wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 4 (1)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pagi _____________ kami akan mendaki Gunung Datuk bersama dengan abang Rizky.

a)

itu

b)

ini

c)

sana

d)

sini

2.

Ainul _____________ belum tidur walaupun hari sudah jauh malam.

a)

akan

b)

masih

c)

boleh

d)

sedang

3.

Ibu melarang Fatin keluar rumah ______________ cuaca di luar agak panas.

a)

hingga

b)

malahan

c)

kerana

d)

sungguhpun

4.
Ibu ______________ sedulang makanan untuk dihidangkan kepada tetamu kami.
a)
menatang
b)
menjinjing
c)
menjulang
d)
memegang
5.
Suasana di pasar malam itu ______________ oleh suara para pengunjung dan para peniaga.
a)
punah-ranah
b)
kacau-bilau
c)
kucar-kacir
d)
riuh-rendah
6.
Buku yang laris ____________ pasaran itu dikarang oleh artis terkenal Datuk Siti Nurhaliza.
a)
di
b)
pada
c)
ke
d)
kepada
7.
Sesi __________________ untuk mencari pelakon baharu sedang diadakan di dalam dewan itu.
a)
temu bual
b)
temu mesra
c)
uji bakat
d)
uji kaji
8.

" Kamu dikehendaki menyerahkan tugasan _______________ esok, " kata Cikgu Lukman.

a)

setiap

b)

masing-masing

c)

setengah

d)

sebahagian

9.
Beberapa ________________ cendawan dimasukkan oleh tukang masak ke dalam sup sayur-sayuran itu.
a)
gugus
b)
cebis
c)
batang
d)
kaki
10.

Disebabkan sikap Raj yang garang seperti ________ , dia tidak disukai oleh rakan-rakan sekelasnya.

a)

semut

b)

kancil

c)

keldai

d)

singa

11.
Semasa perhimpunan pagi, semua pelajar dikehendaki ____________ ikrar sekolah dengan penuh semangat.
a)
meluahkan
b)
menuturkan
c)
melafazkan
d)
mengucapkan
12.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Faris menendang bola itu apabila pengadil meniupkan wisel.

a)

Apabila wisel ditiup oleh pengadil, Faris terus menendang bola itu.

b)

Kaki Faris terus menendang bola apabila wisel pengadil itu ditiup.

c)

Faris dan pengadil akan ditendang bola itu apabila wisel ditiup.

d)

Apabila pengadil meniup wisel, Faris pun ditendang bola.

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

Datuk baru tiba ke perhentian bas.

b)

Bunga hiasan itu diperbuat daripada daun getah.

c)

Dari kamu menonton televisyen, lebih baik kamu membuat ulangkaji.

d)

Buku rujukan sains kamu ada kepada Qairynna.

14.
____________ pulang ke rumah masing-masing setelah selesai membersihkan kawasan dewan itu.
a)
Mereka
b)
Dia
c)
Kita
d)
Saya
15.
Perkataan yang mempunyai imbuhan awalan
a)
lari
b)
berlari
c)
larian
d)
melarikan