NEW
Font size
WorksheetsLATIHAN DISTINGTIF PELBAGAI GOLONGAN KATA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kanak-kanak itu berlari ______ untuk mendapatkan
ibunya.
terhegeh-hegeh
terkedek-kedek
Sampan yang tertambat pada tunggul kayu itu ______ dipukul ombak.
tercapik-capik
terolang-aling
Peserta lumba lari itu berjalan _______ selepas kakinya tersadung pada akar pokok.
terincut-incut
terhuyung-hayang
Azri kelihatan _________ untuk mencapai dahan pokok itu ketika mahu menyelamatkan rakannya yang lemas itu.
tertarik-tarik
terkapai-kapai
Setelah menamatkan larian maraton, Siva kelihatan ______ dan penat amat.
terhungap-hungap
terhendap-hendap
Beberapa orang remaja di kawasan itu bercadang untuk membersihkan sampah sarap yang _____ di permulaan sungai itu.
terkinjak-kinjak
terjumbul-jumbul
Cat pada bangunan lama itu kelihatan _______ kerana tidak tahan panas.
luntur
lekang
Ibu membuang mangkuk seramik yang ______ itu kerana dapat mengakibatkan kecederaan.
lancip
sumbing
Pakaian yang _____ itu digunakan oleh Pak Ali ketika pergi ke kebun getah.
usang
lusuh
Langsir rumah Puan Jaya kelihatan _________ kerana masih belum berjahit pada bahagian bawah.
singkat
labuh
Maklumat yang diperoleh ____________ laman sesawang perlu diperiksa kesahihannya sebelum disebarkan kepada orang lain
daripada
dari
Sepasang baju kebaya dibelikan oleh Aisyah ______ ibunya di kampung
bagi
untuk
Tindakan undang-undang akan diambil _____ orang ramai yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
kepada
terhadap
Kita haruslah berbelanja secara berhemat _______ tidak berlaku kesempitan wang pada hujung bulan.
untuk
supaya
Dengan ini dimaklumkan _______ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga telah bermula pada 15 April 2020 secara rasminya.
yang
bahawa
Mak Kiah _______ baju abang yang koyak dengan secebis kain yang berwarna hijau.
menampal
menjahit
Beberapa ekor angsa kelihatan _______ makanan
di dalam bekas itu.
memagut
menyudu
Ibu _________ bawang cina itu untuk membuat jemput-jemput.
mencencang
memayang
Kontraktor itu _______ cat pada dinding rumah sebelum menampal lubang-lubang dengan simen.
mengikir
mengikis
Gadis yang comel itu _______ senyuman yang manis apabila melihat Cikgu Nizam.
melakar
mengukir
