NEW
Font size
WorksheetsSoalan Objektif Bahasa Melayu PT3
Total questions: 20
Worksheet time: 11mins
Peserta dari sekolah kami memenangi acara __________ lembing peringkat Daerah Seremban.
merejam
melempar
membaling
melontar
Perlawanan bola tampar antara pasukan Melur dan pasukan Teratai itu terpaksa
____________ kerana hujan turun dengan lebatnya.
digantung
dihabiskan
disudahkan
ditangguhkan
Ibu akan memastikan air yang dimasak ___________ untuk dibuat kopi.
menggelombang
menggelegak
menggeletar
membuak
Kanak-kanak itu gagal diselamatkan ketika dihanyutkan ______ sungai yang deras dalam kemalangan yang menyayat hati itu.
arus
kitaran
putaran
gelombang
Seorang lelaki telah dijumpai _________ di tepi pantai oleh sekumpulan pengakap yang sedang berkhemah di situ.
terpapar
terdampar
terlantar
terhantar
________ yang bergemuruh telah diberikan oleh murid-murid setelah mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh novelis terkenal itu.
Teriakan
Tepukan
Jeritan
Laungan
Buku yang ditulis dalam __________ itu, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
dwibahasa
ekabahasa
pancabahasa
interbahasa
Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.
daun
pokok
batang
pelepah
Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.
di
atas
pada
kepada
Pergerakan pelakon itu dalam adegan pergaduhan kelihatan _________ kerana dia pernah mempelajari seni pertahanan diri.
lasak
cekap
tangkas
kencang
Cikgu Kharizah telah diamanahkan oleh pihak PIBG untuk __________ mata pelajaran Bahasa Melayu semasa cuti persekolahan kepada sekumpulan pelajar yang lemah.
mengajar
mengajari
mengajarkan
menunjuk ajar
Alang mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya
menyerkupkan
menyarungkan
menyerkapkan
menyorongkan
Sewaktu tergesa-gesa, menuju ke dapur kaki Satish __________ pada bendul pintu biliknya.
tersadung
tersepak
terpijak
terselit
Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.
gelap mata
pisau cukur
mata duitan
tumbuk rusuk
Zanariah dan adiknya selalu bertengkar, namun mereka akhirnya akan berbaik semula.
Keadaan ini samalah seperti…
didengar ada, dipakai tiada
biar mati anak, jangan mati adat
jauhari yang mengenal manikam
carik-carik bulu ayam, lama-kelamaan bercantum juga
Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.
Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.
Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu.
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Seperti embun di hujung rumput.
Bagai layang-layang putus tali
Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya. Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas kecuali
genggam bara api biar jadi arang.
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Peribahasa tiada beban batu digalas bermaksud
menolong orang yang tidak tahu membalas budi.
sengaja mencari masalah yang menyusahkan diri sendiri.
hanya beringat-ingat setelah mendapat sesuatu kemalangan.
mencari keuntungan dengan berbuat baik antara dua orang yang berseteru
Semasa hidupnya susah dahulu banyak keinginannya yang tidak tercapai. Kini, setelah suaminya bergelar jutawan semua keinginan Salmah seperti pakaian dan barang kemas dengan mudah diperolehnya.
Peribahasa yang sesuai menggambarkan keadaan di atas ialah
biduk lalu, kiambang bertaut.
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.
ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.
Pelawat A : Ukiran seni bangunan Istana Seri Menanti ini masih lagi elok walaupun telah dihasilkan beratus-ratus tahun dahulu.
Pelawat B : Ya, malah rekaan seni binanya melambangkan ciri-ciri budaya masyarakat Minangkabau.
Peribahasa yang sesuai dengan dialog di atas ialah
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
rumah siap pahat berbunyi.
