wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BIJAK PERIBAHASA

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Amir boleh memiliki rumah mewah itu kerana dia kaya bak kata pepatah _________

a)

ada padi semua kerja jadi

b)

air besar sampan tak hanyut

c)

bagai isi dengan kuku

d)

bagai dakwat dengan kertas

2.

Memang begitulah kehidupan Mak Aina dan Mak Kiah yang sering bergaduh bagai ____________

a)

aur dengan tebing

b)

ayam disambar helang

c)

air dicincang tidak akan putus

d)

anjing dengan kucing

3.

Ajay berbaik-baik dengan kakaknya kerana ________

a)

ada udang di sebalik batu

b)

ayam terlepas tangan bau tahi

c)

ada gula ada semua

d)

gunting dalam lipatan

4.

Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas

a)

bagai cincin dengan emas

b)

bagai cincin dan permata

c)

bagai cincin dengan berlian

d)

bagai cincin dengan permata

5.

Pilih dua peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas

a)

muafakat membawa berkat

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bagai aur dengan tebing

d)

bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana kerjasama

6.

Pilih maksud yang sesuai berdasarkan peribahasa bagai anjing dengan bayang-bayang

a)

orang yang suka menunjukkan kelebihan diri sendiri

b)

seseotang yang tidak yakin dengan diri sendiri

c)

orang yang bersikap tamak

d)

orang yang tahu kelebihan diri sendiri

7.

Menjelang bulan Ramadan, banyak peniaga membuka perniagaan mereka di tempat tumpuan. Situasi ini sesuai dengan peribahasa ________

a)

di mana ada kemahuan di situ ada jalan

b)

bagai cendawan tumbuh selepas hujan

c)

ada gula ada semut

d)

bagai hujan jatuh ke pasir

8.

Encik Shahrul dan Encik Yin Ling telah bergaduh sejak di bangku sekolah menengah lagi. Mereka bertemu setelah dua puluh tahun kemudian. Kini mereka bersahabat kembali. Pilih dua peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi tersebut.

a)

bagai anjing dengan kucing

b)

bagai aur dengan tebing

c)

carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua

d)

air yang dicincang tidak akan putus

9.

Rosman seorang lelaki yang tampan dan berkelulusan tinggi. Beliau mempunyai ramai teman wanita. Semua wanita cantik yang didampingi dijanjikan dengan ayat-ayat cinta yang manis-manis sedangkan beliau tidak berhasrat untuk menjadikan gadis-gadis itu teman hidupnya. Peribahasa yang sesuai ialah ____

a)

seperti menanam tebu di tepi bibir

b)

manis kata daripada gula

c)

buaya darat

d)

lebih kuah dari sudu

10.

"bagai ________ di dalam belukar melepaskan _________ masing-masing

a)

enau , daun

b)

pucuk , pokok

c)

pokok , batang

d)

enau , pucuk

11.

Aaron ialah seorang pengawas sekolah yang disegani rakan. Dia menjalankan tugas dengan jujur.Aaron tidak pernah takut akan ugutan murid-murid nakal yang melanggar peraturan sekolah. Hal ini diibaratkan seperti ___

a)

berani kerana benar takut kerana salah

b)

disiplin teras kejayaan

c)

budi bahasa budaya kita

12.

Pilih satu peribahasa yang sesuai

a)

gajah sama gajah bergaduh akhirnya tewas jua

b)

gajah dengan gajah berperang akhirnya tumpas ditangan lawan

c)

gajah sama gajah berjuang pelanduk mati ditengah-tengah

d)

gajah dan gajah bergaduh pelanduk menjadi mangsa akhirnya

13.

Pilih peribahasa dan makna yang sesuai berdasarkan audio berikut

a)

ukur baju di badan sendiri

b)

ukur kain di badan sendiri

c)

Buat sesuatu ikut kehendak diri sendiri

d)

buat sesuatu ikut kemampuan diri sendiri

14.

Berdasarkan audio tersebut, nyatakan dua peribahasa yang sesuai

a)

Membaca jambatan ilmu

b)

membaca bertambahnya ilmu

c)

menuntut ilmu biar sampai ke negara cina

d)

membaca memerdekakan minda

15.

Pilih tiga peribahasa yang paling sesuai berkaitan tema kemalangan jalan raya

a)

Biar lambat asal selamat

b)

sediakan payung sebelum hujan

c)

malang tidak berbau

d)

Alah bisa tegal biasa