NEW
Font size
WorksheetsBM Pemahaman
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
“_________________ tidak pernah melihat kamu sebelum ini. Kamu murid baharu?” tanya Rajesh kepada Sulaiman.
Aku
Saya
Kami
Kita
Salsabila berasa ______________ kerana keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah akan diumumkan pada minggu hadapan.
gusar
celaru
keliru
kecewa
Suasana ___________ di dalam stadium tiba-tiba senyap apabila penyair itu mendeklamasikan sajaknya.
huru-hara
kucar-kacir
kacau-bilau
hiruk-pikuk
_________________, kasihan betul nasib pak cik yang berpakaian compang-camping itu!
Wah
Aduhai
Aduh
Wahai
Hukuman yang lebih berat akan dikenakan atas _____________ memberikan rasuah kepada penjawat awam.
kesalahan
kesilapan
kecuaian
kelalaian
Sesiapa yang berminat untuk menjayakan teater muzikal terbaharu arahan pengarah muda itu perlu menjalani _____________ terlebih dahulu.
uji kaji
temu janji
uji bakat
temu ramah
Dia mendapat jawatan itu kerana kelulusannya baik. _______________, dia mahir menggunakan komputer.
Malahan
Tambahan pula
Sebaliknya
Sehubungan dengan itu
Mengapakah mesyuarat antara penduduk di kawasan itu perlu disegerakan?
Mesyuarat itu akan diadakan pada malam ini.
Mesyuarat itu melibatkan kaum lelaki sahaja.
Mereka telah mencapai kata sepakat setelah bermesyuarat semalam.
Mereka ingin membincangkan masalah pecah rumah yang berleluasa sekarang.
Bakul itu hasil daripada _____________ orang buta yang tinggal di rumah kebajikan itu.
bekas tangan
wang saku
buah tangan
sagu hati
Cikgu Khusairy mendesak Fauzan supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya.
Pilih perkataan sinonim bagi mendesak.
merayu
memaksa
merungut
menyuruh
“Tolong kutip sampah yang bertaburan itu,” kata Cikgu Razman kepada murid-muridnya.
Pilih perkataan antonim bagi kutip.
angkat
pungut
buang
campak
______________ orang murid sekolah itu mengalami muntah selepas makan makanan yang dijual di gerai berhampiran sekolah.
Setiap
Beberapa
Setengah
Sebilangan
15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
“Saya mendapat tawaran ke MRSM kerana kecemerlangan saya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum,” kata Jessica.
Jessica menerangkan bahawa dia memohon ke MRSM kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Jessica memberitahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Jessica menyatakan bahawa dia setuju ke MRSM kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Jessica mendapat tahu bahawa dia mendapat tawaran ke MRSM kerana kecemerlangannya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Pak Cik Rahim begitu ( bermati-mati, bersungguh-sungguh, beria-ria ) mengerjakan tanaman sayur organik di tanah lapang di belakang rumahnya itu.
bermati-mati
bersungguh-sungguh
beria-ria
Encik Kamarul ( bolak-balik, kacau-bilau, mundar-mandir ) di luar bilik temu duga itu ketika menunggu gilirannya untuk dipanggil oleh panel penemu duga.
bolak-balik
kacau-bilau
mundar-mandir
