Font size
WorksheetsSumber Dan Bentuk Tenaga
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Rajah menunjukkan satu sumber tenaga. Antara berikut yang manakah menerangkan tentang sumber tenaga itu?
Mencemarkan alam sekitar
Wujud sepanjang masa
Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui
Boleh digantikan setiap masa
Maklumat menerangkan tentang satu sumber tenaga. Apakah sumber tenaga itu?
Bateri
Kayu api
Arang batu
Petroleum
Maklumat menerangkan mengenai suatu sumber tenaga.
Apakah sumber tenaga itu?
Matahari
Angin
Ombak
Bahan api fosil
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga?
Ketidakupayaan membuat kerja
Tenaga ialah kerja
Keupayaan membuat sesuatu kerja
Tenaga ialah cahaya matahari, angin dan air
Rajah menunjukkan dua pengelasan sumber tenaga. Apakah sumber tenaga R dan S?
R : Bahan api fosil ; S : Angin
R : Angin ; S : Bahan api fosil
R : Angin ; S : Matahari
R : Matahari ; S : Bahan api fosil
Antara berikut yang manakah merupakan SUMBER tenaga?
Angin
Minyak
Bahan api fossil
Matahari
Elektrik
"Sumber tenaga ini mengalir dalam empangan bagi menggerakkan turbin untuk menjana elektrik."
Sumber tenaga apakah yang dimaksudkan ini?
Nuklear
Biojisim
Ombak
Air
"Sumber tenaga ini ialah bahan organik daripada tumbuhan dan haiwan yang membekalkan tenaga apabila dibakar"
Sumber tenaga apakah yang dimaksudkan ini?
Makanan
Bahan api fosil
Biojisim
Matahari
Antara berikut yang manakah merupakan BAHAN API FOSIL?
Bateri
Petroleum
Gas Asli
Arang batu
Sumber tenaga ini dapat membekalkan tenaga untuk menggerakkan turbin dalam laut bagi menjana elektrik. Apakah ia?
Air
Angin
Makanan
Ombak
Rajah menunjukkan sejenis sumber tenaga. Apakah BENTUK TENAGA yang dibekalkan oleh sumber tenaga ini?
Tenaga kimia
Tenaga suria
Tenaga nuklear
Tenaga keupayaan
Rajah menunjukkan seorang budak lelaki sedang memanah. Apakah tenaga yang terdapat pada panah sewaktu ditarik oleh budak lelaki itu?
Tenaga keupayaan
Tenaga kimia
Tenaga kinetik
Tenaga bunyi
Pilih DUA objek yang menghasilkan tenaga cahaya.
Cerek elektrik
Pembakar roti
Televisyen
Lampu meja
Rajah menunjukkan tiga jenis bahan. Antara berikut, yang manakah mempunyai BENTUK TENAGA yang sama dengan objek-objek dalam rajah ini?
Matahari
Loceng
Bateri
Kincir angin
Rajah menunjukkan sebuah lampu suluh yang sedang menyala. Apakah bentuk tenaga yang TIDAK terlibat dalam situasi di atas?
Tenaga kimia
Tenaga cahaya
Tenaga haba
Tenaga bunyi
Antara berikut yang manakah menerangkan mengenai TENAGA BUNYI?
Tenaga yang mengalir dalam suatu litar lengkap
Tenaga yang dimiliki oleh objek yang bergerak
Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar
Tenaga yang disimpan dalam bahan api fosil, makanan, biojisim dan bateri
Apakah jenis sumber tenaga yang digunakan oleh jam tangan ini?
Air
Angin
Petroleum
Matahari
Apakah bentuk tenaga yang dimiliki oleh ketiga-tiga objek dalam rajah ini?
Tenaga cahaya
Tenaga kimia
Tenaga kinetik
Tenaga keupayaan
"Tenaga ini tersimpan pada objek yang berada pada kedudukan tinggi, diregangkan atau dimampatkan."
Apakah bentuk tenaga yang dimaksudkan ini?
Tenaga keupayaan
Tenaga kinetik
Tenaga kimia
Tenaga bunyi
Tenaga nuklear ialah tenaga yang dijanakan daripada bahan nuklear seperti __________________________ .
Merkuri
Uranium
Oksigen
Petroleum
Objek manakah antara berikut yang mempunyai tenaga keupayaan?
Gendang
Spring
Bateri
Lastik
"Tenaga ini mengalir dalam satu litar lengkap"
Tenaga nuklear
Tenaga kinetik
Tenaga elektrik
Tenaga cahaya
Apakah sumber tenaga bagi sebuah pengering rambut?
Tenaga kimia
Tenaga nuklear
Tenaga keupayaan
Tenaga elektrik
Dari manakah sebuah kereta mendapat tenaga untuk bergerak?
Nuklear
Bateri
Bahan api fosil
Janakuasa elektrik
Apakah yang dimaksudkan dengan tenaga kimia?
Tenaga yang terhasil apabila suatu objek bergerak
Tenaga yang disimpan dalam makanan, bahan api fosil, biojisim dan bateri
Tenaga yang terhasil oleh objek yang bergetar
Tenaga yang disimpan dalam bahan api fosil dan biojisim
