NEW
Font size
WorksheetsSimpulan Bahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Mempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu.
Ada hati
Ada angin
Ada ada
Ada masa
Bertutur bahasa Malaysia tetapi tidak betul tatabahasanya.
bahasa istana
bahasa pasar
bahasa dalam
bahasa luar
Berusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
akal panjang
gaji buta
titik peluh
cari jalan
Tidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
buta hati
campur tangan
dalam tangan
iri hati
Hilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta.
hilang akal
atas pagar
berat sebelah
gelap mata
Orang yang nakal dan suka mengganggu orang lain.
besar kepala
muka tembok
kacang hantu
kuku besi
Orang yang tidak suka bergaul dengan orang lain.
lipas kudung
mulut murai
ayam tambatan
kera sumbang
Mengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan.
panjang tangan
lintah darat
kaki botol
lidah bercabang
Memperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya dengan seseorang yang lain.
adu domba
batu api
mulut murai
tin kosong
Membuat tuduhan secara agak-agak atau tanpa usul periksa.
sampai hati
membabi buta
serkap jarang
bodoh sepat
