Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fiqh Puasa 1.0

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pak Ali telah meninggal dunia, pada tahun sebelumnya beliau tidak dapat berpuasa kerana amat sakit, dan sejurus setelah itu beliau berterusan sakit sehingga ke tahun seterusnya lalu meninggal dunia. Aiman adalah anak sulungnya, manakala Syahirah adalah anak saudara perempuannya. Oleh kerana Aiman tidak mahu menggantikan puasa Pak Ali, syahirah yang baik hati telah menggatikan puasa tersebut bagi pihak pak Ali. Apakah status penggantian puasa tersebut?

a)

Sah

b)

Tak Sah

c)

Sunat Muakkad

d)

Sah yang dimaafkan

2.

Di manakah di antara berikut benar?

a)

faqir dan miskin adalah dua jenis golongan yang lebih kurang sama

b)

faqir adalah org yg keperluan pendapatannya selari dengan jumlah pendapatan yang didapati

c)

secupak adalah bersamaan dengan satu kati

d)

miskin adalah orang yang pendapatannya tidak cukup dengan keperluannya

3.

Berapakah anggaran satu cupak di dalam gram?

a)

400g

b)

500g

c)

600g

d)

700g

4.

Taklif bermaksud...

a)

Fadzlin adalah seorang pengihidap bipolar disorder tetapi telah haid

b)

Melinda adalah seorang doktor di hukm

c)

Munawarah tahu membezakan tahi dan makanan, tetapi belum haid lagi

d)

Hidayah berumur 10 tahun

5.

Dianah seorang ibu mengandung. Adakah dibolehkan sekiranya Dianah tidak ingin berpuasa kerana bimbangkan tentang dirinya? Apakah yang patut dia lakukan? *

a)

Boleh tapi kena qadha’

b)

Boleh tapi kena qadha’ dan bayar fidyah

c)

Tidak boleh kerana pentingkan diri sahaja bukan anak dlm kandungannya

d)

Bukan kesemua di atas

6.

Manakah antara berikut yang benar?

a)

Kafarah adalah bayaran denda untuk orang yang tidak sengaja merosakkan puasa, manakala fidyah adalah bayaran untuk puasa yang ditinggalkan secara bersebab

b)

Encik Ali telah menjimakkan isterinya dengan sengaja pada bulan ramadhan dan isterinya telah membayarkan fidyah untuk kesalahan tersebut

c)

Encik Ali perlu membayar kafarah kerana sengaja meninggalkan 2 hari puasa Ramadhan dengan berjimak dan telah memberikan 60 fakir miskin makan kerana tidak larat berpuasa 2 bulan berturut-turut

d)

Kesemua di atas salah

7.

Pak Abu telah berjima’ ketika berpuasa selama 2 hari berturut-turut dengan mengetahui bahawa jima’ tu haram dan sedar yang dia sedang berpuasa. Apakah yang perlu dilakukan oleh Pak Abu sekiranya dia tak mampu untuk membebaskan hamba? *

a)

Berpuasa 2 bulan berturut-turut

b)

Memberi makan 60 cupak makanan asasi kepada fakir miskin

c)

Berpuasa 4 bulan berturut-turut

d)

Memberi makan 120 cupak makanan asasi kepada fakir miskin

8.

Manakah yang berikut adalah benar tentang hari Arafah?

a)

Semua orang dituntut untu berpuasa sunat pada hari tersebut

b)

Tiada hadis sohih tetang puasa pada hari arafah

c)

Rasulullah sangat menggalakkan berpuasa pada hari ini dan antara puasa-puasa besar yang sangat disukai Allah

d)

Semua yang di atas adalah salah

9.

Nama lain bagi puasa sunat adalah...

a)

Puasa taaa'awu'

b)

Puasa tatarub

c)

Puasa taqarrub

d)

Puasa Tatawwu'

10.

Nyatakan maksud puasa dari segi bahasa

a)

berpuasa adalah berlapar dan berdahaga kerana Allah taala

b)

puasa adalah menghindarkan diri daripada perbuatan terkutuk

c)

Berpuasa adalah menahan diri daripada sesuatu sama ada kata atau makanan/minumam

d)

semua jawapan di atas

11.

Maksud puasa dari sudut syarak adalah, menjauhkan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dan disertakan niat

a)

Betul

b)

Salah

12.

Penetapan bulan Ramadhan adalah melalui cara-cara berikut: (sila pilih jawapan yang betul)

a)

Melihat anak bulan Ramadhan pada subuh 30 sya'ban

b)

Melihat anak bulan pada Maghrib 29 Sya'ban

c)

Mencukupkan 30 hari dalam bulan Sya'ban

d)

Melihat anak bulan Ramadhan di gigi air, pada Isya' 30 Syaban

13.

Islam, Beriman, Taklif, Tidak ada keuzuran yang menghalang dari berpuasa atau yang mengharuskan berbuka adalah syarat-syarat wajib puasa

a)

Betul

b)

Salah

14.

Nik Mujahidah telah meninggalkan puasa ramadhan selama 15 hari, dia hanya sempat mengantikkan puasanya 5 hari sahaja pada tahun berikutnye. Setelah 3 Ramadhan berlalu baru dia teringat mengenai puasa yang tidak sempat digantikannya, berapa harikah yang perlu digantikan oleh Nik Mujahidah?

a)

30 hari

b)

20 hari

c)

10 hari

d)

Tak perlu berpuasa tetapi hanya perlu membayar fidyah sahaja

15.

Apakah yang perlu dilakukan oleh orang yang terlalu tua dan pesakit yang tiada harapan sembuh apabila mereka tidak berpuasa pada bulan ramadhan

a)

Wajib memberi makan orang miskin setiap hari yang ditinggalkan

b)

Wajib bersedekah secupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan

c)

Wajib bersedekah dua cupak makanan asasi bagi setiap hari yang ditinggalkan

d)

Tak perlu berbuat apa-apa. Dimaafkan kerana keuzuran

16.

Penyebab kafarah ialah merosakkan puasa pada siang hari di bulan Ramadhan dengan melakukan jimak dengan syarat-syarat berikut kecuali

a)

Pelaku mengetahui dirinya berpuasa

b)

Pelaku mengetahui perkara tersebut haram

c)

Pelaku tidak dapat menahan nafsu

d)

Pelaku tiada rukhsah disebabkan musafir

17.

Senaraikan kafarah yang wajib dilakukan kerana merosakkan puasa?

a)

Memberi makan 60 fakir miskin seorang satu cupak makanan asasi

b)

Membebaskan seorang hamba yang beriman

c)

Berpuasa dua bulan berturut-turut

d)

Semua diatas

18.

Adakah seseorang itu perlu mengqadha'kan puasanya walaupun dia sudah menyelesaikan kafarah?

a)

Ya

b)

Tidak

19.

Hari Tasu'a ialah pada

a)

8 Muharram

b)

9 Muharram

c)

10 Muharram

d)

11 Muharram

20.

Apakah hukum membatalkan puasa sunat dengan sengaja?

a)

Haram

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Syubhah