wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tenaga

Total questions: 34

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah sumber tenaga utama?

a)

Air

b)

Biojisim

c)

Matahari

d)

Makanan

2.

Objek yang bergerak mempunyai tenaga.....

a)

tenaga haba

b)

tenaga keupayaan

c)

tenaga elektrik

d)

tenaga kinetik

3.

Matahari membekalkan.......

a)

tenaga elektrik

b)

tenaga cahaya dan haba

c)

tenaga angin

d)

tenaga keupayaan

4.

Apakah contoh bahan api fosil?

a)

kayu api, sampah organik

b)

panel suria

c)

petroleum dan gas asli,arang batu

d)

nuklear

5.

Di manakah tenaga daripada sumber air dihasilkan?

a)

Laut

b)

Loji jana kuasa nuklear

c)

Empangan jana kuasa

6.
Berikan maksud 'tenaga'
a)
Keupayaan membuat kerja
b)
Kudrat untuk hidup
c)
Keupayaan tanpa batasan
d)
Kelebihan membesar dan kuat
7.
Tenaga yang digunakan untuk mendidihkan air ialah:
a)
tenaga cahaya
b)
tenaga haba
c)
tenaga kinetik
d)
tenaga bunyi
8.

Berikut adalah sumber tenaga KECUALI

a)

Nuklear

b)

Air

c)

Angin

d)

Tenaga Kinetik

9.
Apakah sumber yang digunakan berdasarkan gambar ?
a)
Sumber Angin
b)
Sumber Ombak
c)
Sumber Matahari
d)
Sumber Air
10.
Apakah maksud Tenaga Kimia?
a)
Gabungan tenaga dengan kimia
b)
Tenaga yang tersimpan di dalam bahan kimia
c)
Campuran bahan kimia dengan bahan lain
d)
Semua jawapan di atas
11.
Apakah tenaga yang terhasil berdasarkan gambar rajah ?
a)
Tenaga Kimia
b)
Tenaga kinetik
c)
Tenaga Keupayaan
d)
Tenaga elektrik
12.
Unggun api, seterika, dapur gas dan mentol adalah contoh menghasilkan tenaga.....
a)
kimia
b)
bunyi
c)
haba
d)
kinetik
13.
Semua berikut adalah contoh tenaga kinetik KECUALI
a)
Kereta yang sedang bergerak
b)
Budak lelaki sedang berlari
c)
Kipas yang berpusing
d)
Pembakaran lilin di dalam rumah
14.
Tangisan bayi merupakan tenaga terhasil berbentuk
a)
Tenaga kinetik
b)
Tenaga Kimia
c)
Tenaga Keupayaan
d)
Tenaga bunyi
15.

Biojisim ialah bahan organik daripada:-

a)

Angin

b)

Ombak

c)

Bahan organik daripada tumbuhan dan haiwan

d)

Bahan nuklear

16.

Ombak membekalkan tenaga untuk:-

a)

Menggerakkan turbin dalam laut dan menjana elektrik

b)

Menggerakkan kapal layar dan bilah pada kincir angin.

c)

Membekalkan tenaga elektrik

d)

Penjanaan elektrik dan menggerakkan kenderaan

17.

Agensi Nuklear Malaysia berperanan menjalankan R&D berkenaan satu sumber tenaga. Apakah sumber tenaga itu?

a)

Tenaga Solar

b)

Tenaga Kinetik

c)

Tenaga Kimia

d)

Tenaga Nuklear

18.

Tenaga Nuklear dihasilkan melalui:-

a)

Platanium

b)

Uranium

c)

Titanium

d)

Aluminium

19.

Tenaga manakah yang dihasilkan melalui getaran objek?

a)

Tenaga keupayaan

b)

Tenaga kinetik

c)

Tenaga Air

d)

Tenaga bunyi

20.

Ianya terbentuk daripada sisa tumbuhan dan haiwan mati yang tertanam sejak berjuta-juta tahun dahulu. Apakah jenis sumber tenaga ini?

a)

Matahari

b)

Nuklear

c)

Bateri

d)

Bahan api fosil

21.

Kincir angin digunakan untuk menjana elektrik. Apakah sumber tenaga yang membolehkan kincir berfungsi?

a)

Air

b)

Angin

c)

Matahari

d)

Biojisim

22.

Bahan Api Fosil terdiri daripada yang berikut , kecuali

a)

Arang Batu

b)

Gas Asli

c)

Nuklear

d)

Petroleum

23.

Gambarajah menunjukkan satu alat. Apakah jenis tenaga yang diperlukan untuk menghidupkan alat tersebut?

a)

Bateri

b)

Tenaga bateri

c)

Tenaga elektrik

d)

Tenaga cahaya

24.

Tenaga suria diperoleh daripada

a)

Bulan

b)

Planet

c)

Matahari

25.

Perubahan bentuk tenaga di atas adalah melibatkan

a)

lampu suluh yang dinyalakan

b)

buah kelapa yang jatuh ke tanah

c)

kipas yang berpusing

d)

kereta yang sedang bergerak

26.

Semasa Rajoo dan Alya mengayuh basikal, tenaga ____________ daripada makanan yang dimakan oleh mereka telah berubah kepada tenaga ___________.

a)

kimia , keupayaan

b)

kimia , kinetik

c)

biojisim . keupayaan

d)

biojisim , kinetik

27.

Apakah bentuk perubahan tenaga apabila alat tersebut dihidupkan?

a)

Tenaga elektrik→ Tenaga bunyi

b)

Tenaga kimia → Tenaga Haba

c)

Tenaga suria → Tenaga elektrik → Tenaga cahaya

d)

Tenaga elektrik → Tenaga kinetik → Tenaga cahaya

28.

Tenaga kimia → tenaga cahaya + haba

Maklumat diatas merujuk pada aktiviti ______

a)

Bertepuk tangan

b)

Menggunakan mesin basuh

c)

Menyalakan lilin

d)

Menutup suis lampu

29.

Berikut merupakan maksud sumber tenaga yang boleh diperbaharui

a)

Sumber tenaga yang boleh dijana semula.

b)

Sumber tenaga yang tidak boleh dijana semula

c)

Sumber tenaga yang sentiasa ada apabila diperlukan

d)

Sumber tenaga yang berterusan di mana-mana sahaja tempat

30.

Pilih sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui

a)
b)
c)
d)
31.

Kita perlu menggunakan tenaga dengan bijaksana kerana sebab-sebab di bawah, kecuali

a)

Sesetengah sumber tenaga seperti bahan api fosil, bateri dan bahan nuklear tidak dapat diganti semula.

b)

untuk mengurangkan pencemaran

c)

untuk menjimatkan masa

d)

untuk mengelakkan pembaziran

32.

Antara berikut, yang manakah bukan sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui?

a)

Matahari

b)

Arang batu

c)

Bahan nuklear

d)

Bateri

33.

Apakah contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui?

a)

Petroleum

b)

Biojisim

c)

Makanan

d)

Gas asli

34.

Antara berikut, yang manakah kebaikan menggunakan tenaga yang boleh dibaharui?

a)

Ia adalah mahal

b)

Ia tidak menyebabkan pencemaran

c)

Sumbernya tidak akan kehabisan

d)

Ia menyebabkan peningkatan iklim bumi