpun begitu

d)

Di samping itu

30.

Bersenam pada setiap hari dapat menyihatkan badan. ______ pelbagai penyakit yang berbahaya pada masa ini dapat kita elakkan.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Tambahan pula

c)

Dengan itu

d)

Akan tetapi