wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM ( TATABAHASA )

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Damia dan keluarganya bersenam setiap pagi supaya badan menjadi ______________.

a)

cermat

b)

cergas

c)

cerdas

d)

ceria

2.

Lewis membantu kakaknya mengelap cermin tingkap ____________ rumah mereka bersih .

a)

dan

b)

supaya

c)

kerana

d)

tetapi

3.

Wing Keong menyusun buku-buku di atas rak itu agar tersusun _______________ .

a)

betul

b)

rapat

c)

kemas

d)

teliti

4.

Persembahan tarian itu __________ memukau ___________ .

a)

nian , sekali

b)

betul , sekali

c)

sekali , sungguh

d)

sungguh , sekali

5.

Para pemain bola sepak itu kelihatan _____________ lincah.

a)

amat

b)

sungguh

c)

sekali

d)

benar

6.

Encik Haris berjaya ____________ seekor ikan yang besar di laut.

a)

menjala

b)

memancing

c)

menangkap

d)

mengail

7.

Pilih ayat yang sesuai bagi gambar.

a)

Datuk membaca senaskhah surat khabar.

b)

Datuk dibaca oleh senaskhah surat khabar.

c)

Senaskhah surat khabar dibaca oleh datuk.

d)

Senaskhah surat khabar membaca datuk.

8.

Pilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

Dedaun kering sedang menyapu oleh Aaron.

b)

Aaron sedang menyapu dedaun kering.

c)

Menyapu dedaun kering sedang Aaron.

d)

Dedaun kering sedang disapu oleh Aaron.

9.

Syarikat itu terpaksa menamatkan perniagaan kerana banyak berhutang.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas.

a)

gaji buta

b)

gulung tikar

c)

gelap mata

d)

cari jalan

10.

Amni berazam untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan pernyataan di atas.

a)

besar hati

b)

senang hati

c)

kecil hati

d)

ada hati

11.

"Marilah __________ ke taman permainan," kata Amira kepada kawan-kawannya.

a)

kalian

b)

kami

c)

kita

d)

kamu

12.

_____________ bahan yang digunakan untuk membuat layang-layang?

a)

Siapakah

b)

Mengapakah

c)

Bagaimanakah

d)

Apakah

13.

"______________ nikmati hidangan di atas meja ini," kata Wing Keong kepada tetamunya.

a)

Jangan

b)

Sila

c)

Tolong

d)

Jemput

14.

KIta mestilah selalu bersenam supaya badan kita sentiasa ____________ .

a)

sihat

b)

cergas

c)

sakit

d)

cerdas

15.

Baju adik ____________ kerana ditimpa hujan semasa pulang dari sekolah.

a)

koyak - rabak

b)

basah - kuyup

c)

kusut - masai

d)

compang - camping

16.

Pihak polis telah berjaya menangkap se_____________ perompak bank semalam.

a)

kawan

b)

kumpulan

c)

pasukan

d)

gerombolan

17.

Ainina menonton rancangan televisyen _____________ menunggu kepulangan ayahnya.

a)

kerana

b)

sambil

c)

sementara

d)

tetapi

18.

______________ yang dipersembahkan oleh Li Ming dan Nar Wan amat mempersonakan.

a)

Tari

b)

Tarian

c)

Ditarikan

d)

Menari

19.

Kebakaran hutan itu berjaya _____________ oleh ahli-ahli bomba.

a)

padam

b)

memadam

c)

dipadamkan

d)

memadamkan

20.

Simpulan bahasa " mulut tempayan " bermaksud ___________.

a)

suka makan

b)

bercakap banyak

c)

tidak boleh menyimpan rahsia

d)

suka membuat bising

21.

Dinesh ___________ anak orang kaya di kampung saya.

a)

ialah

b)

adalah

c)

bukan

d)

tidak

22.

Mereka membeli sejambak bunga itu ____________ untuk Cikgu Izzah.

a)

ialah

b)

adalah

c)

kerana

d)

sambil

23.

" Walau apa_________ yang terjadi, saya tetap akan ke Kuala Lumpur, " kata Adam.

a)

tah

b)

pun

c)

kah

d)

lah

24.

Ibu ____________ tetamunya makanan yang enak.

a)

hidang

b)

dihidang

c)

menghidangi

d)

menghidangkan

25.

Bola itu saya _______________ ke pintu gol.

a)

tendang

b)

ditendang

c)

menendang

d)

menendangkan

26.

Kami terdengar beberapa _____________ bunyi tembakan ketika melalui hutan itu.

a)

biji

b)

pucuk

c)

laras

d)

das

27.

Mariam menghadiahkan ibunya se___________ bunga sempena Hari Ibu.

a)

kuntum

b)

batang

c)

pucuk

d)

jambak

28.

" Ayah saya telah berangkat ke Jepun. Beliau ke ____________ selama sebulan," kata Rosyan kepada Karthick.

a)

itu

b)

sana

c)

sini

d)

situ

29.

" Jangan________ kamu melanggar peraturan sekolah, " kata Pak Mat kepada anaknya.

a)

pun

b)

tah

c)

lah

d)

kah

30.

" _____________ , di sini rupanya kamu berdua! " kata Jamal kepada Kenji dan Fai Hong.

a)

Cis

b)

Nah

c)

Wah

d)

Oh

31.

Semenjak bergelar ibu tunggal, Puan Yana terpaksa bekerja __________ untuk menyara tujuh orang anaknya

a)

keras

b)

lembut

c)

kasar

d)

halus

32.

Kakak mahu menyiapkan kerja sekolahnya __________ sebelum makan.

a)

lambat

b)

cepat

c)

dahulu

d)

sekarang

33.

Biliknya menjadi _______________ apabila bekalan elektrik terputus.

a)

kacau-bilau

b)

riuh-rendah

c)

gelap-gelita

d)

lintang-pukang

34.

Pak Hasan meletakkan __________________ di tengah sawahnya untuk menakutkan burung-burung.

a)

budak-budak

b)

orang-orang

c)

layang-layang

d)

rakan-rakan

35.

Keadaan di dalam Kelas 6 Kuning menjadi ________________ setiap kali guru tiada di dalam kelas.

a)

riuh-rendah

b)

kacau-bilau

c)

kusut-masai

d)

mundar-mandir

36.

Anisa kehilangan ______ batang gigi akibat terjatuh dari tangga.

a)

tiga

b)

ketiga

c)

ketiga-tiga

d)

bertiga

37.

Air yang deras itu menghanyutkan ________ buah rumah di Kampung Kiambang.

a)

separuh

b)

beberapa

c)

sebahagian

d)

sebilangan

38.

Mariani mengenali Junita ______ mereka kecil lagi.

a)

dari

b)

ke

c)

sejak

d)

daripada

39.

Kita hendaklah sayang ________ ibu bapa dan adik-beradik kita.

a)

untuk

b)

akan

c)

pada

d)

kepada

40.

Mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu itu akan diadakan _______ pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.

a)

pada

b)

dari

c)

sejak

d)

kepada