Font size
WorksheetsPendidikan Syariah Islamiah ( Fekah T4) (Set 1)
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Mikat Makani bagi jemaah haji yang datang melalui Madinah ialah....
يلملم
قرن المنازل
جحفة
ذو الحليفة
Semua pernyataan berikut adalah benar mengenai Niyabah Haji KECUALI
haji dikerjakan oleh orang lain
naib haji berniat ihram pada miqat pilihan
Haji dikerjakan untuk seorang pada satu musim
orang yang mengambil upah haji telah menunaikan haji untuknya terlebih dahulu
Antara peranan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pengurusan haji ialah
memberi pendedahan awal tentang pelaksanaan haji dan umrah
mengadakan ceramah khas untuk bakal-bakal haji
melatih para guru untuk membantu tabung haji
mengedarkan risalah-risalah berkenaan haji
Kaedah menyembelih binatang yang terjatuh ke dalam lubang ialah.....
memukul binatang hingga mati
melukakan mana-mana bahagian anggota yang boleh mematikannya
mematahkan leher dengan cara menjerutnya
disembelih secara ikhtiari
Pernyataan yang BENAR berkenaan ibadah korban ialah
menyembelih binatang sembelihan
dilakukan pada hari raya
disyariatkan pada tahun ke enam hijrah
diwajibkan kepada Rasulullah saw
Berikut ialah persamaan antara ibadah korban dan akikah...
boleh dilakukan pada bila-bila masa
binatang yang sah ialah jenis al An'am
tiada jumlah kadar binatang yang ditentukan
hukumnya sunat muakkad
Antara prinsip Muamalah dalam Islam adalah seperti berikut KECUALI...
untuk mencari keredhaan Allah
dilakukan dalam semangat bekerjasama
memberi peluang pekerjaan kepada umat Islam
perlu bebas dari segala unsur penindasan
Berikut adalah syarat2 sah Bai Salam KECUALI
dibayar secara tunai
barang boleh disifatkan secara tepat
barang mestilah ada semasa akad dibuat
ditentukan masa dan tempat penyerahan barang
" Abu Bakar mempunyai kemahiran membuat perabut. Ali pula mempunyai kemahiran membuat pakaian.Mereka telah bersetuju berkongsi modal untuk menubuhkan sebuah syarikat"
Pernyataan di atas merujuk kepada maksud Syarikat.....
Wujuh
Abdan
'Inan
Mufawadhoh
Antara berikut yang manakah BUKAN rukun Mudhorabah..
modal
kerja
untung
saksi
Pernyataan yang benar mengenai Takaful ialah...
sistem insuran secara Islam
sistem pinjaman kewangan secara Islam
sistem gadaian secara Islam
sistem pelaburan dalam Islam
Manakah amalan yang TIDAK termasuk dalam rukun Umrah
bercukur
wukuf di Arafah
Tawaf di Baitullah
Sa'ie antara Safa dan Marwah
Berikut ialah syarat Naib Haji KECUALI...
telah mengerjakan haji
melakukan haji untuk beberapa orang
mendapat keizinan daripada orang yang mewakilkan
hendaklah menunaikan haji untuk orang yang diwakilkan
Apakah persamaan diantara Korban dengan Sembelihan..
Cara sembelihan
Binatang yang disembelih
Masa dilakukan
Tujuan melakukan
" Siti telah memulangkan sepasang baju yang telah dibeli di kedai Afidah kerana terlalu ketat"
Penyataan di atas adalah contoh bagi muamalah...
خيار
وديعة
مضاربة
بيع السلم
Syarikat Mufawadhoh ialah ....
apabila lebih daripada seorang memiliki sesuatu barang tanpa akad
sesuatu kontrak antara dua pihak yang berkongsi modal dan untung
perkongsian dua orang atau lebih untuk melakukan kerjasama dalam sesuatu urusan
perkongsian dua orang dalam urusan harta bahawa mereka akan memperdagangkannya dengan keuntungan akan dibahagi dua
Jenis Dam yang dikenakan kepada Jemaah Haji kerana memakai wangi-wangian semasa ihram ialah ...
دم ترتيب دان تقدير
دم ترتيب دان تعديل
دم تخيير دان تقدير
دم تخيير دان تعديل
Urat yang wajib diputuskan dengan sempurna semasa sembelihan ialah...
Halkum dan mari'
Halkum dan alwadajan
Mari' dan alwadajan
Alwadajan sahaja
Contoh muamalah secara Al Bai' bi samanin Ajil ialah ...
memajak kebun buah-buahan
menempah baju melalui tukang jahit
pembelian barang-barang keperluan secara tunai
pembelian rumah melalui pembiayaan bank Islam
Antara berikut yang manakah BUKAN syarat sah Sai'e..
mestilah dimulai di Safa
dilakukan selepas tawaf Ifadhoh atau Qudum
mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
hendaklah sampai ke penghujung tempat Sa'ie di Safa dan Marwah
# selesai melontar jamrah aqabah
# bercukur atau bergunting
Pernyataam di atas merujuk kepada cara mendapat ....
Tahallul Awal
Tahallul Thani
Nafar Awal
Nafar Thani
Peranan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap jemaah haji ialah ....
memeriksa kesihatan jemaah haji
menyediakan ubat-ubatan ke tanah suci Mekah
menghantar pegawai perubatan ke Tanah suci Mekah
menghantar jenazah pulang ke Tanah air
" Pemilihan pembeli sama ada untuk meneruskan jual beli atau membatalkannya ketika didapati kecacatan pada barang yang dibeli"
Pernyataan di atas merujuk kepada...
خيار عيب
خيار مجليس
خيار شرط
البيع بثمن أجل
Pernyataan yang BENAR mengenai Wadiah ialah ..
menjadikan sesuatu barang sebagai sandaran
menjaga harta orang lain sebagai amanah
sesuatu kepentingan utama dalam syarikat
modal diserah kepada pengusaha
Cara pelaksanaan Haji Ifrad ialah
mengerjakan umrah pada bulan haji dan kemudian mengerjakan haji pada tahun yang sama
mengerjakan haji pada bulan-bulan haji dan umrah dikerjakan diluar bulan haji
mengerjakan haji dan umrah serentak di dalam bulan haji
mengerjakan haji tanpa mengerjakan umrah
