wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 : KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL_PART 1

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan muatan haba tentu air yang tinggi ?

a)

Penyejukan badan apabila peluh menyejat

b)

Mamalia marin masih dapat terus hidup di dalam lautan meskipun diliputi ais

c)

Lautan bertindak sebagai penimbal suhu Bumi

d)

Kesemua di atas

2.

Antara berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai daya lekatan dan daya lekitan ?

a)

Daya lekitan ialah ikatan di antara molekul air

b)

Daya lekatan ialah ikatan antara molekul air dengan permukaan lain

c)

Daya lekatan dan daya lekitan bertindak dalam arah bertentangan

d)

Daya lekatan dan daya lekitan bekerja sama dan membolehkan air menaiki tiub

3.

Antara berikut, yang manakah mendefinisikan muatan haba tentu air ?

a)

Jumlah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu air sebanyak 1° C

b)

Jumlah tenaga yang diperlukan untuk mencairkan 1 kg ais menjadi air

c)

Jumlah tenaga yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kg air sebanyak 1° C

d)

Jumlah tenaga yang diperlukan untuk mencairkan 1 kg air menjadi wap air

4.

Antara berikut, yang manakah menyebabkan kekutuban molekul air ?

a)

Kepekatan elektron yang dikongsi adalah lebih tinggi pada atom oksigen

b)

Ratio hidrogen : oksigen iaitu 2:1

c)

Ikatan disulfida di antara molekul air

d)

Ikatan ionik antara atom hidrogen dengan oksigen

5.

Antara sifat berikut, yang manakah membolehkan air bertindak sebagai pelarut semesta ?

a)

Muatan haba tentu air yang tinggi

b)

Daya lekatan air

c)

Daya lekitan air

d)

Kekutuban

6.

Polisakarida manakah merupakan molekul yang menyimpan tenaga dalam tumbuhan ?

a)

Glukosa

b)

Glikogen

c)

Kanji

d)

Selulosa

7.

Mengapakah monosakarida menjadi sumber utama tenaga dan bukannya disakarida atau polisakarida ?

a)

Penghasilan tenaga lebih cepat

b)

Jumlah tenaga yang dibebaskan lebih tinggi

c)

Disakarida dan polisakarida tidak stabil

d)

Disakarida dan polisakarida lebih senang dicernakan

8.

Antara berikut, yang manakah BUKAN polimer glukosa ?

a)

Selulosa

b)

Glikogen

c)

Kolesterol

d)

Kanji

9.

Monomer-monomer yang membentuk polimer karbohidrat seperti kanji disebut

a)

nukleotida

b)

gliserol

c)

monosakarida

d)

asid lemak

10.

Sel otot menyimpan tenaga di dalam bentuk

a)

kanji

b)

glikogen

c)

selulosa

d)

steroid