WorksheetsKata Kerja Transitif dan Tak Transitif
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Datuk _____________ kapak itu sehingga tajam sebelum menebang pokok.
menganyam
mengasah
mengawal
mengambil
Ibu _____________ air dengan menggunakan cerek elektrik di dapur.
menjahit
menjemur
menjerang
menjala
Mak Senah ____________ bawang merah itu nipis-nipis untuk dibuat bawang goreng.
menghiris
memotong
membelah
menyiang
Pak Raju ____________ lembu-lembunya pada sebatang pokok yang rendang.
memegang
mengikat
membawa
menambat
Siew Ling ___________ sampah-sarap yang bertaburan di dalam kelas itu sebelum pulang.
mengupas
mengumpul
mengutip
mengoyak
Pak Karim ____________ lalang yang tumbuh di sekeliling rumahnya pada waktu petang.
memotong
menebas
menebus
memagar
Mak Limah ____________ daun mengkuang itu untuk dibuat tikar.
mengait
menjahit
menyulam
menganyam
Encik Lim lebih gemar ____________ keretanya sendiri ke tempat kerjanya setiap pagi.
membawa
menunggang
memandu
membonceng
Hakim _____________ buku-bukunya ke dalam beg galas sebelum ke kantin.
menyusunkan
memasukkan
mengemaskan
memberikan
Penari-penari dari Sabah itu ______________ tarian tradisional mereka di harapan para pelancong.
menyembahkan
mempersembah
mempersembahkan
dipersembahkan
Jalur Gemilang ____________ dengan megahnya apabila ditiup angin.
bersinar
berkibar
bertiup
bertebar
Pokok-pokok durian di dusun Pak Abas itu ____________ dengan lebatnya setiap kali musim durian.
berbuah
berdaun
berbunga
berhasil
Gopal _____________ kerana terpijak kulit pisang di kaki lima itu.
terkejut
terpegun
tergelincir
tergeliat
Keluarga Jason ____________ untuk bercuti ke luar negara semasa cuti sekolah nanti.
mencadang
mencadangkan
bercadang
dicadangkan
Katrina membantu ibunya untuk menyapu daun-daun kering yang _____________ di halaman rumahnya.
bertaburan
berguguran
berhamburan
bertebaran
Leman terpaksa tidur ____________ kain pelekatnya kerana selimutnya tertinggal di kampung.
berselimutkan
berselimut
menyelimuti
menyelimutkan
Melisa _____________ melihat keindahan pantai dan kejernihan air laut di Pulau Sipadan itu.
terperanjat
terpedaya
terpelosok
terpesona
Shahila dan Yen Fong berehat sambil _____________ di kantin.
berkata-kata
berbual-bual
berminum-minum
bertepuk-tepuk
Cuaca panas yang _____________ telah menyebabkan kemarau berlaku di kawasan itu.
berpanjangan
berkurangan
berleluasa
berjangkitan
Arun ____________ di jendela rumahnya ketika mengenangkan nasib yang menimpa dirinya.
terpegun
tertawan
termenung
tertidur
