wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan Latih Tubi 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Garisan yang melingkari satu kawasan sehingga mewujudkan satu ruang rata yang tidak berjisim menghasilkan satu lagi unsur seni, iaitu

a)

bentuk

b)

jalinan

c)

ruang

d)

rupa

2.

Namakan jenis garisan dalam gambar di atas.

a)

Garisan pancaran

b)

Garisan lingkaran

c)

Garisan selari

d)

Garisan pelbagai arah

3.

Jajaran gunung-ganang dapat dilakarkan dengan pensel menggunakan unsur seni garisan jenis

a)

zig zag

b)

beralun

c)

berlingkar

d)

melengkung

4.

Rupa di atas dihasilkan dengan menggunakan kaedah

a)

capan

b)

sapuan warna

c)

garisan

d)

anyaman

5.

Berdasarkan rajah di bawah, yang manakah merupakan rupa organik?

a)
b)
c)
d)
6.

Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk rupa

a)

huruf

b)

corak

c)

simbol

d)

lambang

7.

Antara berikut, yang manakah bukan teknik menghasilkan bentuk konkrit?

a)

Origami

b)

Teknik acuan

c)

Teknik lingkaran

d)

Lukisan teknik gosokan

8.

Apakah jenis bentuk yang dapat dilihat dalam sebuah lukisan dengan menggunakan kemahiran sapuan warna?

a)

Bentuk ilusi

b)

Bentuk konkrit

c)

Bentuk kereta

d)

Bentuk lukisan

9.

Aida sedang menggenggam duit syiling lima puluh sen. Apakah jenis bentuk yang Aida genggam itu?

a)

Fantasi

b)

Ilusi

c)

Konkrit

d)

Khayalan

10.

Bilik tidur kamu kecil dan mempunyai warna latar yang gelap. Bagaimanakah caranya untuk kamu mengolah bilik tidur tersebut supaya kelihatan luas hanya dengan menggunakan pengetahuan seni visual?

a)

Masukkan perabot-perabot yang bersaiz kecil sahaja

b)

Keluarkan semua perabot yang ada di dalam bilik

c)

Tukar warna latar dengan warna-warna yang terang dan meriah

d)

Bina semula bilik tidur tersebut

11.

Berikut adalah karya-karya seni yang mempunyai ruang nyata, kecuali

a)

arca

b)

tembikar

c)

catan

d)

patung

12.

Antara berikut, unsur yang manakah boleh digunakan untuk menghasilkan ruang?

I Rupa

II Bentuk

III Warna

IV Jalinan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

13.

Namakan jenis jalinan yang terdapat pada kulit durian di atas.

a)

Jalinan tampak

b)

Jalinan sentuh

c)

Jalinan ilusi

d)

Jalinan kasar

14.

Apakah jenis jalinan yang terdapat pada kulit ular di atas?

a)

Jalinan batik

b)

Jalinan geometri

c)

Jalinan tampak

d)

Jalinan sentuh

15.

Berikut adalah teknik-teknik bagi menghasilkan jalinan sentuh, kecuali

a)

ukiran

b)

anyaman

c)

pualaman

d)

luakan

16.

Antara berikut, kumpulan warna yang manakah adalah warna sekunder?

a)

Hijau, ungu, jingga

b)

Hijau, ungu, biru

c)

Merah, jingga, kuning

d)

Biru, merah, hijau

17.

Gubahan warna penggenap lebih sesuai digunakan untuk menghasilkan karya dalam sebuah

a)

lukisan

b)

poster

c)

catan

d)

arca

18.

Warna apakah yang terhasil jika warna kuning dicampurkan dengan warna biru?

a)

Hitam

b)

Hijau

c)

Ungu

d)

Jingga

19.

Antara berikut, yang manakah tujuan prinsip harmoni?

a)

Memberi kesan bercanggah

b)

Menimbulkan kesan tegang

c)

Memberi kesan tenang dan selesa

d)

Menarik perhatian

20.

Mengapakah gambar rama-rama di atas dikatakan harmoni?

a)

Rama-rama adalah sejenis serangga yang menarik

b)

Mempunyai rupa corak berulang dan seimbang

c)

Warnanya yang sejuk

d)

Mempunyai bentuk yang menarik