wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Makroekonomi (15)

Total questions: 20

Worksheet time: 35mins

Name
Class
Date
1.

Pemboleh ubah bocoran dalam aliran pusingan pendapatan ialah ...

a)

tabungan, cukai pendapatan, dan import.

b)

cukai pendapatan, pelaburan, dan import.

c)

tabungan, pelaburan, dan cukai pendapatan.

d)

pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan eksport.

2.

Keluaran dalam negeri kasar (KDNK) lebih kecil daripada keluaran negara kasar (KNK) kerana ...

a)

import melebihi eksport.

b)

tabungan melebihi pelaburan.

c)

cukai tak langsung melebihi subsidi.

d)

pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai positif.

3.

Penjumlahan barang perantaraan dan barang akhir dalam sebuah ekonomi menyebabkan ...

a)

keluaran negara terlebih anggar.

b)

keluaran negara bersih meningkat.

c)

keluaran negara kasar terkurang nilai.

d)

keluaran negara sebenar melebihi keluaran negara potensi.

4.

Penghitungan pendapatan negara mengikut kaedah nilai tambah pada suatu tahun dapat ...

a)

mengetahui perubahan kualiti barang.

b)

mengetahui sumbangan sektor ekonomi.

c)

mengetahui perubahan struktur ekonomi.

d)

membantu penyediaan perancangan ekonomi.

5.

Bagaimanakah dasar fiskal boleh mengatasi inflasi?

a)

Meningkatkan perbelanjaan kerajaan ke atas pembangunan infrastruktur untuk menggalakkan aktiviti ekonomi dan meningkatkan pendapatan masyarakat.

b)

Menurunkan cukai pendapatan untuk menggalakkan tabungan dalam kalangan masyarakat yang akan mengurangkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.

c)

Meningkatkan cukai pendapatan isi rumah yang akan mengurangkan pendapatan boleh guna dan perbelanjaan penggunaan.

d)

Meningkatkan perbelanjaan kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

6.

Apabila tabungan melebihi pelaburan, maka ...

a)

kadar bunga meningkat.

b)

nilai pengganda mengecil.

c)

pendapatan negara berkuran.

d)

tingkat harga umum meningkat.

7.

Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM500 juta. Jika kerajaan menambahkan perbelanjaannya sebanyak RM500 juta dan kecenderungan menabung sut ialah 0.25, berapakah keseimbangan pendapatan negara yang baharu?

a)

RM 2 000 juta.

b)

RM 10 000 juta.

c)

RM 11 500 juta.

d)

RM 38 000 juta.

8.

Gambar rajah di atas menunjukkan fungsi tabungan dan pelaburan dalam ekonomi dua sektor. Fungsi penggunaan ialah ...

a)

C = 500 + 0.2Y

b)

C = 500 + 0.8Y

c)

C = 500 + 0.16Y

d)

C = 500 + 0.84Y

9.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk perbelanjaan agregat (AE) bagi ekonomi tiga sektor bagi sebuah negara. Untuk menutup lompang inflasi, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya sebanyak ...

a)

RM 100 juta.

b)

RM 200 juta.

c)

RM 300 juta.

d)

RM 400 juta.

10.

Gambar rajah di atas menunjukkan keluk permintaan agregat (AD) dan keluk penawaran agregat (AS). Titik keseimbangan asal adalah di titik E. Jika kemahiran buruh meningkat, maka keseimbangan baharu akan beralih ke ...

a)

titik T

b)

titik U

c)

titik V

d)

titik W

11.

Indeks nilai wang diukur berdasarkan ...

a)

kadar bunga.

b)

kadar inflasi.

c)

penawaran wang.

d)

indeks harga pengguna.

12.

Dalam ekonomi, penawaran wang ialah RM440 juta, halaju wang ialah 3, dan jumlah urus niaga ialah 330 juta unit. Menurut Teori Kuantiti Wang, jika penawaran wang bertambah sebanyak RM165 juta, maka tingkat harga umum akan meningkat sebanyak ...

a)

RM 1.50

b)

RM 2.75

c)

RM 4.00

d)

RM 5.50

13.

Apabila sesebuah ekonomi mengalami perangkap kecairan, keluk permintaan wang ...

a)

menegak terhadap kadar bunga.

b)

mendatar terhadap kadar bunga.

c)

bercerun positif terhadap pendapatan.

d)

bercerun negatif terhadap pendapatan.

14.

Menurut analisis Teori KeutamaanKecairan Keynes, pengurangan bekalan wang akan menyebabkan ...

a)

kadar bunga, tabungan, permintaan agregat, dan pendapatan negara meningkat.

b)

kadar bunga menurun, manakala tabungan, perbelanjaan agregat, dan pendapatan negara menurun.

c)

kadar bunga menurun, manakala pelaburan, perbelanjaan agregat, dan pendapatan negara meningkat.

d)

kadar bunga meningkat, manakala pelaburan, perbelanjaan agregat, dan pendapatan negara menurun.

15.

Yang berikut ialah fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank perdagangan, KECUALI ...

a)

mengawal rizab berkanun.

b)

pemberi pinjaman terakhir.

c)

menguruskan hutang antara bank.

d)

menjalankan urus niaga pertukaran asing.

16.

Jadual di atas menunjukkan jumlah pengeluaran barang M dab barang N dengan menggunakan seunit buruh di negara X dan negara Y. Berdasarkan prinsip faedah berbanding,

a)

negara X mengeluarkan kedua-dua barang M dan N.

b)

negara Y mengeluarkan kedua-dua barang M dan N.

c)

negara X mengeluarkan barang N dan negara Y mengeluarkan barang M.

d)

negara X mengeluarkan barang M dan negara Y mengeluarkan barang N.

17.

Yang berikut ialah tujuan pengenaan kouta ke atas barang import, KECUALI ...

a)

membaiki imbangan pembayaran.

b)

meningkatkan produktiviti buruh tempatan.

c)

mengurangkan persaingan ke atas keluaran tempatan.

d)

mengelakkan lambakan barang asing di pasaran tempatan.

18.

Susut nilai mata wang sesebuah negara menyebabkan berlakunya inflasi diimport kerana ...

a)

pengguna akan menggantikan barangan tempatan dengan barang import.

b)

barangan eksport menjadi kurang kompetitif dan eksport menurun.

c)

harga input yang diimport menjadi lebih mahal.

d)

kos pengeluaran menjadi lebih murah.

19.

Akaun semasa imbangan pembayaran bertambah baik sekiranya ...

a)

pertambahan nilai import lebih besar daripada pertambahan nilai eksport.

b)

pertambahan imbangan dagangan lebih kecil daripada pengurangan imbangan perkhidmatan.

c)

pertambahan pindahan semasa dari luar negara lebih kecil daripada peningkatan pindahan semasa ke luar negara.

d)

peningkatan pendapatan pelaburan dari luar negara lebih besar daripada peningkatan pendapatan pelaburan ke luar negara.

20.

Jadual di atas menunjukkan imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2010. Berapakah aset rizab antarabangsa Malaysia pada tahun 2010?

a)

Merosot sebanyak RM 2 461 juta.

b)

Merosot sebanyak RM 2 626 juta.

c)

Meningkat sebanyak RM 68 087 juta.

d)

Meningkat sebanyak RM 88 079 juta.