NEW
Font size
WorksheetsBM Tahun 2 (Kata Adjektif Ukuran)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Mereka bermain bola sepak di padang yang ___________ itu.
sempit
luas
jauh
panjang
Alia menggunakan kamus yang ___________ itu untuk mencari maksud perkataan yang tidak difahami.
pendek
nipis
tebal
panjang
Ayah memaku kayu yang ____________ itu untuk dijadikan rak buku.
panjang
nipis
renek
luas
Yana membalut hadiah dengan menggunakan pembalut kertas yang __________.
tebal
pendek
panjang
nipis
Hana dan Lageswari meletakkan pokok hiasan yang ___________ itu di sudut kelas.
tinggi
tebal
renek
nipis
Raju dan Rahmat mengalihkan rak buku yang _____________ itu ke ruang belakang kelas.
nipis
tebal
renek
tinggi
Ahmad tidak menggunakan pensel yang sudah __________ itu kerana sukar untuk dipegang.
panjang
nipis
tebal
pendek
Kebanyakan bangunan di Kuala Lumpur sangat __________.
tinggi
pendek
rendah
panjang
Selimut yang ___________ itu tidak dapat menghilangkan kesejukan Kamil ketika tidur.
renek
pendek
panjang
nipis
Sarah dapat menghabiskan bacaan novel yang ___________ itu hanya dalam masa satu malam.
panjang
pendek
tebal
nipis
