NEW
Font size
WorksheetsKata Sendi UPSR
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
1.Guru besar dan guru-guru sedang berbincang ________ masalah disiplin para pelajar.
bagi
akan
tentang
dengan
2.Kebanyakan pekerja di tapak pembinaan itu berasal ________ kawasan pedalaman Sarawak.
daripada
ke
di
dari
3.Mesyuarat Agung Kelab Bahasa Melayu itu akan dijalankan _______ pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
ke
pada
daripada
dari
4.Wang saku yang diberi oleh ibu saya simpan _________ dalam kocek seluar.
ke
oleh
di
kepada
5.Encik Helmi mendapat kad undangan ________ sahabat lamanya __________ minggu lepas.
daripada ........... kepada
daripada .......... di
dari .......... pada
daripada .......... pada
6.Farid gagal ________ pertandingan akhir kerana dia tewas kepada pihak lawan di peringkat separuh akhir.
pada
kepada
dalam
ke
7.Ibu berasa bangga ________ kejayaan abang melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
akan
tentang
atas
pada
8.Guru besar menyampaikan hadiah _______ para pelajar yang berjaya memenangi pertandingan kuiz sempena sambutan Bulan Kemerdekaan .
pada
ke
untuk
kepada
9.Cikgu Maria menasihati kami supaya mempunyai rasa belas kasihan ___________ binatang.
demi
terhadap
oleh
hingga
10.Encik Ghani terpaksa bekerja keras setiap hari _________ menyara keluarganya yang miskin.
dengan
kepada
demi
terhadap
