wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Peribahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Nenek Aminah tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia _______________.

a)

buta hati

b)

buta huruf

c)

buta kayu

d)

buta gaji

2.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap ___________________ .

a)

anak buah

b)

anak emas

c)

anak tunggal

d)

anak bongsu

3.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual kerana adik ___________________.

a)

otak cair

b)

otak udang

c)

mulut murai

d)

mulut tempayan

4.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum pergi ke sekolah.

a)

alas perut

b)

ikat perut

c)

perut busuk

d)

perut kosong

5.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk peribahasa di bawah.


Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah mendirikan rumah tangga.

a)

anak tut

b)

anak tiri

c)

anak bini

d)

anak beranak

6.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk peribahasa di bawah.


Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

7.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk peribahasa di bawah.


Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.

a)

geli hati

b)

makan hati

c)

cekal hati

d)

isi hati

8.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Semua barang itu dijual dengan _________________ dalam Pameran Jom Heboh.

a)

harga diri

b)

harga mati

c)

tanda mata

d)

tanda harga

9.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah dicerobohi pencuri.

a)

pekak badak

b)

lepas tangan

c)

makan hati

d)

tidur mati

10.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.

a)

banyak mulut

b)

berat sebelah

c)

angkat kaki

d)

lepas tangan

11.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai perlumbaan jalan kaki.

a)

bagai cicak makan kapur

b)

bagai kumbang putus tali

c)

bagai itik pulang petang

d)

bagai balak terendam

12.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.

a)

bagai ayam disambar helang

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai katak di bawah tempurung

d)

bagai melepaskan batuk di tangga

13.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk peribahasa di bawah.


Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ___________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.

a)

bagai bulan jatuh ke riba

b)

bagai kaca jatuh ke batu

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai ayam disambar helang

14.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk peribahasa di bawah.


Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.

a)

bagai melepas anjing tersepit

b)

bagai dihiris dengan sembilu

c)

bagai ayam disambar helang

d)

bagai kaca jatuh ke batu

15.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk peribahasa di bawah.


Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.

a)

seperti lipas kudung

b)

seperti ayam berak kapur

c)

seperti bulan penuh purnama

d)

seperti kera sumbang

16.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk peribahasa di bawah.


Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya _____________________________ .

a)

bagai mendukung biawak hidup

b)

bagai ayam mengeram telur

c)

bagai pahat dengan penukul

d)

bagai wau putus tali

17.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.

a)

bagai mencurah air ke daun keladi

b)

bagai menghitung bulu kambing

c)

bagai berumah di tepi pantai

d)

bagai anjing buruk kepala

18.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan jiran tetangganya _____________________________ .

a)

seperti rumput di tepi jalan

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

seperti mendukung biawah hidup

d)

seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19.

Isi tempat kosong dalam ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.


Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ________________________________ .

a)

bumi dengan langit

b)

aur ditarik songsang

c)

pinang dibelah dua

d)

ular kena palu

20.

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk peribahasa di bawah.


Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah melupakan ibu bapanya di kampung seperti __________________ .

a)

enau dalam belukar

b)

kacang lupakan kulit

c)

aur dengan tebing

d)

dakwat dengan kertas