Worksheetsenjoy ekonomi bab 1 tg 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Nyatakan unit ekonomi berikut
firma
keluarga
kerajaan
isirumah
Motif unit ekonomi di atas ialah.......
memaksimumkan kebajikan masyarakat
memaksimumkan keuntungan
memaksimumkan kepuasan
memaksimumkan kehendak
Berdasarkan gambar yang diberi, terdapat beberapa sumber ekonomi yang terlibat kecuali....
buruh
usahawan
tanah
makanan
Musim PKP ini ramai ibu bapa mengeluh kerana terpaksa memilih antara membeli barang makanan atau menambah nilai data internet untuk keperluan pembelajaran secara on line anak-anak mereka. Jelaskan masalah ekonomi yang dihadapi oleh ibubapa tersebut
kekurangan makanan
kekurangan bajet
kekurangan wang
kekurangan data internet
nyatakan keadaan semasa pengeluaran berada di titik D
Kekurangan
Ketidakcekapan
Ketidakupayaan
wujud pilihan
Nyatakan keadaan semasa pengeluaran berada di E
Ketidak cekapan
kekurangan
Pembaziran
Ketidakupayaan
Nyatakan keadaan semasa pengeluaran berada di titik B
Pembaziran
Wujud Pilihan dan kos lepas
Ketidakcekapan
Ketidakupayaan
Berdasarkan rajah andaian keluk kemungkinan pengeluaran tersebut ialah kecuali.....
firma mengeluarkan dua jenis barang sahaja
keluk kemungkinan pengeluaran mestilah melengkung
mencapai guna tenaga penuh
tingkat teknologi yang terhad
Nyatakan sistem ekonomi yang diamalkan oleh Malaysia
sistem ekonomi kapitalis
sistem ekonomi campuran
sistem ekonomi perancangan pusat
sitem ekonomi Islam
Diantara berikut yang manakah benar?
Dalam sistem campuran kerajaan mengeluarkan barang awam
Dalam sistem kapitalis semua sumber dimiliki oleh kerajaan
Dalam sistem perancangan pusat firma bebas bersaing
Dalam sistem Islam hanya cukai dikenakan kepada semua rakyat
Masalah asas ekonomi ‘Bagaimana hendak dikeluarkan’ merujuk kepada penentuan...
jenis barangan yang hendak dikeluarkan
kuantiti barangan yang hendak dikeluarkan
agihan barangan kepada golongan sasaran
cara atau teknik pengeluaran sesuatu barang
Berapakah nilai keanjalan harga permintaan bagi barang MJ jika harga meningkat sebanyak 20% dan
kuantiti diminta menurun dari 60 unit kepada 30 unit.
0.2
0.4
2.5
5.0
6. Sebuah universiti awam hanya mampu mengambil 2000 orang pelajar baharu walaupun pelajar yang layak ialah 7 000 orang.
Masalah ekonomi dalam situasi di atas ialah
Pilihan
Kekurangan
Kehendak yang terhad
Sumber ekonomi yang tidak terhad
Antara yang berikut, manakah merupakan ciri-ciri keluk permintaan pasaran?
I Mencerun ke atas dari kiri ke kanan
II Mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
III Menunjukkan hubungan yang songsang antara
harga dan kuantiti
IV Menunjukkan hubungan yang langsung antara harga
dan kuantiti
I dan II
I dan IV
II dan III
II dan IV
Peralihan keluk permintaan ke kanan daripada keluk permintaan asal berlaku apabila harga...
I. Barang dijangka meningkat pada masa hadapan
II. Barang pengganti meningkat
III. Barang tersebut menurun
IV. Barang modal menurun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah di bawah ini menunjukkan AC ialah keluk kemungkinan Pengeluaran. Andaikan ekonomi sekarang berada pada titik B.
Bagi mengekalkan penggunaan sumber ekonomi sekarang, titik B boleh bergerak ke...
Titik E atau A
Titik F atau B
Titik F atau E
Titik C atau A
12 Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah asas
ekonomi.
Pada tahun kewangan yang akan datang, syarikat akan mengeluarkan satu siri minyak wangi ‘Charming’ untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada golongan wanita korporat yang berpendapatan tinggi di kawasan bandar
Pilih masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh Syarikat Davia Enterprise.
I Apa yang hendak dikeluarkan
II Berapa yang hendak dikeluarkan
III Bagaimana hendak dikeluarkan
IV Untuk siapa dikeluarkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah penentu yang menyebabkan perubahan dalam kuantiti diminta?
Perubahan citarasa
Perubahan harga barang itu
Perubahan pendapatan individu
Perubahan harga barang penggenap
Rajah menunjukkan keluk penawaran bagi beg tangan.
Apakah penentu penawaran yang menyebabkan peralihan keluk diatas?
Kerajaan mengenakan cukai jualan
Harga faktor pengeluaran telah menurun
Matlamat pengeluar memaksimumkan keuntungan
Harga beg tangan dijangka meningkat pada masa depan
Masalah kekurangan berlaku kerana
kehausan dan kepupusan sumber alam semula jadi
kadar pertambahan penduduk yang tidak terkawal
faktor pengeluaran adalah tidak terhad dalam ekonomi
faktor pengeluaran adalah terhad berbanding dengan kehendak yang pelbagai
