Font size
WorksheetsJati diri watak wanita dalam Sulalatus Salatin
Total questions: 17
Worksheet time: 9mins
beliau terpaksa berhadapan dengan tragedi pembunuhan ayah, suami, adik dan bapa mertuanya. Kesedihan bukan alang kepalang tetapi beliau tetap tabah menghadapi pembunuhan keluarga yang cukup tragis
siapakah watak wanita dalam petikan tersebut?
(a)
Tun Fatimah cekal hati dalam menghadapi peristiwa yang melibatkan pembunuhan ahli keluarganya membolehkan beliau dapat menerima ketentuan dengan sabar.
Berdasarkan pernyataan apakah jati diri mulia yang ada pada watak Tun Fatimah?
(a)
Apakah kesan positif sekiranya anda mencontohi jati diri mulia Tun Fatimah yang tabah dalam menghadapi pancaroba hidup.
menjadikan diri saya seorang yang berjaya
menjadikan saya seorang yang berprinsip
menjadikan saya seorang yang redha dengan ketentuan Allah
menjadikan saya seorang yang berakhlak dan berbudi pekerti
Tun Kudu telah diceraikan oleh Sultan Muzaffar Syah demi untuk menyelesai perbalahan dua pembesarnya. Tun Kudu telah dijadikan alat untuk mencapai perdamaian antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sebagai wanita, pengorbanan yang dipaksakan itu amat menyeksa perasaannya, tetapi tetap tabah menghadapinya.
Berdasarkan pernyataan berikut apakah nilai jati diri mulia Tun Kudu?
Tabah
bertolak ansur
Bertanggung jawab
Sanggup berkorban
Apakah hubungan antara Tun Kudu dengan Tun Perak?
(a)
Siapakah Tun Fatimah?
(a)
Apakah kesan sekiranya Tun Kudu tidak sanggup berkorban dalam menyelesaikan perbalahan pembesar di Melaka
Tun Kudu akan dianggap mementingkan diri/zalim.
Tun Kudu akan dianggap pembela
Tun Kudu akan dianggap penyelamat
Tun Kudu akan dikenang dan disanjung
Wan seri Beni merupakan Raja Bintan . kerajaan Bintan di bawah pemerintahan baginda menjadi pelabuhan dagang yang kuat, maju dan terkenal. Baginda telah menabal dan menobatkan Seri Teri Buana menjadi Raja Bintan dan seterusnya Raja Singapura. Wan Seri Beni merupakan wanita yang memainkan peranan penting dalam pembentukan upacara dan adat istiadat Kerajaan Melayu lama.
Berdasarkan petikan, nyatakan jati diri mulia yang ada pada watak Wan Seri Beni.
berwibawa
berkuasa
berhemah
berjaya
apakah kesan apabila seseorang individu seperti pemerintah tidak berwibawa/berkarisma
mampu memberi cadangan
tidak mempunyai keyakinan tinggi
tidak mampu dalam memastikan pendapatnya didengari dan sudah pasti akan diperlekehkan.
mampu memastikan pendapatnya di dengar dan boleh memperlekehkan orang lain.
Tun Senaja sebagai penentu sejarah zaman akhir Melaka amat penting. Setelah kematian Bendahara Tun Perpatih Putih, Sultan Mahmud Syah yang masih muda dan baru menaiki takhta menghimpunkan Sembilan orang pembesar utama untuk dipilih menjadi Bendahara. Pada waktu itulah Tun Senaja, anak Tun Kudu, dan balu Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Syah, yang berada di balik pintu mengarahkan anaknya Sultan Mahmud Syah supaya melantik Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka.
Apakah jati diri mulia yang ada pada watak Tun Senaja seperti yang digambarkan dalam petikan?
pemalu dan berkuasa
berani dan berkuasa
sopan dan bergaya
pemalu tetapi tidak berkuasa
Mengapakah seseorang insan perlu memiliki keberanian seperti watak Tun Senaja?
menjadi insan yang berkeyakinan akan kemampuan dan potensi diri
menjadi insan yang sopan santun
menjadi insan yang mudah dipermainkan
menjadi insan yang kurang keyakinan akan kemampuan diri
Apakah kesan sekiranya seorang individu tidak mempunyai keberanian atau sentiasa menunjukkan dirinya bersifat lemah
sentiasa dikasihi dan disayangi oleh orang lain
seringkali dibantu dan disayangi oleh orang lain
sentiasai dimarahi dan dibuli
seringkali akan dipermainkan dan hak dinafikan
Walaupun pada peringkat awal Tun Fatimah dilihat amat mendendami Sultan Mahmud Syah, tetapi akhirnya Tun Fatimah kekal bersama Sultan Mahmud Syah sehingga ke akhir hayatnya. Tun Fatimah dikatakan ikut berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat bersama-sama baginda Sultan sebagai orang pelarian setelah Melaka dialahkan oleh Peringgi.
Berdasarkan pernyataan apakah jati diri mulia yang ada pada watak Tun Fatimah?
Kasih sayang
Bertanggung jawab
hornat
kesetiaan
Tun Fatimah sedar bahawa Raja Ahmad akan menjadi pengganti Sultan dan anaknya tiada peluang menjadi sultan. Oleh kerana itu, setiap kali hamil, digugurkan. Tindakannya amat menyedihkan Sultan Mahmud Syah, sehingga baginda bertanya Tun Fatimah kenapa berbuat demikian. Tun Fatimah mengatakan tiada gunanya ia beranak kalau anak itu tidak menjadi raja. Akhirnya Sultan Mahmud berjanji jika lahir nanti anak laki-laki akan dijadikan raja.
Berdasarkan petikan, apakah nilai jati diri yang ada pada watak tersebut?
(a)
Di Tanah Andalas, terdapat sebuah negeri bernama Palembang. Di Palembang terdapat sebuah bukit bernama Bukit Siguntang yang didiami oleh dua orang janda yang mengusahakan padi huma yang luas.
Siapakah dua orang janda tersebut?
Wan Maliani dan Wan Kundur
Wan Malini dan Wan Empuk
Wan Malina dan Wan Empuh
Wan Malin dan Wan Empuk
Wan Empuk dan Wan Malini mengusahakan penanaman padi huma di Bukit Siguntang.
Berdasarkan pernyataan apakah nilai jati diri mulia pada watak tersebut?
kegigihan
kesabaran
keberanian
keimanan
Ikatan perkahwinan Tun Kudu dengan Seri Nara Diraja telah mewujudkan ikatan kekeluargaan antara Seri Nara Diraja dengan Tun Perak kerana Tun Kudu adalah kakak kepada Tun Perak. Akhirnya jawatan Bendahara telah diserahkan kepada Tun Perak, manakala Seri Nara Diraja dilantik sebagai Penghulu Bendahari.
Berdasarkan petikan, Tun Kudu bertindak atau berfungsi sebagai...
(a)
