WorksheetsKata ganti nama tunjuk (BM Tahun 4)
Total questions: 25
Worksheet time: 19mins
__________lah padang bola tempat saya bermain bersama-sama dengan kawan-kawan.
Ini
Situ
Sini
Sana
“ Saya pula akan melancong ke Pulau Tioman. Saya akan ke ___________ dengan menaiki kapal terbang,” ujar Amar Wafi.
sana
sini
situ
ini
____________ guru besar sekolah saya. Nama beliau ialah Encik Zulkifli.
Ini
Itu
Situ
Sana
“Saya datang dari arah _______________,” katanya .
ini
situ
itu
sana
Peristiwa _______________ masih segar dalam ingatanku.
ini
sini
itu
sana
“Mak Cik Su , silalah duduk di ________________. Nanti saya panggilkan ibu,” kata Laili.
ini
situ
sini
sana
____________ rumah kawan baik saya. Dia sudah tinggal di __________ sejak lima tahun yang lalu.
Ini……sini
Ini….. situ
Itu……sini
Itu…...situ
“ Puisi ___________________ saya tujukan kepada bonda tersayang,” kata Nurul.
ini
sini
itu
sana
“Cuaca pada hari _____________ sungguh sejuk,” kata Mirza sambil menahan kesejukkan.
sana
situ
sini
ini
Kedai hiasan dalaman ____________ terletak di seberang jalan sana.
ini
sini
itu
sana
Kemalangan ngeri ______________ telah mengorbankan banyak nyawa.
ini
situ
itu
sana
“______________ chalet datuk saya, awak boleh menginap di ___________,”kata Mimi kepada Aliya.
Ini…... sini
Situ….itu
Itu….. sini
Sana….itu
“Encik, harga kain batik ____________ berapa,” tanya Fadli kepada peniaga kain itu.
ini
situ
itu
sana
“Esok, saya akan ke Singapura. Saya akan ke __________ dengan kereta __________.
ini…... sini
situ….itu
itu….. sini
sana….ini
“Tandas terletak di _________,” kata pengawal keselamatan __________ kepada Aiman.
ini…... sini
situ….itu
itu….. sini
sana….sini
“Semua kuih ___________dibuat oleh ibu saya sendiri,”kata Hanani dengan bangganya.
ini
situ
itu
sana
“Sudah lama benar Sharul tidak datang ke __________,” rungut Pak Mail kepada isterinya.
sana
situ
sini
ini
“ ______________ lah anak perempuan saya yang pernah bekerja di Brunei dulu. ” kata Puan Jamiah sambil memeluk bahu anak gadisnya.
ini
situ
itu
sana
“Mari ke ______________, nak. ibu mahu tunjukkan kepada kamu gambar-gambar lama milik datuk kamu,” kata Puan Azni kepada anaknya.
sana
situ
sini
ini
“Cuba awak lihat kereta Myvi yang diparkir di halaman rumah Wak Leman. __________ lah kereta Yasmin yang baru dibelinya,” kata Danial kepada Fitri.
Ini
Situ
Itu
Sana
“Alihkan semua perabot ___________ ke __________,” arah Tuan Ahmad kepada pekerja-pekerjanya.
ini…... sana
situ….itu
sana….. sini
sana….situ
“Di ___________ lah saya nampak beberapa orang remaja menconteng dinding perhentian bas,” kata Amir sambil menunjukkan jarinya ke arah perhentian bas di seberang jalan.
sana
situ
sini
ini
“Kami sekeluarga akan ke _________ dalam beberapa hari lagi, nek,” kata Fitri kepada neneknya melalui telefon.
sana
situ
sini
ini
Jawab soalan berdasarkan gambar.
sana
itu
situ
ini
Jawab soalan berdasarkan gambar
ini ….situ
ini…... itu
situ….itu
itu….. ini
