wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PQS F5 Bab 3: Menyesal & Bertaubat

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang asbabul nuzul ayat 102 surah at Taubah?

a)

Diturunkan kepada Abu Lubabah & 5 orang rakannya yang tidak menyertai perang Tabuk lalu mereka selepas itu mengikat diri mereka di tiang pagar masjid & berikrar tidak membuka ikatan tersebut kecuali oleh Rasullah lalu Rasulullah memaafkan memaafkannya.

b)

Diturunkan kerana Abu Lubabah enggan bertaubat setelah tidak mahu mengikuti perang Tabuk dan Rasulullah enggan memaafkan ketidakhadiran mereka. Ini menyebabkan mereka keluar daripada Islam beramai ramai

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan dosa besar?

a)

Kesalahan yang tidak ditentukan hukuman di dunia atau amaran oleh Allah SWT dengan azab yang pedih di akhirat seperti membuang sampah merata rata dan membazir

b)

Kesalahan yang diberi balasan oleh Allah dengan azab pedih di akhirat dan ditentukan hukuman di dunia seperti menyekutukan Allah, amalkan sihir,makan harta anak yatim dan qazaf.

3.

Azlan didapati telah membuang sampah daripada kenderaan ketika melalui Highway Kemuning. Perbuatan ini termasuk

a)

Dosa besar

b)

Dosa kecil

4.

Yang manakah bukan syarat taubat:

a)

Segera berhenti melakukan maksiat berkenaan

b)

Hendaklah menyesali perbuatan itu

c)

berazam tidak mengulanginya

d)

Berharap sempat bertaubat selepasnya

5.

2 hikmah kita bertaubat ialah:

a)

Mendapat keampunan Allah

b)

Rasa gelisah sepanjang masa

c)

Dihantui kesalahan lama

d)

Menjadi insan bertakwa

6.

Berikut adalah adab adab bertaubat KECUALI:

a)

Segera bertaubat apabila melakukan dosa

b)

Tidak mengulangi kesalahan yang sama

c)

Bertaubat di dalam masjid

d)

Berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa yang dilakukan

7.

_________ ialah cekal , tetap , berterusan dan sentiasa meningkatkan kebaikan. Ia merujuk kepada makna?

a)

Taubat

b)

Menyesal

c)

Istiqamah

d)

Perjuangan

8.

Apakah 2 kelebihan beristiqamah?

a)

Akan beroleh teman karib

b)

Boleh menghindarkan dari lemah semangat dan sentiasa tabah

c)

Sentiasa dicemburui oleh sesiapa sahaja

d)

Sentiasa meningkatkan amalan kebaikan

9.

Berikut merupakan pengajaran ayat daripada tajuk ini kecuali

a)

Kita hendaklah mengakui kesalahan yang telah dilakukan kerana perbuatan tersebut adalah mulia

b)

Kita mestilah yakin dapat hidup sehingga umur 63 tahun agar sempat bertaubat

c)

Setiap orang Islam hendaklah segera bertaubat

d)

Umat Islam disaran agar tidak mencampur adukkan perbuatan baik dengan yang buruk

10.
a)

Ikhfak hakiki

b)

Idgham maal ghunnah

c)

Ikhfak Syafawi

d)

Izhar Syafawi