wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz PA 5 : Dasar Dalam dan luar Negara

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah organisasi yang mengeratkan hubungan ekonomi melalui kerjasama serantau?

a)

Kumpulan 15 (G-15)

b)

Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

c)

Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)

d)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

2.

Pilih 2 penyataan yang benar tentang Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)

a)

Mengadakan kerjasama dalam bidang ketenteraan

b)

Menumpukan kepada kerjasama dalam bidang politik

c)

Mewujudkan peluang-peluang baru dalam hubungan perdagangan

d)

Menggerakkan kerjasama dalam bidang perbankan dan insurans Islam

3.

Pilih 2 usaha untuk membangunkan "K-Ekonomi" mengikut Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

a)

Merapatkan jurang digital

b)

Membangunkan sistem infrastruktur

c)

Meningkatkan kadar pertumbuhan penduduk

d)

Mengadakan kawalan terhadap kemasukan pekerja asing tanpa izin

4.

Antara yang berikut, yang manakah usaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat di rantau Asia Tenggara?

a)

Forum Serantau Asean (ARF)

b)

Mesyuarat Eropah Asia dan Eropah (ASEM)

c)

Perjanjian Kawalan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)

d)

Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga Malaysia-Indonesia-Singapura (MIS-GT)

5.

Pilih 2 yang benar tentang objektif penubuhan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional

a)

Memperkasakan Program Rakan Muda

b)

Mewujudkan usahawan belia yang berdaya saing dan berintegriti

c)

Mewajibkan belia menjadi ahli mana-mana pertubuhan belia setempat

d)

Mewajibkan belia yang menganggur menyertai program latihan di Institut Kemahiran Belia Negara

6.

Dasar Pandang ke Timur bertujuan untuk memperlihatkan perubahan dalam agensi kerajaan dari segi.. (pilih 2)

a)

Sikap pekerja

b)

struktur pentadbiran

c)

skim perjawatan pekerja

d)

pembahagian kuasa pentadbiran

7.

Dasar Sosial Negara ialah dasar induk yang merangkumi dasar pembangunan sosial yang berteraskan kepada.. (pilih 2)

a)

Ideologi politik

b)

strata masyarakat

c)

Perlembagaan Persekutuan

d)

prinsip-prinsip Rukun Negara

8.

Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi, dan teknologi

Memberikan peluang kepada setiap anggota masyarakat untuk memperkembang potensi diri secara optimum


Antara yang berikut, yang manakah yang dilaksanakan untuk merealisasikan matlamat di atas?

a)

Dasar Sosial Negara

b)

Dasar Sains dan Teknologi

c)

Pelan Pemulihan Ekonomi Negara

d)

Pelan Induk Ekonomi Berasaskan Pengetahuan

9.

Menghasilkan ubat yang berkesan daripada sumber asli Membina kemampuan sumber tenaga yang mesra alam


Objektif di atas merujuk kepada

a)

Dasar Perhutanan Negara

b)

Dasar Perindustrian Negara

c)

Dasar Bioteknologi Negara

d)

Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara

10.

Pada tahun 2003, Amerika Syarikat dan sekutunya telah melancarkan perang ke atas Iraq.


Pilih 2 kesan peperangan tersebut.

a)

Perubahan corak pemerintahan di Iraq

b)

Peningkatan kumpulan ekstremis dan militan di Iraq

c)

Peningkatan dalam urusan perdagangan dan urus niaga dunia

d)

Peningkatan sentimen pro-Amerika dalam kalangan penduduk dunia