wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz BM Pemahaman Set 3 (oleh Cikgu Izwan)

Total questions: 20

Worksheet time: 27mins

Name
Class
Date
1.

Juara beregu badminton wanita dari Malaysia (a)   piala yang dimenangi oleh mereka.

2.

Penduduk pedalaman Sarawak menggunakan buluh yang ____________ untuk memburu binatang.

a)

tebal

b)

nipis

c)

runcing

d)

pipih

3.

Pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Bestari enggan menyerah kalah walaupun pasukan lawan (a)   mendahului perlawanan.

4.

Anak-anak kapal itu bersyukur kerana ____________ berjaya mengawal kapal daripada terkandas di beting pasir.

a)

jurupandu

b)

jurumudi

c)

juruterbang

d)

jurugegas

5.

Pilih ayat tanya yang betul

Pertandingan badminton Piala Thomas mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminatnya.

a)

Apakah pertandingan yang diminati oleh peminat-peminatnya?

b)

Mengapakah pertandingan badminton Piala Thomas itu diminati?

c)

Benarkah pertandingan badminton Piala Thomas mempunyai

peminatnya?

d)

Bagaimanakah sambutan peminat terhadap pertandingan badminton Piala Thomas itu?

6.

Semua guru telah bersetuju agar__________________ Tokoh Murid tahun ini akan menerima wang tunai dan sijil penghargaan.

a)

menganugerahkan

b)

penganugerahan

c)

menganugerahi

d)

dianugerahkan

7.

Ayah menyuruh saya menutup suis televisyen kerana kilat ____________ dan hujan turun dengan amat lebat.

a)

balas – membalas

b)

pancar – memancar

c)

sabung – menyabung

d)

dentam - dentum

8.

Mereka bekerjasama untuk melakukan kerja-kerja menyokong bumbung pondok itu.

Pilih perkataan antonim bagi "menyokong "

a)

membina

b)

merobohkan

c)

merobekkan

d)

memasang

9.

Murid-murid yang sedang berlatih di padang, lari ____________ apabila hujan mulai turun.

a)

berkejaran

b)

berkeliaran

c)

bertaburan

d)

bertempiaran

10.

Para tetamu ____________ dengan kecantikan pengantin perempuan yang disolek oleh juruandam terkenal itu.

a)

terpukau

b)

terperanjat

c)

termangu

d)

terlopong

11.

Pilih jawapan yang betul

Siapakah yang akan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Pidato Piala Diraja?

a)

Para pemenang pertandingan pidato akan menyampaikan hadiah kepada Guru Besar.

b)

Hadiah kepada para pemenang pertandingan pidato akan disampaikan oleh Guru Besar.

c)

Majlis penyampaian hadiah Guru Besar akan disampaikan oleh peserta pertandingan pidato.

d)

Hadiah kepada pemenang pertandingan pidato akan disampaikan sebentar lagi oleh Guru Besar.

12.

Pilih ayat-ayat yang betul.

I Razlan rindu akan datuk dan neneknya yang berada di kampung.

II Cikgu Zaleha gemar membeli goreng pisang di gerai Mak Uteh.

III Di zaman pendudukan Jepun, rakyat hidup penuh kesengsaraan.

IV Balqis memperoleh markah yang paling tinggi dalam mata pelajaran Sains.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

13.

Pak Hamid memasang _____________ untuk menangkap burung di hutan.

a)

jala

b)

jebak

c)

bubu

d)

lukah

14.

“__________________ menitahkan _______________ untuk memaklumkan tuan hamba supaya menyediakan santapan untuk baginda,” kata Tun Perak kepada dayang.

a)

Baginda … hamba

b)

Tuanku … patik

c)

Beta … hamba

d)

Patik … hamba

15.

Kerja _____________ perlu dilakukan dengan teliti untuk menghasilkan songket yang bermutu tinggi.

a)

jahit-menjahit

b)

tenun-menenun

c)

sulam-menyulam

d)

canting-mencanting

16.

Anjang Aki sering _______________ potret anaknya untuk melepaskan rindu.

a)

menjegil

b)

menjeling

c)

merenung

d)

mengenyit

17.

Cef Jasni sedang (a)   bawang untuk menyediakan menu yang dipesan.

18.

Jualan makanan Pak Lang sangat laris terutama pada bulan Ramadan.

Perkataan sinonim bagi laris ialah (a)  

19.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan Minggu Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.

a)

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Persatuan Minggu Bahasa akan mengadakan Minggu Melayu.

b)

Sempena Minggu Bahasa, Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan Bulan Bahasa Kebangsaan.

c)

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan Minggu Bahasa.

d)

Sempena Bulan Kebangsaan, Persatuan Bahasa Melayu akan mengadakan minggu Bahasa.

20.

Pilih ayat yang betul.

a)

Mereka menaiki mini bas untuk ke bandar.

b)

Cempedak goreng yang dibelinya sungguh rangup.

c)

Kebanyakan para peserta tidak dapat menamatkan larian itu.

d)

Pelbagai koleksi setem-setem disimpannya sebagai kenangan.