WorksheetsSIRAH : PERISTIWA PENTING DALAM KEHIDUPAN NABI MUHAMMAD SAW
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Ketika berusia 4 tahun, dada Nabi Muhammad SAW telah dibelah oleh ________________ untuk disucikan hati dan dilapangkan dada baginda.
malaikat Jibril
malaikat Izrail
malaikat Mikail
malaikat Israfil
Ketika baginda berusia _________________ ibunya Aminah telah meninggal dunia di Abwa' ketika dalam perjalanan pulang ke Mekah setelah melawat kubur bapa baginda di Madinah.
2 tahun
4 tahun
6 tahun
8 tahun
Setelah kematian ibunya. baginda dipelihara oleh datuknya iaitu _______________.
Abdullah
Abu Talib
Abdul Manaf
Abdul Mutalib
Setelah kematian datuknya ketika usia 8 tahun, baginda tinggal dengan bapa saudaranya iaitu _________________
Abdullah
Abu Talib
Abdul Manaf
Abdul Mutalib
Ketika usia 12 tahun, Nabi Muhammad mengikut Abu Talib ke Syam. Seorang pendeta Nasrani bernama ____________ telah menasihatkan agar baginda dibawa pulang ke Mekah kerana bimbang dibunuh oleh orang Yahudi.
Buhaira
Waraqah
Bukhara
Maisarah
Ketika usia 20 tahun baginda bersama bapa saudaranya telah menyaksikan satu perjanjian iaitu __________________ iaitu perjanjian untuk membela orang yang teraniaya dalam perniagaan.
Aqabah
Hudaibiah
Hilful Fudhul
Ketika usia 20 tahun, baginda melakukan pekerjaan sebagai ______________________ dengan saudara susuannya di perkampungan Bani Saad.
peniaga
pengembala unta
pengembala lembu
pemgembala kambing
Ketika usia ________________ baginda telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid.
20 tahun
25 tahun
30 tahun
35 tahun
Hasil perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah, baginda dikurniakan ____________________.
4 orang anak
5 orang anak
6 orang anak
7 orang anak
Ketika usia 35 tahun, baginda telah menjadi hakim dalam peristiwa penting iaitu peristiwa ____________________.
peperangan antara kabilah
pergaduhan antara kabilah
pembaikan semula dinding kaabah
perletakan semula batu Hajaral Aswad
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama ketika usia _________________.
30 tahun
35 tahun
40 tahun
45 tahun
Nyatakan tempat Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama?
Gua Hira'
Gua Tsur
Gua Nur
Berikut merupakan wahyu pertama yang diterima oleh baginda Rasulullah SAW.
Surah al-Kafiruan: 1 - 6
Surah al-Ikhlas: 1-4
Surah al-'Alaq: 1 - 5
Surah al-'Asr: 1 - 4
Siapakah nama malaikat yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW?
Izrail
Israfil
Mikail
Jibril
Apakah peristiwa penting yang berlaku kepada baginda Rasulullah SAW selepas baginda kematian dua orang yang sangat dicintai baginda iaitu bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Saidatina Khadijah?
Peristiwa hijrah
Peristiwa Isra' dan Mikraj
Peristiwa menerima wahyu
Peristiwa perletakan Hajaral Aswad
Ketika usia ___________________ baginda telah melalui peristiwa Isra' dan Mikraj.
40 tahun
41 tahun
45 tahun
51 tahun
Peristiwa Isra ialah perjalanan nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke _________________________
Masjidill Nabawi di Madinah
Masjidil Aqsa di Palestin
Sidratul Muntaha
Langit ketujuh
Manakala peristiwa Mikraj ialah perjalanan nabi dari Masjidil Aqsa merentasi langit ke-7 sehingga ke ______________________.
Masjil Haram
Masjidil Nabawi
Sidratul Muntaha
Berikut merupakan bukan perkara yang berlaku kepada Rasulullah sewaktu dalam peristiwa Isra' dan Mikraj.
Melihat wajah Allah.
Menerima peintah solat fardhu 5 waktu.
Menjadi imam solat kepada para nabi di Masjidil Aqsa.
Melihat pelbagai gambaran yang akan berlaku mepada umat baginda.
Berikut adalah amalan untuk mendapat syafaat Rasulullah SAW kecuali _________________.
Menghina baginda
Mencontohi akhlak baginda
Berselawat ke atas baginda
Mengamalkan sunnah baginda
