NEW
Font size
WorksheetsBab 4 T3
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Rajah menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kereaktifan logam. P, Q dan R ialah serbuk logam yang berlainan jenis. Nyatakan susunan yang betul tentang kereaktifan logam dalam tertib menurun?
Q → P → R
R → P → Q
Q → R → P
R → Q → P
Apabila dipanaskan dengan kuat, kalsium karbonat terurai kepada X dan membebaskan karbon dioksida seperti ditunjukkan dalam persamaan di atas. Apakah X?
kalsium
kalsium oksida
kalsium sulfida
kalsium sulfat
Satu campuran di antara zink dan oksigen dipanaskan. Yang manakah mewakili tindak balas tersebut?
zink + oksigen → zink sulfat
zink + oksigen → zink sulfida
zink + oksigen → zink oksida
zink + oksigen → zink klorida
Rajah menunjukkan tindak balas antara kalsium karbonat dengan asid sulfurik. Apakah gas yang dihasilkan?
oksigen
hidrogen
karbon dioksida
sulfur dioksida
Apakah kandungan di dalam air kapur?
natrium karbonat
kalsium hidroksida
kalsium bikarbonat
natrium hidroksida
Apakah logam yang diekstrak daripada BAUKSIT?
Aluminium
Timah
Besi
Plumbum
Dimanakah kedudukan KARBON di dalam Siri Kereaktifan Logam?
Di antara Aluminium dan Zink
Di antara Magnesium dan Aluminium
Di antara Zink dan Ferum
Di antara Plumbum dan Kuprum
Dimanakah kedudukan HIDROGEN di dalam Siri Kereaktifan Logam?
Di antara Aluminium dan Zink
Di antara Magnesium dan Aluminium
Di antara Zink dan Ferum
Di antara Plumbum dan Kuprum
Rajah menunjukkan aktiviti pemanasan antara besi dan sulfur?Apakah sebatian yang terhasil pada akhir aktiviti?
sulfur dioksida
naftalena
besi sulfur
besi sulfida
Antara berikut, oksida manakah boleh diturunkan oleh hidrogen?
aluminium oksida
magnesium oksida
ferum (III) oksida
zink oksida
Bagaimanakah perlombongan bauksit yang berdekatan dengan jalan raya mendatangkan bahaya kepada pemandu kenderaan?
pandangan menjadi terhad dan jalan menjadi licin
bunyi jentera perlombongan menganggu fokus pemandu
jalan raya mengalami kesesakan
boleh menyebabkan tayar kenderaan pancit
Z merupakan bahan bukan logam yang terhasil semasa pengekstrakan besi di dalam relau bagas. Apakah kegunaan Z?
membuat tapak bangunan dan jalan
membuat wayar elektrik
membuat simen
membuat barang kemas
