NEW
Font size
WorksheetsKata Adjektif
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Zakiah berasa sangat _____________ semasa meraikan sambutan hari ulang tahun kelahirannya.
sedih
gembira
resah
cemas
Azim _____________ menolong bapanya di kebun sayur pada setiap hari.
malas
laju
malu
rajin
Chong Wei membeli beg galas _____________ untuk sesi persekolahan 2020.
lama
usang
lapuk
baharu
Kawasan di sekitar tapak pelupusan sampah itu sangat kotor dan berbau
hanyir
hapak
harum
busuk
Anak kucing peliharaan Mei Mei _____________ dilanggar motosikal malam tadi.
nyaris
dekat
jauh
rapat
Pemandangan di tepi Pantai Klebang itu sungguh _______.
hangat
dingin
indah
jernih
Zulhizami menggunakan pisau yang agak _____________ untuk melapah daging lembu korban itu.
tumpul
nipis
besar
tajam
Air sungai di Kampung Parit Tiga mengalir _____________ sewaktu hujan lebat.
perlahan
cepat
deras
kuat
Ariff selalu mendapat pujian kerana dia murid yang paling _____________ dalam kalangan rakan-rakannya.
gagah
pintar
tampan
gopoh
Pakaian pengemis itu kelihatan _______________ sekali.
hodoh
cantik
lusuh
koyak
Rasa peria itu __________ seperti hempedu.
manis
pedas
masam
pahit
Ah Kin begitu _____________berbahasa Inggeris.
fasih
bijak
pantas
laju
Warna _______pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.
merah
putih
biru
kuning
Pengemis itu makan nasi dengan_________kerana terlalu lapar.
lembut
pantas
gopoh
gelojoh
Biskut yang dibuat oleh Shasha _______kerana dibakar terlalu lama.
lemau
hangus
hancur
rosak
