WorksheetsKUIZ 2 : SIMPULAN BAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 3mins
Setelah agak lama di rumah Aznida, Raisya pun _______________ kerana hari hampir senja.
minta ampun
minta kasih
minta diri
minta jalan
Datuk Khalid ___________ apabila dituduh menggelapkan wang syarikat rakan kongsinya tanpa usul periksa.
pedih hati
kecil hati
naik minyak
naik angin
Amsyar sudah ____________ untuk meletakkan jawatan kerana beliau hendak memulakan perniagaan atas talian.
berat hati
besar hati
bulat hati
cekal hati
Raziman yang ____________ cepat berang apabila ada orang yang bercakap tentang dirinya.
telinga nipis
telinga kuali
telinga lintah
telinga tempayan
Kedai runcit itu terpaksa _________________ kerana kegawatan ekonomi.
angkat muka
gulung tikar
ambil angin
makan suap
Ina _________________ apabila mendengar Hasmila memuji dirinya di hadapan kawan-kawan mereka.
senyum sinis
senyum kucing
senyum kambing
senyum simpul
Syahmi terpaksa menggunakan ______________ supaya cepat sampai di rumah kawannya kerana kesuntukan masa.
jalan mati
jalan mudah
jalan belakang
jalan rentas
Hanif rajin bekerja bagaikan __________ kerana berjaya
menyandang jawatan baru.
penyapu baru
ayam tambatan
bermandi peluh
lipas kudung
Shira berasa _____________ hendak memasuki kelab itu kerana kebanyakan ahlinya _____________.
besar hati…mata duitan
tebal muka ......pilih kasih
tawar hati .......hidung tinggi
putih hati ....makan angkat
Kak Hasila menghayati irama muzik melalui radio sebagai
_____________ semasa menyiapkan kerja sekolahnya.
pencuci telinga
buah mulut
alas perut
halwa telinga
Muzaffar mendiamkan diri walaupun dipanggil oleh gurunya beberapa kali kerana dia _____________
telinga nipis
telinga kuali
telinga lintah
telinga tempayan
Jangan dilihat dia itu biasa sahaja, sebenarnya ilmunya amat tinggi ibarat _____________
diam-diam ubi berisi
bagai aur dengan tebing
seperti cacing naik ke mata
tanam cempedak tumbuhnya nangka
Kehidupan pengemis itu seperti ___________.
rumput di tepi jalan
lintah menghisap darah
api dalam sekam
embun di hujung tanduk
Alisya seperti ______________________ tidak tahu menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
mencurah garam ke laut
kera mendapat bunga
Belanda diberi tanah
hujan jatuh ke pasir
Sungguhpun Zuliza dan Nelly merupakan sahabat karib namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti _____________
rambut sama hitam, hati lain-lain
sambil menyelam minum air
ukur baju di badan sendiri
tepuk dada tanya selera
