WorksheetsRBT Thn 4/2021 Unit 1/Sub 1.1.1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Berikut peraturan keselamatan diri semasa di bengkel, kecuali....
A. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai.
B. Pastikan rambut diikat dengan kemas.
C. Membiarkan minyak tumpah di atas lantai.
D. Tanggalkan atau masukkan tali leher ke dalam apron.
Pilih peraturan keselamatan diri yang betul.
Cuci tangan dengan menggunakan air dan sabun
Mandi selepas aktiviti bengkel yang memenatkan.
Gunakan alat pelindung diri.
Biar minyak tumpah di lantai tanpa di bersihkan.
Berikut ialah peraturan keselamatan bengkel.
A. Beg dibawa masuk ke bengkel untuk elak kecurian alat tulis.
B. Dilarang masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.
C. Murid masuk ke bengkel sebelum guru masuk.
D. Guna alat dengan sungguh-sungguh hingga rosak.
__________ kepada guru jika berlaku kemalangan atau kecederaan. Apakah jawapan bagi tempat kosong tersebut?
A. Lapor
B. Jawab
C. Bincangkan
D. Marah
Pilih peraturan bengkel yang BETUL.
Bersihkan dengan segera jika terdapat sebarang tumpahan
di lantai.
Matikan semua suis elektrik sebelum meninggalkan bengkel
Membawa beg ke dalam bengkel.
Minta kebenaran guru sebelum menggunakan peralatan
dan bahan.
Pilih peraturan penggunaan alatan dan bahan yang betul.
Beritahu guru jika berlaku kerosakan atau kehilangan alatan.
Bersihkan alatan yang telah digunakan dan simpan di tempat yang betul.
Pastikan alat pemadam api dan peti pertolongan cemas sentiasa dalam keadaan baik
Memulangkan semula peratalan yang di bawa balik pada esok hari.
Yang manakah bukan peraturan keselamatan alat?
A. Berhati-hati semasa menggunakan alatan.
B. Dilarang bergurau semasa menggunakan alatan.
C. Biarkan alatan selepas selesai digunakan.
D. Laporkan alatan yang rosak atau hilang kepada guru
Pilih peraturan keselamatan bahan yang betul.
Bertanyakan cara guna bahan yang betul kepada guru.
Simpan bahan mudah rosak di tempat yang sesuai.
Bawa balik bahan selepas selesai digunakan.
Guna bahan dengan berhemah dan cermat.
Rambut Angeline panjang, dia perlu masuk ke bengkel RBT untuk belajar, apa yang perlu Angeline lakukan?
Mengikat rambut dengan kemas.
Membiarkan rambutnya mengerbang.
Mewarnakan rambut mengikut warna kegemarannya.
Membuat sanggul yang menarik.
Apakah punca yang mengakibatkan murid akan mengalami kemalangan dan kecederaan?
A. Membawa beg masuk ke dalam bengkel.
B. Membuat kerja seperti arahan guru.
C. Bermain dan bergurau di dalam bengkel.
D. Masuk bengkel tanpa kebenaran guru.
