wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Total questions: 30

Worksheet time: 16mins

Name
Class
Date
1.

- Tidak makan lembu

-Berpuasa

-Mengikat pokok pisang semasa majlis keagamaan


Pernyataan di atas merujuk kepada agama

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Kristian

d)

Budha

2.

Mengapakah harta benda sekolah harus dijaga dengan baik?

a)

Murid- murid tidak akan dapat belajar dengan baik tanpanya.

b)

Murid - murid tidak akan memperoleh kejayaan tanpanya.

c)

Menjaga imej pihak sekolah.

d)

Mengelakkan daripada kerosakan dan menambahkan perbelanjaan untuk memperbaikinya.

3.

Kegiatan merosakkan kemudahan awam dikenali sebagai

a)

gangsterisme

b)

vandalism

c)

aninisme

d)

politisme

4.

Pada pendapat kamu, apakah cara yang paling sesuai untuk memupuk rakyat mencintai kebersihan?

a)

mengadakan aktiviti gotong royong

b)

Meletakkan kamera litar tertutup untuk memantau pergerakan.

c)

Mengadakan kempen menjaga alam sekitar dan memberi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

d)

Menggalakkan murid-murid mengutip sampah

5.

Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya ahli keluarga tidak memainkan peranan masing-masing?

a)

Rumah tangga menjadi porak peranda.

b)

Hidup dalam keadaan bahagia.

c)

Hidup dalam kesederhanaan.

d)

Hidup dalam keadaan berduka.

6.

Ibu bapa merupakan orang yang amat penting bagi kita. Di bawah ialah cara kita menghormati ibu bapa, kecuali

a)

memberitahu mereka apabila kita keluar dari rumah.

b)

memaklumkan kepada mereka aktiviti kita.

c)

memaksa mereka mematuhi kehendak kita.

d)

membantu mereka meringankan beban.

7.

Pilih pernyataan yang benar tentang tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar dalam menjaga kawasan persekitaran.

i- Memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang bersih.

ii- Menegur rakan yang membuang sampah merata-rata.

iii- Memaki hamun pelajar yang terlupa menutup air di dalam tandas.

iv- Tidak menjalankan tugas membersih kelas.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

ii, iii dan iv

8.

Kamu dilantik menjadi ketua kelas. Apakah tugas kamu sebagai ketua kelas?

a)

Memarahi rakan sekelas.

b)

Menjaga kelas dan membantu guru.

c)

Mengawal pergerakan rakan sekelas.

d)

Memerhati aktiviti guru.

9.

Tempat beribadah ialah tempat untuk

a)

mengulang kaji pelajaran.

b)

beribadah.

c)

bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan.

d)

berbual-bual.

10.

Apakah yang akan berlaku sekiranya kita melanggar peraturan sekolah?

a)

Guru akan mendenda kita.

b)

Sekolah menjadi tidak terurus.

c)

Menunjukkan bahawa kita tidak berdisiplin.

d)

Pelajaran akan merosot.

11.
Membantu seseorang mengikut kemampuan diri merupakan ciri-ciri nilai
a)
Toleransi        
b)
Kesederhanaan
c)
Bertanggungjawab 
d)
Kepercayaan kepada Tuhan. 
12.
Bagaimanakah cara untuk menyatakan rasa hormat terhadap ibu bapa?
a)
Mematuhi arahan mereka       
b)
Berasa takut terhadap mereka 
c)
Tidak berani bersuara atau berbincang dengan mereka
d)
Belajar bersungguh-sungguh 
13.
Apakah langkah yang perlu diambil untuk menyedarkan orang ramai agar menjaga kebersihan pantai?
a)
Mengadakan kempen-kempen kebersihan pantai
b)
Melarang orang ramai mengunjungi kawasan pantai
c)
Menghadapkan individu yang mengotorkan pantai ke mahkamah
d)
Mengenakan tindakan yang keras terhadap individu yang membuang sampah
14.
Mengapakah golongan kurang berupaya wajar diberi layanan yang bersopan?
a)
Memudahkan untuk mendapat bantuan
b)
Bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa
c)
Sebab mereka kurang berupaya melakukan sesuatu
d)
Supaya mereka tidak berasa tersisih
15.

Apabila kita menghormati upacara keagamaan agama lain, kita akan dapat

a)

Menyelesaikan masalah

b)

Menjamin kesejahteraan

c)

Menikmati keindahan agama

d)

Menyanjungi agama tersebut

16.
Mengapakah kita perlu menerima teguran dan kritikan dengan hati yang tenang?
a)
Untuk kepentingan bersama
b)
Agar disegani oleh orang lain
c)
Untuk menunjukkan kekuasaan 
d)
Agar disukai oleh rakan-rakan
17.
Bagaimanakah aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan kaum?
a)
Berdasarkan jumlah bilangan peserta yang menyertai 
b)
 Melalui sekolah-sekolah yang menyertai aktiviti kokurikulum
c)
Berdasarkan kawasan aktiviti tersebut dilakukan 
d)
Melalui penglibatan pelbagai kaum
18.
Apakah yang akan berlaku jika tiada permuafakatan?
a)
Jenayah berkurangan 
b)
Masyarakat menjadi kucar-kacir
c)
Melahirkan masyarakat majmuk
d)
Memupuk semangat kejiranan
19.
Kesepakatan antara negara penting untuk
a)
Mengelakkan perpecahan
b)
Meningkatkan hasil hutan
c)
Meningkatkan pembangunan serantau
d)
Mudah bertukar-tukar maklumat
20.
Antara berikut, yang manakah menunjukkan perlakuan mengikut ajaran agama?
a)
Mei Ling bercakap kasar dengan ibunya
b)
Gopal memakan daging lembu kerana sedap
c)
Syarina minum arak bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya
d)
Gormit Singh sering mengikut bapanya bersembahyang di Gurdwara
21.
Berikut ialah amalan-amalan yang digalakkan oleh agama, kecuali
a)
membantu orang yang berada dalam kesusahan
b)
bersyukur dengan rezeki yang diperolehi
c)
menggunakan barang orang lain tanpa keizinan
d)
menjauhi perkara yang tidak mungkar
22.
Pilih pernyataan yang tidak benar.
a)
agama memupuk nilai positif dalam diri manusia
b)
agama menjadi benteng daripada melakukan kemungkaran
c)
setiap masyarakat perlu mengamalkan ajaran agama masing-masing
d)
orang yang berpegang kepada ajaran agama tidak akan dapat menerima kegagalan
23.
Apakah tujuan Tuhan menciptakan manusia?
a)
menyesali kekurangan diri
b)
memandang tinggi akan masyarakat berakhlak
c)
mematuhi suruhanNya dan meninggalkan laranganNya
d)
melakukan kemungkaran jika tidak patuh akan agama
24.
Mengapakah agama menyelamatkan manusia daripada melakukan kemungkaran?
a)
agama mengajar tentang ketuhanan
b)
agama perlu dipatuhi oleh penganutnya
c)
setiap agama mempunyai ajaran masing-masing
d)
agama menitikberatkan soal kebaikan dan keamanan
25.

Encik Mokhtar bekerja sebagai seorang anggota RELA selama lima belas tahun.


Apakah jasa yang diberikan oleh Encik Mokhtar dan kawan-kawannya kepada masyarakat?

a)

membantu masyarakat memelihara dan mengekalkan keselamatan negara.

b)

memberi rawatan kecemasan kepada orang yang memerlukan.

c)

menderma pelbagai bahan bacaan untuk kegunaan masyarakat.

d)

menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim.

26.

Apakah sumbangan yang boleh kamu berikan kepada jiran kamu yang mengadakan majlis perkahwinan anaknya?

a)

menyediakan pakaian kepada pengantin

b)

menulis surat atau kad ucapan

c)

menolong menyusun meja dan kerusi

d)

memberi makanan percuma

27.

Manakah antara yang berikut bukan cara mengamalkan sikap berterima kasih kepada masyarakat yang berjasa?

a)

Memberikan penghargaan kepada mereka

b)

mengingat jasa mereka kepada masyarakat

c)

melupakan jasa yang telah diberikan oleh mereka

d)

mengadakan majlis untuk menghargai jasa mereka

28.

-sentiasa senyum

-tidak berkasar

-melayan pelanggan dengan baik

Siapakah yang perlu mengamalkan sikap sopan seperti di atas ?

a)

peniaga

b)

guru

c)

doktor

d)

nelayan

29.

Kita mestilah mengelak daripada bercakap tentang perkara yang boleh ____________ perasaan kawan-kawan.

a)

menggembirakan

b)

mengeratkan

c)

menyinggung

d)

memerlukan

30.

Apakah sikap bersopan yang perlu diamalkan dalam kehidupan kita ?

I Sentiasa memberikan senyuman

II Bertegur sapa dengan jiran

III Bercakap dengan kasar

IV Melayan tetamu dengan sopan

a)

I dan II

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV