Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAMADUN INDIA DAN CHINA

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kerajaan mahajanapada?

a)

Kerajaan kecil

b)

Kerajaan besar

c)

Kerajaan merdeka

d)

Kerajaan yang dijajah

2.

Apakah faktor kejayaan perluasan kuasa dalam tamadun India?

a)

Dasar pemerintahan

b)

Kekuatan ketenteraan

c)

Penggunaan senjata moden

d)

Hubungan dengan kerajaan asing

3.

Apkah kelebihan perluasan kuasa secara keagamaan berbading secara fizikal?

a)

Mengukuhkan kuasa raja

b)

Meluaskan empayar India

c)

Mengiktiraf pengaruh golongan pendeta

d)

Menjamin kesejahteraan dan kedamaian

4.

Tamadun India merupakan tamadun yang paling

a)

tua

b)

lama

c)

baru

d)

besar

5.

Lokasi Tamadun India dari ......... ke ..........

a)

Lembah Hwang He ke Lembah Ganges

b)

Lembah Ganges ke Lembah Hindu

c)

Lembah Indus ke Lembah Ganges

d)

Lembah Indus ke Lembah Magadha

6.

___________________ kuasa terpenting yang berjaya menguasai kerajaan lain di India antara tahun 540 - 490 SM.

a)

Janapada

b)

Mahajanapada

c)

Magadha

d)

Tamadun India

7.

Lokasi Tamadun India terletak di

a)

Sungai Indus

b)

Teluk Benggala

c)

Lembah Ganges

d)

Banjaran Himalaya

8.

Kerajaan-kerajann kecil yang muncul dalam Tamadun India dikenali sebagai

a)

Agora

b)

Janapada

c)

Kaviraja

d)

Mahajanapada

9.

Apakah bentuk perluasan kuasa dalam tamadun India ?

I Fizikal

II Paksaan

III Sukarela

IV Keagamaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Mengapakah kekuatan ketenteraan penting dalam dasar perluasan kuasa ?

a)

Mengalahkan serangan musuh

b)

Melancarkan hal pentadbiran

c)

Mengukuhkan taat setia rakyat

d)

Menjamin kemakmuran ekonomi

11.

Apakah persamaan sumbangan kedua-dua tokoh tersebut ?

a)

Membentuk empayar

b)

Membina bandar terancang

c)

Mengamalkan kuasa mutlak

d)

Memerintah secara demokrasi

12.

Siapakah yang mengetuai penyebaran agama Buddha ke Sri Lanka ?

a)

Sona

b)

Asoka

c)

Mahendra

d)

Chandragupta Maurya

13.

Bagi mengukuhkan pembinaan negara, peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam pemerintahan Asoka telah diukir pada tiang batu yang diletakkan di kawasan strategik. Apakah nama tiang yang dinyatakan

a)

Tiang Raja

b)

Tiang Asoka

c)

Tiang Asoka Buddha

d)

Tiang Dinasti Asoka

14.

Di manakah lokasi peningkatan tamadun China ?

a)

Sungai Tiber

b)

Sungai Ganges

c)

Semenanjung Greece

d)

Lembah Sungai Huang He

15.

Apakah penekanan utama pendidikan menengah dalam tamadun China ?

a)

Menterjemah buku suci

b)

Menulis karangan dan sajak

c)

Menghafal tulisan tanpa memahami makna

d)

Mempelajari tanggungjawab rakyat kepada raja

16.

Mengapakah masyarakat tamadun China menyanjung tinggi pelaksanaan sistem peperiksaan awam ?

I mengikut arahan pemerintah

II menjadi rakyat yang patriotik

III mendapat jawatan dalam kerajaan

IV meningkatkan taraf hidup yang lebih baik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

17.

Apakah bukti Maharani Dowager Cixi seorang pemerintah yang berpengaruh ?

a)

Menyebarkan agama Buddha

b)

Melancarkan peperangan dengan Jepun

c)

Mengubahsuai ajaran Konfusianisme

d)

Memansuhkan sistem peperiksaan awam

18.

Antara berikut, tokoh yang manakah menyatukan China ?

a)

Konfusius

b)

Han Fei Zi

c)

Maharaja Sri Huangdi

d)

Maharani Dowager Cixi

19.

Perkembangan yang berlaku di sekitar Lembah Sungai Ganges membawa kepada kewujudan kerajaan kecil yang dipanggil

a)

ganges

b)

janada

c)

mahajanapada

d)

janapada

e)

mahapada

20.

Kedudukan Magadha yang strategik membolehkannya mengawal laluan perdagangan utama di ...?

a)

Lembah Indus

b)

Lembah Ganges

c)

Sungai Huang He

d)

Sungai Ganges

21.

Faktor perluasan kuasa dalam Tamadun India terbahagi kepada beberapa faktor. Pilih faktor yang betul.

a)

Kekuatan ketenteraan

b)

dasar pemerintahan

c)

kewangan

d)

diplomasi antarabangsa

e)

sumber manusia

22.

Di manakah terletaknya pusat pemerintahan Dinasti Nanda

a)

Wilayah Kalinga

b)

Wilayah Deccan

c)

Pataliputra

d)

Wilayah Bengal

23.

Semasa pemerintahan Asoka, wilayah manakah yang berjaya ditakluki?

a)

Wilayah Bengal

b)

Wilayah Kalinga

c)

Wilayan Deccan

d)

Wilayah Kush

24.

Siapakah yang telah menerajui dasar perluasan kuasa Dinasti Gupta ?

a)

Asoka

b)

Chandragupta I

c)

Gupta

d)

Liu pang

25.

Asoka telah menghantar misi pengembangan agama Buddha ke ?

a)

Nepal, Alexandria, Burma, Vietnam

b)

Nepal, Tibet, Antioch

c)

Nepal, India, Burma

d)

Batricia, Asia Tenggara, Tibet

26.

Di manakah lokasi Asoka menghantar Mahendra untuk mengetuai misi penyebaran agama Buddha?

a)

Asia Tenggara

b)

Tibet

c)

Alexandria

d)

Sri Lanka

27.

Di manakah Asoka menghantar Sonna dan Uttara untuk mengetuai misi penyebaran agama Buddha?

a)

Asia Tenggara

b)

Nepal

c)

China

d)

Vietnam

28.

Dinasti Gupta telah memberi penekanan kepada aspek ?

a)

Agama Buddha

b)

Agama Hindu

c)

Agama China

d)

Ajaran Confucius

29.

Raja Samudragupta dikenali sebagai ?

a)

Chandragupta I

b)

Kaviraja

c)

Sona

d)

Han Wu di

30.

Zaman pemerintahan Dinasti Gupta dikenali sebagai zaman ?

a)

Zaman Batu

b)

Zaman kegemilangan

c)

Zaman keemasan

d)

Zaman perkembangan agama Hindu

31.

Tamadun China muncul di sekitar kawasan ?

a)

Sungai Huang He

b)

Sungai Indus

c)

Lembah Ganges

d)

Lembah Huang Di

32.

Apakah nama bagi laluan terpanjang yang merupakan laluan perdagangan di dunia dari China ke empayar Rom ?

a)

Laluan Han

b)

Laluan sutera

c)

Laluan batik

d)

Laluan emas

33.

Apakah yang berlaku semasa zaman pemerintahan Maharaja Han Wu Di?

a)

Mengembangkan ekonomi dan sosial

b)

Berjaya menyatukan China

c)

Peningkatan dalam bidang perdagangan

d)

Mewujudkan sistem pemilihan pegawai

34.

Pendidikan di China bermula semasa zaman?

a)

Dinasti Han

b)

Dinasti Qin

c)

Dinasti Shang

d)

Dinasti Zhaou

35.

Apakah karya yang terkenal dihasilkan oleh Konfucius ?

a)

Lun Yu

b)

Han Fei zi

c)

Cai Lun

d)

Analects

36.

Apakah sumbangan Cai Lun

a)

Mencipta kapal yang membawa ramai pedagang China

b)

Mencipta kertas yang diperbuat daripada campuran kulit pokok, sepihan rami kain dan jaring

c)

ketegasan dalam aspek undang-undang

d)

menyeragamkan sistem tulisan

37.

Siapakah golongan ketiga dan keempat dalam sistem sosial masyarakat China?

a)

3 (PEDAGANG) 4 (ARTISAN)

b)

3 (HAMBA) 4 (PEDAGANG)

c)

3 (ARTISAN) 4 (PEDAGANG)

d)

3 (PEMBANTU RUMAH) 4 (PEDAGANG)

38.

Berapakah tahap sistem pendidikan dalam Tamadun China?

a)

2

b)

4

c)

3

d)

5

39.

Apakah yang perlu dilakukan semasa mengambil Pendidikan Menengah ?

a)

Memberi tumpuan kepada penghafalan tulisan dan buku suci tanpa memahami maknanya.

b)

Memberi tumpuan kepada penterjemahan dan interprestasi buku suci.

c)

Pelajaran berkaitan adat istiadat, etika upacara, dan tanggungjawab rakyat terhadap raja dan negara

d)

Memberi tumpuan kepada aspek penulisan sajak dan karangan.

40.

Pilih jawapan yang salah berkaitan ciri-ciri sistem peperiksaan dalam Tamadun China.

a)

Peperiksaan yang sangat kompetatif

b)

Mengekalkan tradisi dan budaya China terutamanya ajaran Konfusianisme

c)

Sebarang bentuk perubahan adalah dilarang untuk mengekalkan keaslian tradisi China.

d)

Hanya perempuan sahaja yang berpeluang untuk menduduki peperiksaan tanpa mengira latar belakang dan status sosialnya

41.

Peperiksaan berkisar pada kandungan berapa buku dan berapa kitab?

a)

Empat buku lima kitab

b)

Dua buku lima kitab

c)

Lima buku empat kitab

d)

Empat kitab empat buku

42.

Apakah yang diterima selepas lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam tahap ketiga ?

a)

Memperoleh butang emas untuk dilekat di topi dan diterima sebagai kakitangan peringkat rendah serta menyertai Majlis Santapan Diraja.

b)

Memperoleh butang emas, mendapat jawatan dalam kerajaan, mempunyai tanda nama di pintu rumah mereka, mempunyai kakitangan pengiring.

c)

Mendapat kedudukan dan pangkat tertinggi dalam kerajaan, mempunyai kakitangan pengiring serta menyertai Majlis Santapan Diraja

d)

Mendapat kedudukan tertinggi dan pangkat tinggi dalam kerajaan dan mendapat pelbagai keistimewaan untuk diri sendiri keluarga dan kampungnya.

43.

Tahap 2 Peperiksaan Perkhidmatan Awam dikenali dengan nama?

a)

Jinshu

b)

XIUcai

c)

Juren

d)

Jinshi

44.

Apakah keistimewaan yang mengubahbdasar perluasan kuasa Asoka?

a)

Perang Kalinga

b)

Pembinaan Tiang Asoka

c)

Penyebaran agama Buddha

d)

Pembukaan bandar Pataliputra

45.

Apakah lokasi perkembangan tamadun China?

a)

Gurun Gobi

b)

Tanah Tinggi Tibet

c)

Hilir Sungai Yangtze

d)

Lembah Sungai Huang He

46.

Gambar berikt menunjukkan Maharaja Shi Huangdi.


Apakah sumbangan tokoh tersebut?

a)

Mencipta kertas

b)

Menyatukan China

c)

Menyeragamkan sistem tulisan

d)

Memperkenalkan peperiksaan awam

47.

Antara berikut, tokoh yang manakah memperkenalkan teknologi pembuatan kertas?

a)

Cai Lun

b)

Konfusius

c)

Han Fei Zi

d)

Sima Qian

48.

Apakah tumpuan yang diberi dalam peringkat pendidikan menengah?

a)

Menghafal buku suci

b)

Mengarang salasilah raja

c)

Menterjemah buku suci

d)

Menulis karangan dan sajak

49.

Semasa Dinasti Maurya, Asoka berjaya membina empayar yang meliputi wilayah?

a)

Punjab hingga ke Bengal

b)

Kalingan hingga ke Tibet

c)

Pataliputra hingga ke Alexandri

d)

Bengal hingga ke Hindu Kush

50.

Istilah tersebut berkaitan dengan pembentukan Tamadun India.


Apakah yang dimaksudkan dengan istilah tersebut?

a)

Kerajaan kecil

b)

Kerajaan lama

c)

Kerajaan besar

d)

Kerajaan campuran