wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ KOMPONEN SASTERA TINGKATAN 4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa

dengan cemeti keberanian di tangan

rembat angkuhnya memacu takut

menghalau kuda-kuda di padang

berebutan memburu kandang.


Rumput dan jerami terhidang

adalah kanun janji kesetiaan

dimamah rakus kala lapar

tak peduli nasib diri setelah kenyang

jadi tunggangan memburu rakan.


Dia lelaki punya kuasa

sesekali suaranya lebih gempita

daripada ringkik kuda sekandang

pacuannya diiring seribu keberanian

meredah onak di rimba perburuan

meranduk lumpur di paya penindasan

sambil melibas cemeti durjana

dia melempar muslihat

aku penyelamat maruah

berjuang atas dasar kebenaran

menentang semua kebobrokan.


Dia lelaki sang gembala kuda

hanya mengenal pantas tunggangan

tanpa membaca keletihannya

dia lelaki sang gembala kuda

hanya tahu mengejar kehebatan

tanpa menghitung kesakitannya

dan kuda-kuda itu ditunggangi

ditunggangi dan ditunggangi!


Apakah tema sajak ini ?

a)

Kekuasaan dan penganiayaan terhadap binatang

b)

Perjuangan untuk melindungi haiwan

c)

Keistimewaan kuda

d)

Kuasa menjadikan kita lupa

2.

Yang manakah BUKAN persoalan dalam sajak Sang Gembala Kuda ?

a)

Pemimpin yang rakus menggunakan kuasa

b)

Kepatuhan kepada pemimpin

c)

Kebijaksaan mengeksploitasi kumpulan lemah

d)

Kekayaan dan kesombongan

3.

Yang manakah BUKAN bentuk sajak Sang Gembala Kuda.

a)

Tidak terikat dengan format puisi tradisional

b)

Rima akhir tidak sama

c)

Jumlah suku kata 4- 8 patah perkataan

d)

Bilangan baris setiap rangkap tidak sama

4.
  • Paya penindasan
  • Cemeti durjana


Contoh gaya bahasa di atas ialah

a)

Personifikasi

b)

Simile

c)

Metafora

d)

Sinkope

5.

Nilai yang manakah TIDAK terdapat dalam sajak Sang Gembala Kuda

a)

Ketaatan

b)

Kegigihan

c)

Kasih sayang

d)

Keberanian

6.

Lengkapkan pengajaran berikut.


Janganlah kita (a)   binatang yang tidak berdosa kerana mereka juga makhluk Tuhan.

7.

Manusia suka menyiksa binatang dan menzalimi orang yang lemah kerana mereka berasa (a)   dengan kuasa yang dimiliki.

8.

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada salah guna kuasa ?

a)

Berasa bangga dengan kuasa yang dimiliki

b)

Menggunakan kuasa untuk ahli keluarga dan sahabat

c)

Menganggap kuasa merupakan amanah Tuhan

d)

Melakukan apa-apa sahaja yang diinginkan

9.

Binatang yang selalu digunakan untuk berburu ialah

(a)  

10.

Apakah nama agensi kerajaan yang menjaga dan melindungi haiwan yang diancam kepupusan ?

a)

PERHILITAN

b)

FRIM

c)

FELDA

d)

MARA