wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS TING3 Bab 10 PEnerokaan ANgkasa LEpas 2

Total questions: 30

Worksheet time: 3hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Dalam pengurusan bidang apakah teknologi penderiaan jauh sesuai digunakan?

a)

Sumber asli

b)

Bencana semula jadi

c)

Tenaga solar

d)

Tenaga elektrik

2.

Rajah menunjukkan lakaran model Sistem Suria. Ahli astronomi manakah mencadangkan model ini?

a)

Aristotle

b)

Johnnes Kepler

c)

Claudius Ptolemy

d)

Nicolaus Copernicus

3.

Apakah sumbangan Nicolaus Copernicus kepada astronomi?

a)

Planet-planet beredar mengelilingi Matahari

b)

Bulan sebagai pusat Alam Semesta

c)

Bumi sebagai pusat Alam Semesta

d)

Orbit planet berbentuk elips

4.

Rajah menunjukkan model Sistem Suria oleh Johannes Kepler. Apakah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh model ini?

a)

Berpusatkan Bumi (geosentrik)

b)

Berpusatkan Matahari (heliosentrik)

c)

Bumi dan semua planet mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips

d)

Bumi dalam keadaan pegun dan planet lain mengelilingi Matahari

5.

Ahli astronomi manakah yang mencadangkan model Sistem Suria heliosentrik?

a)

Aristotle

b)

Johannes Kepler

c)

Claudius Ptolemy

d)

Nicolaus Copernicus

6.

Siapakah orang pertama mendarat di atas Bulan?

a)

Yuri Gagarin

b)

Neil Armstrong

c)

Edwin Aldrin

d)

Valentine Tereshkova

7.

Siapakah orang pertama yang menggunakan teleskop dalam bidang astronomi?

a)

Ptolemy

b)

Galileo Galilei

c)

Hans Lippershey

d)

Nicolaus Copernicus

8.

Yang manakah ialah Stesen Angkasa Antarabangsa?

a)

ISS

b)

US Voyager 2

c)

MEASAT 1

d)

TiungSAT-1

9.

Yang manakah merupakan satelit Malaysia yang digunakan untuk memancarkan siaran langsung televisyen ke rumah kita?

a)

Palapa

b)

Intelsat

c)

MEASAT

d)

TiungSAT

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu peralatan yang digunakan di angkasa lepas. Apakah alat itu?

a)

Roket

b)

Satelit

c)

Kuar angkasa

d)

Stesen angkasa lepas

11.

Apakah kegunaan penderiaan jauh?

a)

Memelihara keselamatan negara

b)

Memerhati keadaan Bumi daripada angkasa lepas

c)

Memancarkan siaran langsung ke televisyen

d)

Mengesan pergerakan satelit di angkasa lepas

12.

Apakah faedah menggunakan kuar angkasa (prob angkasa)?

a)

Membaiki kapal angkasa di angkasa lepas

b)

Mengangkut angkasawan ke angkasa lepas

c)

Mengangkut bahan-bahan ke stesen angkasa lepas

d)

Mengumpul maklumat tentang keadaan fizikal dan kimia planet-planet

13.

Apakah kegunaan PROB ANGKASA?

a)

Membawa angkasawan ke angkasa lepas

b)

Sebagai makmal angkasa lepas untuk menjalankan penyelidikan

c)

Mengumpul maklumat dari angkasa lepas dan menghantar imej ke Bumi

d)

Melancarkan satelit ke angkasa lepas

14.

Apakah kegunaan ROKET?

a)

Membawa angkasawan ke angkasa lepas

b)

Sebagai makmal angkasa lepas untuk menjalankan penyelidikan

c)

Mengumpul maklumat dari angkasa lepas dan menghantar imej ke Bumi

d)

Melancarkan satelit ke angkasa lepas

15.

Apakah kegunaan KAPAL ULANG ALIK?

a)

Membawa angkasawan ke angkasa lepas

b)

Sebagai makmal angkasa lepas untuk menjalankan penyelidikan

c)

Mengumpul maklumat dari angkasa lepas dan menghantar imej ke Bumi

d)

Melancarkan satelit ke angkasa lepas

16.

Apakah kegunaan STESEN ANGKASA?

a)

Membawa angkasawan ke angkasa lepas

b)

Sebagai makmal angkasa lepas untuk menjalankan penyelidikan

c)

Mengumpul maklumat dari angkasa lepas dan menghantar imej ke Bumi

d)

Melancarkan satelit ke angkasa lepas

17.

Namakan teleskop yang diletakkan di ruang orbit 500 km dari permukaan Bumi.

a)

Teleskop Hubble

b)

Teleskop Spitzer

c)

Teleskop radio

d)

Sekstan astronomi

18.

Yang manakah merupakan fungsi SATELIT?

a)

Sebagai makmal penyelidikan

b)

Mengumpul maklumat cuaca angkasa

c)

Penderiaan jauh

d)

Menghantar kuar angkasa

19.

Teleskop manakah yang digunakan untuk mengesan aktiviti dalam angkasa lepas yang sangat jauh

a)

Teleskop Hubble

b)

Teleskop Spitzer

c)

Teleskop radio

d)

Teleskop Galileo

20.

Roket manakah yang menghantar angkasawan ke Bulan?

a)

Atlas V

b)

Saturn V

c)

Soyuz

d)

Vostok K

21.

Apakah fungsi penderiaan jauh?

a)

Alat yang digunakan untuk memantau keadaan Bumi

b)

Mengorbit Bumi

c)

Mengesan gelombang radio dari angkasa lepas

d)

Kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat dari jarak jauh

22.

Siapakah ahli astronomi yang membina model Sistem Suria?

a)

Ptolemy

b)

Copernicus

c)

Rutherford

d)

Kepler

23.

Rajah menunjukkan foto ais dijumpai di permukaan Marikh. Teknologi manakah yang digunakan untuk mengambil foto tersebut?

a)

Roket

b)

Satelit

c)

Kuar angkasa

d)

Penderiaan jauh

24.

Apakah kegunaan penderiaan jauh dalam GEOLOGI?

a)

Memantau serangga perosak

b)

Memantau tumpahan minyak

c)

Mencegah tanah runtuh

d)

Mencegah bencana alam

25.

Apakah teknologi yang digunakan untuk membawa angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS)?

a)

Satelit

b)

Penderiaan jauh

c)

Roket

d)

Kuar angkasa

26.

Rajah menunjukkan teleskop angkasa Spitzer. Pilih pernyataan yang BENAR tentang teleskop angkasa Spitzer.

a)

Teleskop ini terletak dalam termosfera

b)

Kegunaan mengambil gambar bintang, planet dan galaksi di angkasa lepas dengan jelas

c)

Teleskop ini kekal pada kedudukan tetap

d)

Kegunaan mengesan gelombang radio dari angkasa lepas

27.

Rajah menunjukkan satu teknologi angkasa lepas yang digunakan dalam liputan siaran berita langsung. Namakan alat X yang digunakan.

a)

Satelit

b)

Kuar angkasa

c)

Mikrofon

d)

Radar

28.

Antara berikut, yang manakah merupakan kapal angkasa ulang-alik pertama dilancarkan ke angkasa?

a)

Challenger

b)

Discovery

c)

Columbia

d)

Atlantis

29.

Siapakan yang mencadangkan bahawa Matahari adalah pusat Sistem Suria kita?

a)

Aristotle

b)

Copernicus

c)

Kepler

d)

Ptolemy

30.

Yang manakah BUKAN kegunaan satelit?

a)

Pelayaran

b)

Penderiaan jauh

c)

Komunikasi

d)

Penulenan angkasa lepas