wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BM - KATA GANTI NAMA DIRI

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.

a)

beta…hamba

b)

yang mulia…beta

c)

baginda…hamba

d)

tuanku…patik

2.

_______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang_________,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.

a)

awak… mereka

b)

Kita … mereka

c)

Anda … aku

d)

Awak … saya

3.

“Masalah itu patut______selesaikan supaya____________tidak merajuk lagi,” kata Ali kepada kawan-kawannya.

a)

awak … mereka

b)

engkau … beliau

c)

aku … kita

d)

kita … dia

4.

“Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak

a)

baginda … tuanku … hamba

b)

tuanku … beta … patik

c)

beta … baginda … hamba

d)

tuanku … tuanku … patik

5.

_______ bertiga telah diarahkan oleh________untuk membersihkan taman mini ini.

a)

Kami … awak

b)

Mereka … beliau

c)

Beta … dia

d)

Mu … kami

6.

“Perbuatan ________ memang tidak ________gemari,” kata Irfan kepada budak-budak itu.

a)

anda … dia

b)

kamu … ku

c)

kita … beliau

d)

awak … saya

7.

Pen ini________hadiahkan kepada__________,” kata Ani kepada Ayuni.

a)

nya … awak

b)

kita … anda

c)

aku … kami

d)

ku … mu

8.

Iqmal bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakan-rakannya.

a)

Mereka

b)

Dia

c)

Kami

d)

Engkau

9.

“Pukul berapa________akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Hafiz.

a)

kami

b)

awak

c)

mereka

d)

beliau

10.

Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ________suruh kata Amir kepada ketua kumpulan itu.

a)

kita

b)

mereka

c)

awak

d)

kami

11.

Nenek Hamidi telah meninggal dunia. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan perkuburan Kampung Ai.

a)

beliau

b)

dia

c)

baginda

d)

nya

12.

“________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah Ah Hong.

a)

Saya

b)

Dia

c)

Kami

d)

Mereka

13.

________ akan berangkat ke balai persidangan tidak lama lagi kata Sultan Abu Bakar kepada permaisurinya.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Aku

d)

Hamba

14.

Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasana yang ceria.

a)

Mereka

b)

Kita

c)

Kalian

d)

kamu

15.

“________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak- perompak yang melarikan diri.

a)

Hamba .... dia

b)

Kami .... mereka

c)

Kita ... nya

d)

Saya .... dia

16.

Selva ialah anak angkat Encik Murugiah. Ibu bapa _______ meninggal dunia setahun yang lalu.

a)

kami

b)

mereka

c)

kita

d)

nya

17.

Abang Amin sakit. Kami sudah melawat _______ di hospital semalam.

a)

mereka

b)

beliau

c)

dia

d)

tuan hamba

18.

Aini dan keluarga _______ telah berpindah ke Kuala Kangsar sejak dua tahun yang lalu.

a)

ia

b)

nya

c)

kita

d)

dia

19.

Kepulangan ________ sekeluarga dari Mekah telah disambut oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.

a)

kita

b)

saudara

c)

kami

d)

ianya

20.

Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di hospital.

a)

dia

b)

dia

c)

beliau

d)

baginda