wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PQS T5 Bab 13 : ILMU TAFSIR & KITAB-KITAB TAFSIR

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pengertian Tafsir Bil Ma’thur ialah :

a)

Tafsir ayat al-Quran oleh ayat al-Quran yang lain atau hadis Rasulullah atau ijtihad para sahabat

b)

Tafsir ayat al-Quran oleh ayat al-Quran yang lain atau hadis Rasulullah atau ijtihad mufassirin

c)

Tafsir ayat al-Quran oleh ayat al-Quran yang lain atau oleh hadis Rasulullah atau ijtihad para Ulama

2.

Tafsir berasal daripada perkataan :

a)

تفسر

b)

فسر

c)

يفسر

d)

تفسيرا

3.

Apakah pengertian tafsir dari segi bahasa?

(a)  

4.

Dari segi istilah, tafsir bermaksud :

(Tulis salah satu maksud daripadanya)

(a)  

5.

Pilih kaedah pentafsiran Tafsir Bil Ma’thur yang betul:

a)

tafsir ayat al-Quran oleh ayat al-Quran lain

b)

tafsir ayat al-Quran oleh hadis baginda

c)

tafsir ayat al-Quran oleh ijtihad para ahli tafsir

d)

tafsir ayat al-Quran oleh ijtihad para sahabat baginda

6.

Tafsir bi ar-Ra’yi ialah :

(a)  

7.

Antara syarat-syarat untuk mentafsir ayat al-Quran ialah :

a)

Mahir ilmu asbab an-nuzul

b)

Mahir dalam ilmu qiraat

c)

Mahir dalam ilmu bahasa arab

d)

Mahir dalam ilmu falak

8.

Berikut ialah kepentingan ilmu tafsir, kecuali :

a)

Mampu mentafsir dengan baik

b)

Memahami metodologi ulama dalam mentafsir hadis Rasulullah

c)

Mengelak unsur-unsur penyelewengan dalam pentafsiran al-Quran

d)

Memandu manusia untuk berjaya di dunia dan di akhirat

9.

Berikut adalah sahabat yang masyhur dalam mentafsir al-Quran, kecuali :

a)

Abu Bakar as-Siddiq r.a

b)

Aisyah r.a

c)

Uthman bin Affan r.a

d)

Zaid bin tsabit r.a

10.

Apakah kesan perkembangan ilmu tafsir kepada tamadun manusia?

a)

Melahirkan ramai ulama mahir dalam ilmu hadis

b)

Lahirnya disiplin ilmu lain seperti ilmu falak

c)

Lahirnya masyarakat berilmu dan bertamadun

d)

Muncul pelbagai ilmu hadis seperti dirayah dan riwayah

11.

1- Tergolong dalam kategori Tafsir bi ar-Ra’yi.

2- Tidak memasukkan perbincangan tentang ilmu kalam, ilmu fekah & cerita israiliyat.

3- Tafsir bersifat kontemporari.


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada :

a)

Tafsir al-Quran al-Hakim

b)

Tafsir fi Zilali al-Quran

c)

Tafsir Ibnu Kathir

d)

Tafsir al-Qurtubi

12.

Antara metodologi Tafsir Ibnu Kathir ialah :

a)

Tergolong dalam kategori tafsir bil ma’thur

b)

Hadis dinyatakan sumber asalnya

c)

Mentafsir dengan cara yang mudah dan ringkas

d)

Dikira sebagai tafsir pertengahan dan mudah difahami

13.

Berikut adalah padanan yang betul tentang ajaran dan aliran ilmu tafsir pada zaman Tabi’in, kecuali :

a)

Kota Mekah : Aliran Ibnu Umar

b)

Kota Iraq : Aliran Abdullah bin Mas’ud

c)

Kota Madinah : Aliran Ubai bin Ka’ab

14.

Berikut merupakan murid-murid Ibnu Abbas, kecuali :

a)

Sa’id bin Jubair

b)

Hasan al-Basri

c)

Akramah Maula ibnu Abbas

d)

Ata’ bin Abi Rabbah

15.

Apakah nama sebenar penulis tafsir al-Qurtubi ?

a)

Imaduddin Abu al-Fida’ Ismail bin Umar bin Kathir ad-Dimasyqi

b)

Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Qurtubi

c)

as-Syahid Sayyid Qutb bin Ibrahim

d)

Mustafa Abdurrahman Mahmud

16.

Perkembangan ilmu tafsir pada zaman Rasulullah saw :


Tidak ditulis secara tersusun dan tidak dibukukan tetapi hanya berkembang melalui :


(sambung jawapan)

(a)  

17.

Apakah faktor-faktor yang menjadikan para sahabat sebagai orang yang mahir tentang selok-belok al-Quran?

a)

Kerana al-Quran diturunkan kepada Rasulullah saw

b)

Mereka hidup sezaman dengan sahabat yang lain

c)

Sempat melihat suasana al-Quran diturunkan

d)

Lebih mengetahui sebab sesuatu ayat al-Quran diturunkan

18.

1- Ditulis berdasarkan rujukan kitab tafsir yang muktabar.

2- Tafsir dimulakan dengan memberi makna ayat, kemudian memberi keterangan sederhana.


Pernyataan di atas adalah merujuk kepada :

a)

Tafsir al-Qurtubi

b)

Tafsir Ibnu Kathir

c)

Tafsir fi Zilali al-Quran

d)

Tafsir al-Quran al-Hakim

19.

Metodologi yang tepat tentang Tafsir Ibnu Kathir ialah :

a)

Tergolong dalam Tafsir bil Ma’thur

b)

Kebanyakan pendapat ulama yang menjadi rujukan dinyatakan sumber asalnya

c)

Menyebut ayat dan mentafsir dengan cara yang mudah dan ringkas

d)

Memberi makna ayat dan memberi keterangan yang sederhana

20.

Antara tokoh-tokoh awal yang terlibat dalam menulis ilmu tafsir ialah :

a)

Ibnu Jarir at-Tabari

b)

Waki’ bin al-Jarrah

c)

al-Hakim

d)

Sufyan bin ‘Uyainah