NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU TAHUN 3
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Pak Karim menebang pokok itu dengan se__________ kapak yang tajam.
Bilah
Buah
Batang
Butir
Saya terjumpa se________ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.
Biji
Buah
Bentuk
Utas
Encik Samad mempunyai se________ tanah di kampung itu.
Baris
Buah
Bidang
Bentuk
Di bandar itu, terdapat banyak ________ bangunan pencakar langit.
Blok
Bongkah
Angkatan
Bungkusan
Kak Salmah memberikan beberapa ________ gula-gula kepada anaknya.
Buah
Biji
Bungkus
Cebis
Saya membeli enam _______ telur dari kedai runcit.
Biji
Baris
Buah
Bentuk
Karim sedang memanggang lima belas _______ sate untuk pelanggannya.
Gugus
Biji
Cucuk
Batang
Di kedai itu, hanya tinggal beberapa ________ tikar sahaja.
Buku
Baris
Bidang
Batang
Di tepi perhentian bas itu terdapat se________ tiang lampu.
Baris
Batang
Bilah
Buah
Mei Mei menjerit kerana terduduk di atas se______ jarum.
Buku
Cebis
Bilah
Butir
Dua ________ kerusi di bahagian hadapan tempat duduk itu dikhaskan untuk tetamu jemputan.
Bilah
Batang
Bentuk
Baris
Pak Leman pulang dari ladang dengan menjunjung se________ kayu api.
Bilah
Buah
Berkas
Buku
Mak Tijah memasukkan se_______ garam ke dalam masakannya.
Cubit
Biji
Cucuk
Cekak
Puan Maisarah membeli beberapa ________ benang emas untuk membuat tekat pada cadar baldu itu.
Biji
Buku
Butir
Cekak
Ibu memasukkan beberapa ________ halia ke dalam masakannya.
Hiris
Gugus
Jambak
Kapur
Perompak bank itu melepaskan beberapa _______ tembakan sebelum melarikan diri.
gulung
jemput
das
deret
Ibu membeli tiga ______ sayur di pasar tani.
naskhah
keping
tandan
ikat
Mak Cik menyuruh saya mencabut beberapa _____ uban di kepalanya.
ekor
gulung
gelung
helai
Beberapa ______ daun telah gugur di halaman rumah.
gumpal
gugus
kalung
helai
Pemburu itu berjaya menembak se______ harimau yang ganas.
kalung
das
gugus
ekor
