Font size
WorksheetsBreath in - Breath out mechanism
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Apakah keperluan sistem respirasi kepada organisma?
Untuk menghasilkan tenaga daripada pengoksidaan glukosa
Untuk pertukaran udara dalam haiwan dan tumbuhan
Mengantikan sistem pengangkutan dalam serangga
Meningkatkan proses metabolik organisma
Antara organisma berikut, yang manakah tidak memerlukan sistem respirasi?
Lalat
Gajah
Paramecium sp.
Katak
Antara berikut merupakan penyesuaian struktur serangga, kecuali?
Mempunyai kantung udara
Permukaan trakeol yang lembap
Bilangan trakeol yang banyak
Banyak jaringan kapilari darah
Antara oraganisma berikut, yang manakah mempunyai isipadu yang paling kecil untuk pertukaran gas respirasi secara resapan?
Amoeba sp.
Katak
Manusia
Serangga
Gambar 2.1 menunjukkan struktur respirasi seekor ikan. Yang manakah persamaan ciri struktur ikan dan struktur pada peparu manusia yang membantunya berfungsi dengan berkesan?
Apakah peranan diafragma terhadap mekanisma pernafasan manusia?
Menggerakkan sangkar rusuk ke atas dan ke bawah secara berselang seli
pengecutan otot interkosta dapat berlaku
Mengubah tekanan udara dalam rongga toraks
Memudahkan resapan gas berlaku
Semasa mekanisma pernafasan hembus nafas katak, sebahagian udara hembusan bercampur dengan udara dalam rongga mulut. Apakah penyesuaian struktur katak yang membantu kecekapan pernafasan semasa hembus nafas?
Rongga mulut katak yang mempunyai dinding berotot kuat untuk sentiasa bergerak ke atas dan ke bawah agar dapat menyedut dan menghembus nafas melalui lubang hidung
Permukaan peparu katak yang berlipat-lipat untuk meningkatkan nisbah jumlah permukaan kepada isipadu agar pertukaran gas berlaku dengan cekap
Kulit katak yang lembap dapat membenarkan gas melarut di dalamnya
Yang manakah antara berikut merupakan laluan udara melalui sistem pernafasan katak yang betul?
Mulut->lubang hidung->glotis->peparu
Mulut->rongga mulut->glotis->peparu
Lubang hidung->rongga mulut->glotis->peparu
Lubang hidung->mulut->glotis->peparu
Kenapakah sistem pernafasan serangga dikenali sebagai sistem traeka?
struktur badan serangga lebih ringkas daripada manusia
Struktur pernafasan serangga tidak mempunyai kapilari darah
struktur pernafasan serangga mempunyai cabang trakeol dan kantung udara yang tiada dalam organisma lain
struktur yang terdiri dari satu siri tiub yang menyalurkan udara secara lansung ke tisu badan
Mengapakah peparu manusia lebih cekap daripada peparu amfibia?
saiz peparu manusia lebih besar daripada peparu amfibia
Terdapat sangkar rusuk dan diafragma pada peparu manusia
Glotis pada peparu amfibia bersifat lembut dan mudah koyak
Selain peparu,pernafasan amfibia turut dibantu oleh struktur kulit
