wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Majmuk

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

1) Nenek merebus _______________ untuk dibuat hidangan makan petang.

a)

merah jambu

b)

kacang tanah

c)

jam tangan

d)

nasi minyak

2.

2) Datuk Syeikh Muzaffar merupakan _____________ negara Malaysia yang pertama.

a)

sukarelawan

b)

angkasawan

c)

budayawan

d)

sejarawan

3.

3) Negara kita mempunyai ramai __________ yang mengkaji sejarah negara kita.

a)

bangsawan

b)

angkasawan

c)

karyawan

d)

sejarawan

4.

4) Negara kita sudah dikenali di peringkat _____________ dengan keunikan masyarakat berbilang kaum.

a)

olahraga

b)

jawatankuasa

c)

antarabangsa

d)

setiausaha

5.

5) Ali membeli sebuah ______________ yang berharga RM100 di kedai jam tangan.

a)

baju sukan

b)

jam tangan

c)

alat tulis

d)

kasut roda

6.

6) Simon suka memakai baju yang berwarna _____________.

a)

merah jambu

b)

terima kasih

c)

bandar raya

d)

luar biasa

7.

7) ________________ awam yang berkhidmat di Johor diwajibkan memakai baju batik pada setiap hari Ahad.

a)

Olahraga

b)

Setiausaha

c)

Kakitangan

d)

Suruhanjaya

8.

8) Cikgu Ooi yang baru sahaja bertugas itu mengajar ____________________ Bahasa Melayu.

a)

balai raya

b)

mata pelajaran

c)

buku nota

d)

atur cara

9.

9) Setiap kelas dikehendaki menghantar dua orang wakil bagi menyertai pertandingan _______________ itu.

a)

pakaian beragam

b)

rumah terbuka

c)

pencuci mulut

d)

budi bicara

10.

10) Pak Cik Shamsul akan mengadakan ______________ pada hujung minggu ini.

a)

soal siasat

b)

budi bahasa

c)

rumah terbuka

d)

balai raya

11.

11) Penerbangan kami yang dijadualkan berlepas 10 minit lagi ditunda akibat masalah teknikal pada enjin ___________.

a)

balai raya

b)

gunung berapi

c)

kapal terbang

d)

luar biasa

12.

12) Kakak Azizah bekerja sebagai ______________ di Syarikat Antarabangsa ABC.

a)

warganegara

b)

bumiputera

c)

suruhanjaya

d)

setiausaha

13.

13) Ibu bapa dikehendaki ________________ selepas melihat surat tawaran yang diberikan oleh guru kelas.

a)

tanggungjawab

b)

tandatangan

c)

kerjasama

d)

tatatertib

14.

14) ________________ Malaysia membuat lawatan ke Jepun sebagai tanda persahabatan antara dua negara.

a)

Profesor Madya

b)

Penolong Pendaftar

c)

Perdana Menteri

d)

Naib Canselor

15.

15) Bidang ____________ amat diminati oleh murid-murid yang lasak dalam aktiviti bersukan.

a)

olahraga

b)

suruhanjaya

c)

kakitangan

d)

kraf tangan

16.

16) Murid-murid dikehendaki menyalin nota ini di ______________ mereka masing-masing.

a)

buku kerja

b)

buku cerita

c)

buku rujukan

d)

buku nota

17.

17) _____________ diminta hadir ke sekolah untuk menerima laporan prestasi anak-anak mereka.

a)

Guru besar

b)

Saudara mara

c)

Kawan baik

d)

Ibu bapa

18.

18) Pilih ayat yang menggunakan kata majmuk dengan BETUL.

a)

Yusuf telah dipilih untuk menyertai kuiz Bahasa Melayu peringkat antara bangsa pada bulan depan.

b)

Kerjasama semua pihak menyebabkan kes kecurian yang berlaku di kampung itu dapat diselesaikan.

c)

Peraturan yang dikuat kuasakan semalam mendapat bantahan daripada beberapa orang pegawai.

d)

Aturcara majlis pada malam tadi agak kelam-kabut kerana tetamu kenamaan tiba lewat.

19.

19) Kejadian ______________ yang berlaku itu menyebabkan ratusan penduduk setempat terkorban.

a)

kerak bumi

b)

gunung berapi

c)

air panas

d)

jalan raya

20.

20) Pilih ayat yang menggunakan kata majmuk dengan SALAH.

a)

Adrian mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Lim kerana menghadiahkannya sebatang pen.

b)

Antara syarat untuk memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) mestilah warga negara Malaysia.

c)

Ibu menyediakan pelbagai jenis makanan seperti ketupat, lemang, sate dan pencuci mulut, iaitu puding jagung.

d)

Amira suka akan mata pelajaran Sains dan Matematik.