WorksheetsBM Tahun 6 Kata Bantu
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kerja-kerja membangunkan kawasan taman sains itu__________siap sebulan yang lalu.
telah
mesti
masih
akan
Kita______berhati-hati semasa melintas jalan raya.
masih
sudah
mesti
sedang
“Jangan sekali-kali minum air yang________dimasak,” pesan Cikgu Sahrul.
akan
hendak
sudah
belum
Semua bangku di taman itu__________digantikan dengan yang baharu tidak lama lagi.
sudah
sedang
akan
masih
Sekiranya kita______berjaya, kita mestilah meningkatkan usaha dengan banyak mengulang kaji pelajaran.
hendak
masih
akan
mesti
Walaupun sudah pulih tetapi dia_______belum boleh berjalan dengan baik.
masih
akan
hendak
mesti
Ayah _______ke Kota Kinabalu pada bulan hadapan.
telah
akan
sedang
sudah
Kita__________lah bijak memilih kawan sekiranya kita ingin berjaya.
sedang
telah
mesti
hendak
Semua pendatang tanpa izin__________dihantar ke negara asal mereka pada bulan depan.
telah
belum
masih
akan
Nur Fasihah__________ mengulang kaji pelajaran di dalam biliknya.
telah
akan
sedang
belum
Datuk_______belum sedar ketika kami menziarahinya di hospital.
telah
sudah
masih
akan
Buah mangga ini _________dibasuh sebelum dimakan.
sudah
mahu
mesti
dapat
Puan Maznah________menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang perubatan.
telah
pernah
sudah
belum
Kamu________berhati-hati ketika melalui jalan yang licin itu.
mesti
boleh
masih
belum
Saya________cuba memujuk adik yang sedang menangis itu.
akan
mahu
dapat
masih
Kakak saya________dinaikkan pangkat pada tahun hadapan.
akan
masih
belum
telah
Ayah_________membaca surat khabar semasa berkelah di Pantai Tanjung Aru.
sedang
mesti
belum
akan
Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya_________melawat ke Pulau Gaya pada cuti persekolahan nanti.
harus
pernah
masih
akan
Anishah__________mengikuti ayahnya pergi ke Teluk Likas.
belum
sedang
harus
hendak
Bas itu dijangka_________tiba dari Kota Kinabalu pada pukul 2.00 petang.
masih
pernah
sedang
akan
